May 23, 2012

SYABAS.. KERAJAAN MALAYSIA SAMAN AMBIGA LGBT!!








Kerajaan memfailkan saman menuntut gantirugi berjumlah RM122,000 terhadap Pengerusi Bersama BERSIH, Datuk S Ambiga serta sembilan lagi ahli jawatankuasa pemandu gabungan tersebut kerana didakwa gagal mengawal perhimpunan anjurannya pada 28 April lalu sehingga pihak kerajaan terpaksa menanggung kerugian.
Turut disaman Ahli Jawatankuasa pemandu itu yang disaman ialah Maria Chin Abdullah, Zaid Kamarudin, Haris Fathillah Mohamed, Arumugam a/l Kalimuthu, Arul Prakkash a/l Sinnappan, Wong Chin Huat, Dr Ahmad Farouk Musa, Toh Kin Woon dan Andrew Khoo.

Pengerusi Bersama BERSIH, Datuk A Samad Said dan seorang lagi anggota jawatankuasa pemandu, Hishammuddin Rais, bagaimanapun tidak tersenarai dalam saman tersebut.

Ketika dihubungi, Ambiga berkata, beliau telah diserahkan saman tersebut pada kira-kira jam 3.25 petang ini

Dalam samannya, kerajaan mendakwa pihak defenden telah:
  • Membawa peserta perhimpunan yang terlalu ramai tetapi gagal untuk mewujudkan/mengadakan kawalan yang efektif dan secukupnya;
  • Gagal mengambil langkah-langkah yang sewajarnya untuk memastikan perhimpunan tersebut berjalan dengan aman; dan
  • Gagal melantik bilangan orang yang perlu untuk bertanggungjawab bagi mengendalikan perhimpunan dengan teratus.

Akibat daripada kegagalan tersebut, kata saman tersebut, 15 kenderaan milik kerajaan mengalami keroskan dan terpaksa menanggung kerugian yang telah ditaksirkan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR).

Menurut saman tersebut, kos untuk memperbaiki semua kenderaan terbabit ialah antara RM2,000 hingga RM16,000 yang kesemuanya berjumlah RM122,000.

6 comments:

Anonymous said...

Apa ni kerajaan takda kote ke?
Setakat saman tuntut gantirugi je?

Apa hal ngan peranan Ambiga sebagai ketua yang mengingkari undang-undang?

Sedih, kerajaan ni tak berani dan penakut!

Anonymous said...

Ok la langkah permulaan. selepas ini akan ada lagi.

Anonymous said...

saman yang tak sepadan dengan kekecohan yang dibuat.
ambiga pundekkutty.

Anonymous said...

Sabar.. Kerajaan tak perlu duit dari mereka ini.. Janji memang saman dah cukup untuk kerajaan menggambarkan kesalahan mereka dari segi undang undang.. Tapi harap sifu dapat wakil kerajaan.. Ini nampak karpal aje dah karam..

Anonymous said...

Inilah kerajaan yg adil. Bukan saman beratus juta. Saman sepadan dgn kerugian harta kerajaan. Biar dia tanggung. sedikit adalah maruah. Sbg langkah permulaan. buat lg klu ada kerosakan kerajaan saman lg. Selama ni asyik senyum dan mohon maaf sj. Kali nj maaf betbayar. Padsn muka..

Anonymous said...

Ape citer kes saman ni erk?
Saman ke samun?

Powered by Blogger.