May 31, 2012

TERKINI.. SPRM SERBU SIASAT HARTA KEKAYAAN AZMIN ALI..!!?








Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) diminta membuka semula kes membabitkan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali susulan dakwaan laporan portal Malaysia Today, kendalian Raja Petra Raja Kamaruddin bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim pernah mengarahkan agensi itu agar kes rasuah jutaan ringgit membabitkan beliau ditutup.

Arahan itu dikatakan diberikan 17 tahun lalu ketika Anwar menjadi Timbalan Perdana Menteri. Ketika itu agensi itu dikenali sebagai Badan Pencegah Rasuah (BPR).

Arahan supaya kes tersebut diteliti semula dikeluarkan oleh Panel Penilaian Operasi (IPO) SPRM hari ini.

Pengerusi IPO, Tan Sri Dr. Hadenan Abdul Jalil berkata, untuk melakukan siasatan semula kes Azmin, ia memerlukan bukti yang kukuh kerana maklumat sebelum ini masih tidak lengkap.

Semalam, Azmin berkata, beliau telah memberi kerjasama kepada BPR dan siasatan telah dijalankan terhadapnya ketika itu.

"Tuduhan Raja Petra ini memang sesuatu yang jahat dan tidak berasas.

"Saya rasa beliau sudah hilang pertimbangan dan mempunyai agenda tertentu untuk Pilihan Raya Umum ke-13 akan datang," kata Azmin yang juga Ahli Parlimen Gombak.

Azmin juga berkata, sekiranya beliau dipanggil untuk disiasat semula itu, terpulang pada pihak berwajib.



2 comments:

Anonymous said...

Ini amat serius, Azmin perlu disiasat untuk memelihara nama baiknya. Beliau adalah orang yg cukup berintegriti. Beliau sentiasa menentang rasuah dan penipuan dan sentiasa membela nasib raayat. Jadi jangan nak senang2 tuduh beliau. Jadi siasat semuanya sekali; sek dlm jamban, rasuah, isteri berskandal dgn Anwar.

Anonymous said...

azmin cukup berintegriti?

berintegriti sesangat ke azmin ni.
penetang rasuah dan penipuan dan pembela nasib rakyat kononnya. rasa nak termuntah la. anon kat atas tak tumbuh tak melata tak sungguh orang tak kata la. dengan jawatan dia yang macam ni tapi saham dan harta banyak tu cam ne. dari sumber mana. bini dia yang tak kerja pun saham melambak. apa cer... tak payah dok gebang pasal integriti lah

Powered by Blogger.