May 10, 2012

SELANGOR KE ARAH NEGERI KAMARAU 'BUATAN PKR..!!'





Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, masalah air di Selangor perlu diselesaikan segera bagi mengelak pembangunan dan pelaburan di negeri ini terbantut.

Perdana Menteri berkata, ini kerana rizab air yang begitu sedikit iaitu kira-kira 2.4 peratus tidak membolehkan pelaburan seperti pembukaan kilang-kilang di negeri itu dilakukan.

``Saya dimaklumkan terdapat 29 kilang yang kalau dibenarkan melabur boleh membawa jumlah pelaburan RM3.8 bilion dan 12,300 peluang pekerjaan tetapi tidak boleh diberi kebenaran (dibuka) kerana masalah air.

``Jadi projek Langat 2 perlu dilaksanakan kerana (jika tidak) Selangor akan menghadapi masalah air yang serius dan akan menyusahkan pelbagai urusan besar dan orang ramai,'' kata beliau.

Beliau berkata demikian semasa berucap merasmikan Himpunan Usahawan Mikro Kecil dan Sederhana atau Jom Niaga Edisi Selangor dan Pelancaran Skim Pengkomersialan Inovatif Patuh Syariah (CIF) di sini hari ini.

Sebelum ini Kerajaan Negeri Pimpinan Khalid Ibrahim menolak Perjanjian Projek Logi Langat 2 yang bakal memberi bekalan air jangka panjang kepada rakyat Negeri tersebut pada masa jangka panjang.

Penolakan tersebut dilihat sebagai strategi yang akhirnya dijadikan senjata Pembangkang terhadap BN tatkala bermula masalah kritikal membabitkan bekalan air di Selangor.

0 comments:

Powered by Blogger.