May 29, 2012

ISU MUZAKARAH... DIN PUDU HINA ULAMA' MUFTI..!!








Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub menyelar Mufti Perak mendakwa pihaknya dapat melihat gambaran secara jelas yang Mufti Perak dipergunakan oleh Umno untuk menggunakan isu lapuk.

“Bagi saya, segala tuduhan ini sudah lali. Bagaikan 'lagu lama' yang diperdengarkan kembali. Jadi, tidak perlu buang masa lagi bercakap mengenai isu ini,” jelas beliau.

Beliau menambah, Harussani juga menunjukkan sifat yang melampau sebagai mufti kerana tidak wajar bagi seorang mufti bercakap perkara yang ada kaitan dengan politik.

“Perkara-perkara seperti ini, kita harus selesaikan dalam lingkaran parti politik sendiri, bukannya kita harus dengar tuduhan beliau,” kata beliau kepada Sinar Harian Online.

Dalam satu kenyataan semalam, Harussani menyifatkan Pas sebagai ‘ghulub’ ataupun melampau kerana mengenakan syarat untuk bermuzakarah bersama Umno hingga menyebabkan usaha itu tidak menjadi kenyataan.

Kecewa keadaan itu, beliau turut menyatakan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat keras hati dan sukar dilembutkan apabila tetap mengulangi pendirian tidak dapat melupakan sejarah lampau parti itu bersama Umno.

Harussani berkata, sikap pemimpin Pas itu jelas menggambarkan mereka langsung tidak menghiraukan masa depan agama Islam dan bangsa Melayu kecuali kedudukan dan kepentingan politik semata-mata.

Malah katanya, beliau sendiri sentiasa bersedia menjadi orang tengah dalam memastikan muzakarah antara Pas dan Umno menjadi kenyataan dan ia demi kepentingan Islam.

“Saya sudah biasa bersemuka (dengan Pas), tapi kalau keras juga hati macam mana nak lembutkan. Saya juga sudah kemuka perkara ini (muzakarah) sekian lama dan minta jangan ada perpecahan orang Islam," katanya yang mengusahakan perundingan dan kerjasama politik Umno-Pas sejak Mac 2008.

11 comments:

sysalq said...

Apa yang dia hendak ye...pergi kelantan buat bising di sana..bila dah orang tak mahu di sana pergi pulak johor...main hentam saje asalkan jadi isu....semua benda jadi bahan kempen mengekalkan kedudukan peribadi...kalau tak..tak jadi YB lah lagi,...hilang semua glamour!

Anonymous said...

hahaha...nie beza org yg bahalol ngn seorang Mufti yg tggi ilmuny...org yg bodo asik jd bodo x tau makna sebenar seorg Mufti...yg dia tau wali selipar yg bodo berbakul2 tue...hahahaha...damn!!!

Pakcu Rantau Panjang said...

Kemuliaan mufti tidak sama dengan orang politik yang sering bercabang lidah dan pendirian demi survival politiknya

Apa lagi kalau teguran dan pandangan seorang mufti diperlekeh dan ditepuk sorak pula oleh juak-juak yang hanya termakan umpan politik yang terlalu taksub yang sukar menerima pandangan orang lain seolah-olah kumpulan mereka yang terbaik sekali.

Jangan terlalu angkuh dan mudah melempar kata-kata tampa berfikir panjang kerana banyak manusia yang rebah bukan kerana tergelincir kaki tapi kerana lidahnya...walahualam

Anonymous said...

harussani dah ada cop UMNO dekat dahi dia ... kalau tak masakan bermatian mempertahankan UMNO ..

Anonymous said...

PAS memang Parti Kapir!! orang PAS nak marah pun marah le!! sebab fatwa Hadi Awang yang menyatakan berkawan dengan orang kapir jadi kapir. So sekarang PAS yang jadi 2 kali kapir sebab berkawan dengan musuh islam dan menyokong Anuar Ibrahim dan Ambiga pengamal sex songsang.

Anonymous said...

Harusani mufti yg tulen. Dia memang dari dulu ingin melihat melayu & islam bersatu...

Jgnlah melabel , Ini orang UMNO..dan macam macam lagi...

Boleh tak kita tolak tepi pasal politik dan kita fikir bersama tentang perpaduan islam...

Nak muntah bila dengar alasan lapuk ..."ini orang UMNO,ini dah kena beli, dia dapat jutaan ringgit, dan byk lagi... Nak muntah aku dengar alasan macam ni!!!

Anonymous said...

Orang PAS ni memang sah mengamalkan perjuangan assabiyah.Mereka akan salakan siapa sahaja termasuk ulama besar yang tidak menyokong kumpulan mereka sebaliknya mati-matian mempertahankan ahli-ahli kumpulan mereka sahaja.Mereka bukan boleh ditegur.Hanya mereka sahajalah yang pandai dan betul.Hanya mereka sahaja yang masuk syurga.

Anonymous said...

OTAK DIA NI DAH KOSONG. HATI DAH PENUH KARAT. ISLAM APA YG DIA BAWA. MUZAKARAH TU HARAM KE. SYARAT MUZAKARAH TU SUNAT KE.

Anonymous said...

OTAK DIA NI DAH KSONG. HATI DIA PENUH KARAT. MUZAKARAH HARAM KE. SYARAT NAK BERMUZAKARAH SUNAT KE. JIWA DIA ROSAK.

Anonymous said...

dia sokong perpaduan umat Islam bukan Umno...semudah ni pon ko tk dpt bezakan...malang sungguh org yg berfikiran mcm ko...

Anonymous said...

Harussani tak dapat apa.. Tak ada kepentingan politik.. Bukan macam orang pas tu.. Jadi cakap orang mana yang ada lebih intergrasi dan boleh dipakai...

Powered by Blogger.