May 24, 2012

JAWI RAMPAS 500 BUKU KELUARAN IRSHAD MANJI DI BANGSAR!!








Pegawai Bahagian Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) merampas tujuh naskah buku "Allah Liberty & Love - Courage To Reconcille Faith & Freedom" karya penulis kontroversi, Irshad Manji berikutan kandungannya yang menyalahi hukum syarak.

Ketua Penolong Pengarah Kanan Penguatkuasa Jawi Wan Jaafar Wan Ahmad berkata serbuan yang melibatkan lapan pegawai itu dilakukan pada pukul 8.45 malam di sebuah kedai buku di pusat beli belah terkenal di Bangsar.

"Kami menerima maklumat terdapat sekurang-kurangnya 500 edisi terjemahannya sudah dicetak dan berada di pasaran di seluruh negara, malah usaha mengesan buku berkenaan sedang dilakukan," katanya kepada pemberita di sini.

Irshad, penulis kelahiran Uganda dan memegang kerakyatan Kanada mencetuskan kontroversi kerana menyokong gerakan lesbian, gay, biseksual dan transeksual (LGBT) di Malaysia.

Wan Jaafar berkata buku berkenaan dirampas dan disiasat mengikut Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan atas kesalahan berhubung kesucian Islam dan institusinya, termasuk menghasilkan penerbitan yang bertentangan dengan hukum syarak.

4 comments:

Anonymous said...

Tu lah. Orang dah kata, jangan bagi masuk orang ni ke Malaysia. Di bagi juga masuk. Nah sekarang baru kelam kabut nak haramkan buku haram jadah dia. Itu satu hal. Ni yang penerbit banggang ni pe ke hal nya sanggup bersekongkol dengan manusia spt ini. Nak cari untung biarlah yang halal sikit. Ingat jual buku yang memesongkan akidah ni halal ke.

Adi Kencana said...

Penerbit buku ni anak Zaid Ibrahim kan?

KRONI – ANTARA NIK AZIZ DAN RAJA NONG CHIK. Baca di sini.

http://apakecoh2.blogspot.com/

Anonymous said...

Tu lah pasai. . . .gatal sngt nak bgi masuk ye. . .skrg tanggong lah sndiri.

Mizz Nina said...

Dia ni patut kena rejam je.. dah la menyusahkan dan menyesatkan...

Powered by Blogger.