May 21, 2012

NAJIB DIUGUT BUANG KES!!?.. PASANGAN ANWAR & AZMIN ALI B'DEPAN MAHKAMAH ESOK!!






Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Timbalan Presidennya, Azmin Ali akan dikenakan dakwaan berhubung penyertaan dalam perhimpunan Bersih 3.0 di kawasan Dataran Merdeka, Kuala Lumpur pada 28 April lalu di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur esok.

Kenyataan media dikeluarkan pejabat Azmin berkata wakil rakyat itu telah diminta hadir di Mahkamah Majistret Jalan Duta atas dua pertuduhan masing-masing di bawah Akta Perhimpunan Aman dan Kanun Keseksaan.

"Beliau (Azmin) diminta hadir ke Mahkamah pada jam 9 pagi, Selasa, 22 Mei 2012," kata kenyataan itu.

Kenyataan media diperoleh dari blog Anwar menyebut beliau telah diperintahkan hadir di mahkamah yang sama, juga jam 9 pagi untuk menghadapi dakwaan di bawah Seksyen 4(2)(c) Akta Perhimpunan Aman 2012 dan "boleh dihukum dibawah Seksyen 4(3)Akta yang sama kerana menyertai perhimpunan Bersih 3.0."

"Perintah tersebut dimohon oleh Ketua Polis Daerah Dang Wangi," kata kenyataan itu.



 



Sementara itu, salinan pertuduhan yang diedarkan kepada media menyebut bahawa "bahawa kamu (Azmin) pada 28 April 2012, di antara 2.30 dan 3 petang, di sepanjang Jalan Tun Perak di dalam Bandar Raya Kuala Lumpur, dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, telah menyertai satu protes jalanan bagi maksud membantah perintah Mahkamah Majistret di bawah Seksyen 98 Kanun Tatacara Jenayah yang telah dibuat pada 26 April 2012 oleh Majistret Zaki Asyraf Zubir






Ianya berlaku di mana seorang penjawat awam, yang mana perintah tersebut melarang sebarang perhimpunan di Dataran Merdeka iaitu kesemua permukaan tanah yang disempadani Jalan Sultan Hishamuddin, Jalan Raja dan Jalan Kelab kecuali kawasan yang diduduki oleh Kelab Diraja Selangor. dan orang awam diberi amaran agar tidak hadir, berada atau mengambil apa-apa bahagian dalam apa-apa perhimpunan dari 28 April 2012 hingga 1 Mei 2012; dan dengan itu kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah Seksyen 4(2)(c) Akta Perhimpunan Aman 2012 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 4(3) akta yang sama."

Kedua-dua pemimpin itu antara mereka yang menyertai perhimpunan yang diadakan di ibu negara, anjuran Bersih 2.0, bagi menuntut pilihan raya bersih dan adil.


4 comments:

Anonymous said...

Rais yatim cakap tak sampai 25 ribu hadir bersih 3.0... Betul ke.. Rasa rasa nya betul jugak.. Cuba tengok gambar aerial kat dataran merdeka sebelum anwar bagi arahan rempuh.. Kalau tengok gambar dari aras mata memang macam puluhan ribu kat situ.. Tapi gambar aerial tunjuk orang yang berhimpun ke belakang jalan tunku abdul rahman tak sebanyak mana pun.. Sepatutnya inilah kawasan yang paling banyak orang berhimpun sebab dekat dgn dataran merdeka kawasan larangan... Lepas tu anwar pun ada disitu..

Anonymous said...

Semua gambar yang menampakkan ramai orang masa perhimpunan tu telah dimanipulasikan oleh pihak tertentu.. Termasuk media seperti the STAR dsbnya..

Anonymous said...

Betullah kata wartawan tu.. Prnyokong bersih bertindak ganas merempuh.. Baru mereka ditembak dengan gas.. Takkan polis nak diam aje.. Kalau dah dekat nanti claim kena cota pulak sebab bergaduh dengan polis.. Bar council dll memang semua bodoh dan hendak memperbodohkan pihak polis dan kerajaan..

Anonymous said...

Mana pihak sukarelawaan dari bersih yang kononnya pakai jaket pegawai perubatan.. Duduk kat central market.. Pastu buat fitnah polis tembak gas kat central market.. Betul ke.. Atau propaganda mereka sahaja.. Selama ni yang nampak kat dataran merdeka sahaja..

Powered by Blogger.