May 6, 2012

"U MUST FIRED HIM.." - KAK WAN UGUT ANWAR PECAT AZMIN ALI!!







 Presiden PKR Wan Azizah Wan Ismail terlepas kata memberi komen tentang insiden pendedahan ibu kepada Azmin Ali yang disiarkan di Buletin Utama malam tadi.

Kak Wan yang sememangnya diketahui umum tidak gemar akan kehadiran Azmin memberi kenyataan balas kepada wartawan hari ini didakwa sebagai 'hint' agar Timbalan Presiden PKR itu berundur segera dari arena politik dan menebus maruah beliau yang kini secara tidak langsung mencemar imej parti.






Kak Wan menjelaskan beliau tidak dapat menerima Pemimpin di Negara ini yang bersikap menderhaka kepada seorang ibu kandung sendiri yang jelas mempamerkan dirinya tidak layak memimpin sebuah Negara. 

Sungguhpun Azmin mendapat sokongan besar dari Diktator PKR Anwar Ibrahim, akan tetapi insiden yang berlaku pada hari ini membuktikan cabaran Kak Wan terhadap suaminya itu bahawa Azmin bakal mengkuburkan parti dek kerana sikapnya yang semakin tamakkan kuasa.



 



Kak Wan juga dikatakan pernah bertelagah dengan Anwar dalam satu mesyuarat pada pemilihan PKR yang lalu tatkala Azmin bertindak menyeleweng dan gila kuasa dalam merebut jawatan No. 2 dalam parti sehingga menyebabkan Datuk Zaid Ibrahim bertindak meletak jawatan.

Namun, Anwar kini telah mengambil langkah sebaliknya dengan mengasak kesemua pimpinan Parasit PAS menyatakan sokongan dan membela Azmin Ali bagi memastikan ianya dilihat fitnah besar pada pandangan mata pengundi Melayu.

Ini berjaya dibuktikan susulan kenyataan Nik Aziz yang memberi sokongan penuh pada Azmin hanya beberapa jam setelah gambar aksi seks MP Gombak itu disebarkan. Khalid Ibrahim pula pada ketika ini turut mengumpul seberapa banyak sokongan sulit dalam memastikan Azmin tidak disenaraikan sebagai calon pada PRU 13 kelak.






Tindakan Khalid ini sebagai balas dendam terhadap strategi Azmin mendedahkan kelemahan pentadbiran beliau di Selangor dan merampas kuasa jawatan No. 1 PKR Negeri dari genggamannya itu. 

Antara strategi Khalid termasuklah mengeluarkan beberapa keratan gambar yang mempamerkan aksi Azmin Ali sedang melakukan hubungan sumbang bersama seorang wanita yang tidak dikenali.

Azmin kini didakwa kini telah menguasai hampir kesemua anak syarikat dan Majlis Perbandaran di Negeri Selangor sebagai salah satu senjata kuat menumbangkan Khalid Ibrahim.



  
KLIK DI SINI untuk tonton semula pengakuan Ibu Kandung Azmin Ali yang mendedahkan sikap derhaka ADUN Bukit Antarabangsa itu.


4 comments:

Anonymous said...

...semoga Allah mempercepatkan balasannya terhadap mereka yang bersalah dan menegakkan kebenaran yang hakiki...

Anonymous said...

Allah dah tunjukkan dah..cuma rakyat sahaja yg masih buta.
Kalau mereka benar dari dahulu lagi mereka dah menjadi Kerajaan?.

Tengok apa yang PARTI PAS buat, dari PRU1 hingga kini, kalau benar mereka menjadikan ISLAM itu teras mereka, dari dulu lagi dah Allah makbulkan perjuangan mereka.

Tetapi tidak ? kenapa?..malahan satu persatu Allah memperlihatkan keburukkan mereka. Kita kena sedar.

Ada yg tidak kena dgn perjuangan mereka. Allah maha mengetahui apa kemahuan mereka. Malaysia adalah satu2nya negara yg mengamalkan sistem perundangan islam secara sederhana. Dengan masyarakat yg berbilang bangsa, ianya adalah satu kejayaan kepada parti yg memerintah sekarang menjalankan tanggungjawabnya.

Bagi mereka yg masih mempertahankan PAKR/PAS/DAP..buka mata dan minda...apa yg sebenarnya kamu hendak?. Kalau hendakkan ketelusan, Kerajaan sekarang adalah lebih TELUS DAN BERSIH berbanding Parti Pembangkang yg kononya berjuang demi menegakkan keadilan, Hakikatnya MANA KEADILAN yang ingin diperjuangkan, sedangkan para pemimpin yg ada semuanya dari mereka yang KORUP yg telah diBERSIHKAN oleh Kerajaan.

Yang ada sekarang hanyalah SAMPAH SARAP yg perlu diBERSIHKAN di bumi MALAYSIA. PKR pegang SELANGOR...mana BERSIHNYA?, PAS memerintah KELANTAN mana BERSIHNYA?..DAP tawan P PINANG dimana BERSIHNYA dari Korupsi?, PAS rampas KEDAH mana bersihnya dari sifat Dengki dan Irihati?
Mana BERSIHNYA???

Yang ada semuanya adalah SAMPAH2 didalam Pakatan Rakyat. Mereka yg melakukan Demo TAK UBAH SEPERTI SAMPAH yang bertaburan, sudah lah SAMPAH...berkiblatkan Ustazah Ambiga yg nyata seorang Ustazah yang menghalalkan HOMOSEKSUAL?

Tidakkah korang rasa diri tu BODOH, kecuali memang itu yang korang tuntut termasuk Pok Nik yg sentiasa menghalalkan segala perbuatan HARAM?. Aduhhhhhhhh makin berserabut Pok Nik ni...makin tua makin menjadi-jadi isengnya....

Anonymous said...

Sangat-sanagat setuju dengan anon diatas. pohon link ke blog saya. TK

Anonymous said...

Salam Bro,Itu semua mesti salah UMNO kata orang-orang PAS

Powered by Blogger.