May 8, 2012

LAMBAKAN NGO DESAK KERAJAAN BUANG KERAKYATAN AMBIGA!!









Kira-kira 400 wakil pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan penduduk tempatan di Kuala Terengganu hari ini berhimpun bagi mendesak pihak berkuasa mengenakan tindakan tegas ke atas Datuk S Ambiga termasuk melucutkan kerakyatannya.
   
Pengerusi Gerakan Kebangkitan Rakyat (Gertak), Datuk Razali Idris yang mengetuai demonstrasi itu berkata, kerajaan khususnya pihak berkuasa didesak bertindak tegas ke atas Ambiga yang bertanggungjawab menganjurkan perhimpunan BERSIH 3.0 tempoh hari sehingga mencetuskan keganasan.
    
Beliau berkata, rakyat tidak sanggup lagi menerima sesiapa sahaja yang menggugat ketenteraman dan keamanan negara khususnya dalam perhimpunan BERSIH 3.0 di ibu negara, baru-baru ini.

"Kita mengutuk tindakan Ambiga (kanan) yang menjadi punca berlaku perpecahan di kalangan rakyat negara ini sekarang ini, dia juga adalah penyokong kuat kepada LGBT (Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender).

"Justeru itu, kita mendesak kerajaan supaya mengambil tindakan tegas ke atas Ambiga termasuk lucutkan kerakyatannya. Kita tak mahu orang seperti ini memusnahkan negara dengan cara merusuh," katanya kepada pemberita di Kampung Beladau Kepong, Manir di Kuala Terengganu.

Menurut Razali sebagai susulan, pihaknya merancang mengadakan satu rapat umum besar-besaran tidak lama lagi bagi tujuan yang sama sekiranya Ambiga masih terlepas daripada sebarang tindakan.

Bagaimanapun, katanya, tarikh serta lokasi untuk mengadakan rapat umum yang dijangka disertai pelbagai kaum itu masih belum diputuskan.
   
"Apa yang kita buat (demonstrasi) hari ini sebagai satu permulaan, selepas ini kita akan adakan satu rapat umum besar-besaran yang akan disertai gerombolan besar orang Melayu selain kaum lain bagi memastikan Ambiga dikenakan tindakan sewajarnya," katanya.

13 comments:

Anonymous said...

semua penderhaka tanah air sepatutnya dilucutkan kerakyatan tak kira la kaum apapun. macam filem dolu-dolu: "...beta nyahkan kamu keluar dari negeri beta. kamu bukan lagi rakyat beta.. jika tidak kamu akan beta pancung..."

Anonymous said...

Rakyat dan lapisan masyarakat yang ingin keamanan terkaung-kaung apa faedahnya?? Menteri yang berkenaan cool aja!!! Sendiri fikirlah!! PRU 13 jawapan sebenar.

Anonymous said...

DOK TUNGGU APA LAGI?

Anonymous said...

KEPADA YANG DOK SURUH LUCUT KERAKYATAN AMBIGA . AHLI POLITIK ATAU NGO YANG BERPANGKAT RENDAH .... TAK PAYAH LA MINTA AMBIGA DILUCUTKAN KERAKYATAN NI .... BUAT MALU PRESTIGE ANDA SAJA ... maaf cakap nu . SELAGI PERDANA MENTERI , AGONG , TIMBLAN PM tak bersuara pasai lucut ni tak payah cakap lagi .NAIK MELUAT RAKYAT DIBAWAH TENGOK PERANGAI NGO dan AHLI POLITIK RENDAH ni ... SORY GANG kasaq sikit na.....

Anonymous said...

Satu lagi pengkhianat negara... Irene Fernandez Ambiga...

Anonymous said...

Sepatutnya sebelum kita mohon Ambiga dilucutkan kerakyatan, kita patut mohon HISHAMUDIN HUSSEIN sebagai Menteri KDN yang mula2 dilucutkan kerakyatan, kerana beliau tak dapat menjaga keselamatan negara dan ketenteraman awam dengan baik. Beliau biarkan manusia2 pengkhianat bermaharajalela. Tunggulah PRU13 nanti, kita semua melayu yang cintakan keamanan negara dan penyatuan sesama kita, kita bersatu suara untuk TIDAK LAGI MEMBERI WALAU 1 UNDI PUN KEPADA HISHAMUDIN !!!

Anonymous said...

AKU TAK SABAR NAK TENGOK NAJIB DAN MAHYUDDIN BUNGKUS SEMENTARA NEGARA JADI HURUHARA DENGAN GUAN ENG MENDUDUKI ISTANA NEGARA....... DAH MELUAT SANGAT DENGAN KELEMBIKAN PEMERINTAH KITA INI. BIAR KITA SAMA2 HANCUR HARI INI JANGAN ANAK CUCU KITA YANG MENDERRITA

Anonymous said...

Dulu PKR banyak menang sebab faktor kesihan kat anwar.. Tak caya pergi tanya makcik makcik yang mengundi PKR ni, terutamanaya kat kawasan Bangsar...

Kini, BARISAN dapat mengunakan isu AZMIN bagi mendapat undi rakyat yang benci kepada orang yang menderhaka kepada ibu mereka.. Pasti ramai kaum kaum ibu yang ada anak akan terasa apabila melihat cakap ibu azmin.. Harap dapat juga disiarkan tuduhan yang mengatakan Azmin menuduh ibunya telah dibeli oleh UMNO.. Gunakan lah kesempatan ini sebanyak mungkin.. Lagi baik kalau guna proxy macam NGO NGO kaum ibu dan sebagainya..

Anonymous said...

Bro.. Jangan ikut perasaan nanti binasa.. Tak kan sebab isu BERSIH 3.0 saudara semua yang kuat menyokong barisan dah goyah.. Undi sabotage boleh datang dalam pelbagai bentuk, dan ini adalah salah satunya.. BN kalah PRU12 sebab banyak undi sabotage dan juga undi orang atas pagar yang tak mahu undi BN pada masa itu... Harap undi sabotage SIFAR pada PRU13.. . Dan pengundi atas pagar dapat balik ke barisan.. Undi cina jangan harap kecuali suku sakat dari pemimpin mereka sendiri..

Anonymous said...

Hishamudin bacul! pengecut nak ambik tindakan atas Ambiga,ada syer ke......

Anonymous said...

Dua anon diatas itu adalah agent DAP.. menggunakan reverse psychology untuk menghasut rakyat tidak mengundi BN..

Adi Kencana said...

Ambiga ni mmg dah melampau..

NURUL IZZAH JADI PENGUNDI HANTU DI LEMBAH PANTAI? Baca di sini...

http://apakecoh2.blogspot.com/

Anonymous said...

tak suka menteri lembik penakut ambik tindakan keatas ambiga dan lain2 kalau tanak hilang undi

Powered by Blogger.