May 7, 2012

PRU13 - MAHATHIR DAKWA PAKATAN ADA POTENSI MENANG!!?







Pembangkang dilihat seolah2 berkeyakinan untuk menawan Putrajaya. Ini dilihat menerusi ceramah2 politik mereka yang seperti biasa menjanjikan pelbagai penipuan terhadap rakyat.

Namun hakikatnya, Pembangkang jelas tidak mempunyai keyakinan untuk menang dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) menyebabkan mereka melemparkan pelbagai tuduhan untuk menunjukkan kepada rakyat bahawa kerajaan sedia ada zalim dan perlu digulingkan.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, pembangkang sudah banyak kali berdepan dengan kekalahan malah sejak negara ini merdeka, mereka tidak pernah menang di peringkat pusat.

"Sebab itu mereka mahu bersedia, kalau kalah kali ini (PRU13), mereka akan cetuskan huru-hara, buat demonstrasi dan desakan yang kononnya kerajaan menipu untuk menang.

"Ini memang pendekatan pembangkang yang bertujuan menjatuhkan kerajaan melalui demontrasi, bahkan Nik Aziz (Mursyidul Am Pas, Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat) sendiri turut mengatakan bahawa demontrasi ini halal," katanya pada sidang media selepas menghadiri program Wacana Tokoh Negarawan bersama penjawat awam, hari ini.

Dalam ucapannya, Mahathir berkata, pembangkang melihat bahawa mereka tidak mungkin memenangi pilihan raya atau membentuk kerajaan menerusi sistem demokrasi.

"Saya percaya pembangkang kurang yakin untuk menang dalam pilihan raya. Mereka sudah cuba 55 tahun tetapi rakyat tetap pilih kerajaan yang prihatin terhadap kebajikan, tidak pilih parti lawan.

"Ada juga negeri yang pilih mereka tetapi tidak di peringkat pusat. Mereka tidak pernah menang, sebab itu mereka sekarang ini cuba menggambarkan kerajaan ini zalim dan harus digulingkan (oleh rakyat)," katanya.

Menurutnya, usaha dan dakwaan memburuk-burukkan imej polis merupakan satu lagi helah pembangkang untuk menggulingkan kerajaan.

"Ada usaha yang sedang dibuat untuk memburuk-burukkan polis, dan menunjukkan ia sebagai satu lagi bukti kezaliman kerajaan, agar rakyat memberontak bagi menjatuhkan kerajaan.

"Betulkah kerajaan ini zalim sedangkan banyak nikmat yang sudah dikecapi rakyat selama ini. Namun mereka tetap menyatakan kerajaan zalim untuk menghalalkan tindakan yang mereka lakukan," katanya.


5 comments:

Cyleo Blue said...

Daripada Barisan Alternatif, skrg Pakatan Rakyat, tak pernah wujud pun "SATU" loga mewakili ke3-3 parti. Disitu saja dah sedia maklum, fahaman dan idelogi berbeza-beza.Masing2 menunjukkan sikap tamak. Sekarang ni dah melatih penyokong2 mereka mengikut Budaya Barat. Negara2 Islam yg mengamalkan Budaya Barat ni, x aman pun.Yg berbunuhan sesama islam, umpama nyawa rakyat dah x bernilai di negara sendiri. Bagi negara Barat dibwh pemimpin bukan islam, tgklah sendiri betapa teruknya moral anak2 muda, perkawinan sesama jenis di perjuangkan, pergaulan bebas dah menjadi budaya, tak kawin tapi tinggal bersama dah menjadi budaya, anak dah 3,4 barulah nak kawin, pada yg terasa nak kawin, kalu tidak, tak kawin pun tak jadi masalah...menukar ugama boleh dibuat suka2 hati,filem2 lucah dan pelakun2 lucah bertambah tambah, kes2 pelajar menembak pelajar2 lain disekolah, senjata api senang2 di perolehi..budaya inikah yg kita nak bawa ke Malaysia?? Jgnlah jadikan rakyat menjadi ganas, rakyat yg bergaul terlalu bebas, rakyat yg terlalu fanatik dgn ugama..kita perlulah menjadi rakyat yg sederhana, tidak terikut ikut pada budaya asing.Pada rakyat malaysia yg sayangkan negara, fikirlah masa depan anak2 & cucu2 kita nanti.

Anonymous said...

pembangkang lidah biawak...

saya doakan semoga TUN M turun padang balik...

pejuang hamas...

Global Products & Services Review said...

1Malaysia semua...

Daripada anda semua blog 24jam tak dapat sesen pun, ada baiknya sambil sambil invest beli share syarikat di Europe. Bulan bulan dapat duit, stable monthly income. Lagi banyak yang di invest, lagi besar dapat tiap tiap bulan.

Kalau takut dan tidak yakin, boleh lah cuba invest sikit sikit. RM 2300, boleh mendapatkan anda RM 310 tiap-tiap bulan. Atau share paling murah berharga USD $ 20 dengan bulanan anda akan dapat USD $ 2.2 sahaja.

Kalau berminat, sila layari :

(Versi English)
http://ReadandDecide.blogspot.com/2011/10/uinvest.html


(Versi Melayu)
http://PelaburanHartanah.blog.com


( * versi English lebih lengkap documentasi dan maklumat mengenai investment ini)


Layari mana mana laman blog diatas, setelah membacanya. Click pada FREE REGISTRATION dan daftar account pelaburan anda, ianya percuma, walaupun anda tidak mahu lagi membuat investment. Tetapi anda boleh lihat lihat dan survey dulu di dalam account anda itu. Dan anda juga boleh chat dengan Admin dan Pihak Management investment berkenaan, secara LIVE dan kadang kadang ada webcam session bersama admin.

Belum cuba belum tahu, selamat melabur.

Anonymous said...

belum cuba belum tahu...selamat meleburkan duit anda.....

Anonymous said...

Moga kita terselamat dari segala malapetaka yang bakal menimpa dan rakyat negara kita cepat tersedar akan kesilapan mereka waktu ini serta bersatu kembali umumnya dan khususnya umat islam berganding bahu menyatukan jurang.. Janganlah mengikut hawa nafsu yang merosakkan kebaikan.. amin!

Powered by Blogger.