May 3, 2012

NOH OMAR BAKAL DEDAH PELAN KHALID IBRAHIM SEBAR GAMBAR SEKS AZMIN ALI!!?







Kadangkala rasa simpati juga terhadap 2 otai blogger Papa Gomo dan Parpukari yang menjadi mangsa penyebar Gambar Aksi Seks Azmin Ali yang kini sedang diperkatakan hangat di kalangan masyarakat. Ia dapat dilihat menerusi paparan Buletin Utama di TV3 yang disusuli dengan serangan empunya badan Azmin Ali.




Jika dikaji semula, blog pertama yang memaparkan gambar tersebut adalah SEX SCANDALS AZMIN ALI yang dikendalikan oleh individu upahan MB Selangor Khalid Ibrahim. Ini fakta. Kedua2 blogger terkemuka ini merupakan antara blogger Pro Kerajaan yang 'meniup semboyan' Khalid Ibrahim mempamerkan semula gambar2 dari blog tersebut.

Ini mungkin sasaran Khalid Ibrahim dalam membunuh karier politik Azmin Ali dek kerana sikap berlebih2 an mengumpul kuasa menggunakan pengaruh Anwar Ibrahim. Sasaran ini dilihat memulakan mukadimah dengan begitu baik sekali apabila blogger Pro Kerajaan dituduh Azmin sebagai penyebar. Namun Khalid lupa seketika Azmin sangat licik dalam membawa watak.

Semua pemimpin PKR yang makin jelak dengan sikap Azmin terpaksa diam membisu atas arahan Anwar. Jikalau tidak, mereka akan menerima nasib sama seperti Zaid Ibrahim.


 

Namun Khalid Ibrahim agak tertekan kerana strategi paling utama beliau menerusi pelan tersebut tidak mampu mempengaruhi pimpinan BN Negeri Selangor terutamanya Noh Omar dalam menghentikan seketika pembongkaran kezaliman jangka panjang beliau terhadap rakyat Negeri Selangor.

Timbalan Pengerusi BN Negeri ini dilihat tidak mengambil isu tersebut sebagai senjata utama menyerang PKR.





Noh Omar tetap fokus dalam mendedahkan kepincangan dan agenda sulit Khalid Ibrahim merampas hak rakyat Negeri Selangor. Ini bakal dibuktikan satu persatu dan Khalid Ibrahim terpaksa memikirkan Pelan B bagi meracuni minda Noh Omar agar hilang fokus dalam membongkar korupsi beliau.


Persoalannya, adakah misi tersembunyi Khalid Ibrahim ini benar2 bakal membunuh Azmin Ali semata2? Atau bakal turut mengheret beliau dan kuncu2 Pakatan Negeri Selangor yang kini bakal berhadapan dengan pendedahan korupsi khianat nasib rakyat di Negeri tersebut?


0 comments:

Powered by Blogger.