May 7, 2012

PAS SELANGOR MAKIN SEWEL GUNA ARTIS ANJUR KONSERT POP YEH YEH!!







Penyanyi era 60-an, Datuk Jeffrydin menafikan penglibatannya dalam program anjuran Kerajaan Negeri Selangor seperti yang dihebahkan menerusi bunting yang digantung sekitar Sungai Buloh dan Paya Jaras.

Pengurus yang juga isteri penyanyi itu, Datin Rashidah Abdullah memaklumkan suaminya tidak pernah bersetuju untuk menyertai program berkenaan yang sepatutnya dijadual berlangsung malam tadi di Tapak Pasar Malam Kampung Paya Jaras.

“Saya kesal kerana pihak terbabit menggunakan nama dan gambar suami saya tanpa kebenaran, saya minta mereka turunkan semua bunting yang digantung jika tidak, perkara ini saya akan bawa ke tengah.

‘Sebelum ini wakil penganjur itu mengaku dari sebuah syarikat pengendali majlis pernah menghubungi suaminya April lalu bertanyakan ada masa terluang atau tidak pada 6 Mei ini dan suami kata ada. Persetujuan belum diberi, bunting sudah dinaikkan dengan muka Datuk terpampang,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Katanya, dia ada memberitahu penganjur berkenaan bahawa suaminya tidak boleh menyanyi kerana doktor mengesahkan penyanyi itu mengalami jangkitan tekak dan perlu berehat dalam tempoh lama tetapi penganjur tetap menginginkan Datuk datang dengan berbayar.

‘Saya kesal dengan sikap penganjur terbabit yang tidak menghormati keputusan Datuk yang tidak dapat memberikan komitmen untuk menyanyi atau hadir pada hari tersebut,” katanya

Menurutnya, tindakan tersebut secara tidak langsung menjejaskan reputasi Jeffrydin sebagai penyanyi dan mahu pihak berkenaan tidak mempergunakan nama suaminya untuk kepentingan politik.

“Janganlah, Datuk Jeffrydin cari rezeki dengan menyanyi, bila orang buat begini seolah-olah mahu menutup periuk nasi kami sekeluarga,” katanya.

Jeffrydin yang turut hadir semalam tidak dapat memberikan sebarang komen kerana masalah jangkitan tekaknya.


4 comments:

Adi Kencana said...

Xda taktik lain ke nak tarik pengunjung? Iklan palsu niii...

NURUL IZZAH: PENGUNDI LUAR NEGARA LEBIH PENTING DARI PENGUNDI DLM NEGARA? Baca di sini...

http://apakecoh2.blogspot.com/

Anonymous said...

byak kali dh bagtau kpd semua rakyat malaysia...awas....tektik pembangkang...memg kuat menipu...depa terdesak dah oiii....kni Dato jef mngsa pertma....tunggu giliran anda..awas seblum trkena....

Anonymous said...

baru aku tau yg kaum pas ni pau duit org ramai waktu ceramah nak bayar duit kat penyanyi...

dasar muka tak tau malu...

org tak leh pi nyanyi diorang tetap iklankan yg penyanyi kepala goyang ni nak nyanyi...

saman jer kaum pas nie...

kaum lakhanat ni banyak duit...

tak caya try saman...

pejuang hamas...

Anonymous said...

bukan tu je. hari tu di hulu selangor ceramah bob lokman(yang dah arwah bak kata nik ajis) di sertakan sekali dengan mini konsert yang bukan nasyid tu ceramah agama tu dianjurkan oleh pakatan haram...

bagus kan dorang...

Powered by Blogger.