Jun 28, 2012

ANWAR MAKI PSYWAR BODOH MAZLAN ALIMAN - SAHAM FELDA CATAT REKOD TERTINGGI..!!








Harga saham pengendali minyak sawit ketiga terbesar di dunia, Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV), melonjak kepada RM5.30 atau meningkat 75 sen sehingga jam 12.04 tengah hari, berbanding harga tawaran permulaan RM4.55.

Ia dibuka pada harga RM5.39 dengan premium 84 sen.


Penyenaraian Tawaran Awam Permulaan (IPO) kedua terbesar di dunia selepas pengapungan saham Facebook Inc, mengumpulkan AS$16 bilion dan menarik perhatian di seluruh dunia.
Ia turut menandakan satu mercu tanda penting bagi negara ini, terutama sekali para peneroka.

Kejayaan kemunculan sulung itu melegakan ramai pelabur mengenai keuntungan bersih lebih rendah FGV sebanyak RM192.17 juta dalam suku pertamanya berakhir 31 Mac, 2012, berbanding RM359.05 juta setahun lalu.

IPOnya menarik 58,526 permohonan awam bagi mendapatkan 565.40 juta saham, iaitu terlebih langganan 6.75 kali.

Ia menawarkan 72.96 juta saham bagi langganan awam.


FGV adalah milik 49 peratus Felda Holdings Bhd, pengeluar minyak sawit mentah terbesar di dunia dan penapis minyak sawit kedua terbesar di Malaysia.

Ia kini mengendalikan kawasan perladangan seluas kira-kira 350,000 hektar di Malaysia yang mengeluarkan 5.2 juta tan metrik tandan buah segar pada tahun lalu.

FGV, beikutan penyaraian yang menarik itu, akan menceburi perniagaan hiliran secara berpilih-pilih, yang termasuk lelamak khusus dan oleokimia.


0 comments:

Powered by Blogger.