May 8, 2012

PESONG BERSIH 3.0 - OTAI RAHIM NOR LABEL NIK AZIZ 'BAPAK KAFIR..!!'








Bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Rahim Noor menyifatkan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat sebagai father of kafir (bapa kafir) yang didakwanya cuba memesong orang Islam bahawa perhimpunan BERSIH 3.0 adalah tanggungjawab agama.


Akhbar New Straits Times memetik Rahim sebagai berkata perkara itu bukan kali pertama Nik Aziz mengeluarkan kenyataan seperti itu yang didakwanya "mengelirukan" rakyat.

"Beberapa tahun lalu, beliau berkata penyokong Umno akan masuk neraka dan sekiranya umat Islam mahu masuk syurga, mereka kena sertai PAS.

"Dia juga berkata Umno itu kafir sebab bekerjasama dengan MCA dan MIC. Tapi lihat PAS sekarang, mereka berpakat dengan DAP, sebuah parti politik yang menolak negara Islam," katanya.

Menurut Rahim, bila ulama yang dihormati seperti Nik Aziz mengisytiharkan tanggungjawab agama menyokong BERSIH, maka rakyat melihatnya satu kewajipan sekalipun kerajaan menyatakan perhimpunan itu melanggar undang-undang.

"Dia mungkin dikenali dan dihormati sebagai ulama sebab kelayakannya tetapi beliau hanya seorang political animal yang mahu mengekalkan kuasanya di Kelantan," katanya Rahim lagi.

Semalam Nik Aziz dilapor berkata keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan yang mengharamkan perhimpunan yang menurut majlis itu bertujuan tidak baik sepertimana yang berlaku dalam perhimpunan 28 April lalu, dibuat hanya menggunakan "sebelah mata".


Sekalipun beliau bersetuju perhimpunan yang mencetuskan huru hara dan merosakkan harta benda awam adalah haram, tetapi berpendapat BERSIH 3.0 "bukannya bertujuan untuk mencetuskan huru-hara sebaliknya yang menuntut lapan perkara untuk membersihkan pilihan raya".

Mengulas lanjut, Rahim menggesa golongan muda supaya menyelidiki siapa sebenarnya penganjur BERSIH 3.0 dan tidak mengikutinya secara membuta tuli serta mendakwa rakyat melihat Nik Aziz sebagai "pelawak".

Sementara itu Lajnah Undang-undang dan Hak Asasi Manusia Pemuda PAS Kelantan memberi tempoh 24 jam kepada Rahim menarik tuduhan itu dan memohon maaf secara terbuka kepada Nik Aziz.

Pengerusinya Hisham Fauzi berkata kenyataan bekas ketua polis negara itu "jelas tidak matang dan bersifat fitnah".

"Sekiranya beliau didapati gagal menarik balik kenyataan fitnah tersebut, kami tidak akan teragak-agak mengambil tindakan mahkamah terhadapnya," katanya dipetik dari Harakahdaily.

11 comments:

Global Products & Services Review said...

1Malaysia semua...

Daripada anda semua blog 24jam tak dapat sesen pun, ada baiknya sambil sambil invest beli share syarikat di Europe. Bulan bulan dapat duit, stable monthly income. Lagi banyak yang di invest, lagi besar dapat tiap tiap bulan.

Kalau takut dan tidak yakin, boleh lah cuba invest sikit sikit. RM 2300, boleh mendapatkan anda RM 310 tiap-tiap bulan. Atau share paling murah berharga USD $ 20 dengan bulanan anda akan dapat USD $ 2.2 sahaja.

Kalau berminat, sila layari :

(Versi English)
http://ReadandDecide.blogspot.com/2011/10/uinvest.html


(Versi Melayu)
http://PelaburanHartanah.blog.com


( * versi English lebih lengkap documentasi dan maklumat mengenai investment ini)


Layari mana mana laman blog diatas, setelah membacanya. Click pada FREE REGISTRATION dan daftar account pelaburan anda, ianya percuma, walaupun anda tidak mahu lagi membuat investment. Tetapi anda boleh lihat lihat dan survey dulu di dalam account anda itu. Dan anda juga boleh chat dengan Admin dan Pihak Management investment berkenaan, secara LIVE dan kadang kadang ada webcam session bersama admin.

Belum cuba belum tahu, selamat melabur.

Anonymous said...

saman je ler..pernah ke puak2 ni mintak maap ngan Mader atas tuduhan Maha Firaun dan Maha Zalim?
Menuduh putrajaya projek membazir..dan mahligai airmata rakyat. yg mana kini mereka pula tergila2kan Putrajaya!!

Dah tertib..dulu rajin mengkapirkan orang lain, sekarang tibaler giliran diri sendiri!! Ni bermakna saat2 kematian beliau semakin hampir..kerana jika ikut hadis, sebelum orang yg menuduh orang lain kapir, tuduhan tu akan kembali sebelum dia mati.

Anonymous said...

heyyyy.....boleh blah la HAPRAKkah Daily.

Anonymous said...

Padan muka kau nicol ajis.....memang bapak segala kapir????!!!!

Kau memang dah terima laknat Allah..dulu kau kata Allah Samseng..dulu kau kata Rasullullah tu Budak Kampung...memang mengong lah lahabau kau ajis!!!

Anonymous said...

malang buat puak2 pr nie kerana mereka terima dan taksub pada penyampai bukan menilai apa yg dsampaikan...

Idealismalaysia said...

saya kurang setuju media alternatif dan massa memfokus pandangan rahim noor ni... betul nik aziz agak keliru dewasa ini namun ramai di kelantan amat menghormati beliau... malah 5-6 rakan yg atas pagar dan mula cenderung dengan UMNO dan BN bila dihubungi marah dengan kenyataan ini...

bagi saya kita harus bijak mencaturkan isu... jgn buat org atas pagar yg mula cenderung sokong kita jauh sebab pandangan KERAS sebegini...

Media Pro UMNO dan BN harus berfikir sebentar sebelum highlight isu & jgn main bantai je... psikologi warfare perlu juga diambil kira sebijaksana mungkin...

moga pendapat ini membantu UMNO dan BN kembali mendapat tempat 2/3 rakyat dan dterjemahkan dalam undi pada PRU nanti... Amin

Anonymous said...

Rankit singh dhillon slammed bar council...

Lain semua kecut telur....

Anonymous said...

Assalamualaikum,

Dalam masa sehari,kita dirikan sekurang-kurangnya 17 rakaat solat yang mengulangi ayat yang sama iaitu :"Tunjukkanlah kami jalan yang lurus".
Dalam menghadapi gelombang kacau bilau politik yang sedang bergelora ini, fikirkanlah tentang "medium" yang engkau gunakan untuk membuat penilaian.
Sekiranya "medium penilaian" masih lagi digerakkan dan didorong oleh hawa nafsu kecintaan pada dunia,dibimbangi engkau tidak bisa menemui jalan yang lurus yang kita semua idamkan.
Selidiklah sama ada sudah Sempurnakah amal ibadat,akhlak dan peradaban diri-mu sendiri,ahli keluarga serta sanak saudara-mu mengikut lunas peraturan yang ditetapkan didalam Al-Quran dan Sunnah Rasulullah S.A.W.
Jika belum,peruntukkanlah 1/4 masa-mu untuk melakukan amal ibadat,1/4 masa-mu untuk bermuhasabah diri,1/4 masa-mu untuk mendampingi alim ulamak,1/4 masa-mu untuk menghiburkan diri & keluarga mengikut kaedah yg diharuskan dalam Islam (pesan-imam Al-Ghazali)

Anonymous said...

As salam.
saya masuk dalam harakahdaily..nak komen macam ni..xboleh. sekarang saya nak komen sini. Saya puji gelombang rakyat (GR) sebab telus. Saya sokong 200% TS Rahim Noor jadi Menteri KDN. Dia tegas dan ditakuti. Orang2 PAS dah syok sendiri (SS) ingatkan shurga tu dia punya. Orang PKR lagi haru biru. DAP lagi mengarut. Malaysia semakin kucar-kacir bila Anwar-Aziz-Ambiga (AAA) berkongsi idea yang sama untuk mendapatkan kuasa. Hu2. Ciannya. Apa2pun, kamu semua, insyaallah akan kalah.

Anonymous said...

Piirah
Memang is Najis tu KAFIR

Anonymous said...

Go to hell

Powered by Blogger.