Jun 5, 2012

ANWAR HAMPIR STROK.. SENATOR US IKHTIRAF NAJIB TOKOH REFORMIS..!!







Senator Amerika Syarikat, John McCain, berkata beliau mengadakan perjumpaan "yang mengesankan" dengan Datuk Seri Najib Razak apabila melawat Malaysia minggu lalu dan menyifatkan Perdana Menteri sebagai seorang "reformis yang hebat".

"Saya mengadakan mesyuarat dengan Perdana Menteri Najib di Malaysia - seorang reformis hebat yang meningkatkan hubungan Amerika-Malaysia," tulis McCain dalam mesej tweeternya.


Senator McCain dan Senator Joseph Lieberman melawat Malaysia pada 30 Mei atas jemputan Majlis Perniagaan Malaysia bagi menghadiri Persidangan Invest Malaysia 2012, yang dilancarkan Najib.





Semasa di sini, beliau mengadakan kunjungan hormat ke atas Najib dan Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman, selain berjumpa dengan pemimpin masyarakat perniagaan dan awam dan juga wakil parti pembangkang bagi membincangkan pelbagai isu.

Kedua-dua senator itu berkata, mereka tertarik dengan kemajuan Malaysia terutama dalam bidang keusahawanan dan amalan perdagangan bebas.

"Kami amat tertarik dengan keusahawanan, sistem harga bebas di sini dan proses ekonomi yang kami telah perhatikan dan kami amat bangga kerana berpeluang berada di sini," McCain memberi persidangan akhbar bersama dengan Lieberman.



5 comments:

Anonymous said...

sangat bagus untuk bloger mangkuk jamban ni sekarang kita dah tau sapa yang menyokong yahudi jawapan dah nyata lagi sahih umgok kah kah

Anonymous said...

Jangan salah cakap bro. Haji Hadi pun cakap tak salah berurus niaga dengan Yahudi. Ada baca tak.

Anonymous said...

Memang sah DSNTR alah PM dan pemimpim yang berwibawa.Setiap rakyat perlu menyokong beliau dalam PRU 13 supaya BN mendapat mandat yang besar.

Anonymous said...

Bodoh la ko ni.... jumut nak mampus.... asal umno jer salah... yg anu-wear selamai ni g jumpa kengkawan yahudi dia tak lak ko kecoh. Bangang nak mampus.

BeliaBenciPembangkang said...

DSNTR ADALA YG TERBAEK..

Powered by Blogger.