May 24, 2012

HASAN ALI BONGKAR MAINAN OTAK GILA MUZAKARAH PAS..!!





 


Pihak PKR kata isu Muzakarah itu UMNO dan PAS adalah mainan politik semata2. Cerita pasal Perpaduan Islam.. Politik.. Apatah lagi cerita Perpaduan Melayu.. Tak sebut kat media lagi dah kecoh rasis. Susah nak sebut. Kadang2 naik bosan. 

Tapi jika semua orang Melayu di Negara ini bosan, siapa yang mahu bertindak? Nak tunggu bangsa lain pegang kuasa Negara baru nak bincang? Hasan Ali yang merupakan salah seorang individu yang diarahkan Presiden PAS Hadi Awang untuk merealisasi perbincangan Muzakarah ini ada kupasannya.





Jika dilihat semula pertemuan Hadi Awang dengan Najib di Sarawak yang secara kebetulan berkempen di lokasi yang sama (seperti video di atas), ini semua bukan kerana politik. 

Muzakarah UMNO dan PAS bukan hendak bergabung atas nama 1 parti politik sebenarnya. Ia bukan politik. Nilai Muzakarah ini besar impaknya kepada kekuatan Ummah. Tapi kini semua kerangka kertas kerja ke arah Muzakarah telah dibakar puak2 Parasit PAS didikan Anwar yang kini menguasai pimpinan tertinggi Parti.

Dan Hadi Awang? Entah. Dah layu dalam kepimpinan. Nilai seorang Pemimpin. Main tarik tali. Bila tak selamat, panggil UMNO. Kena warning dengan Parasit, tarik balik. Siap kena maki lagi UMNO.



 



Lihat pimpinan2 terdahulu seperti Bekas Ketua Muslimat PAS Pusat Ustazah Nuridah Salleh. Kenapa dia dicantas dalam pimpinan PAS? 


Adakah disebabkan penyertaan Muslimat PAS yang dibawa beliau menerusi SENADA di bawah Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat pimpinan Shahrizat satu ketika dahulu menjadi penyebab utama? 





Tonton Video di atas. Nilailah sendiri. Jangan disekat ruang untuk menyatukan ummah. Kerana jika ianya berjalan dengan baik, beberapa usul PAS dapat dilaksanakan di bawah Kerajaan Najib Tun Razak. Daripada dok cium mulut DAP yang sudah pastinya bukan sahaja Hudud, Enakmen Jenayah Syariah sedia ada yang digunapakai sekian lama Kerajaan Negeri pun bakal dibakar hidup2.



13 comments:

joe42 said...

aku insaf dengar ceramah dr hassan ali. syabas dr!

Anonymous said...

Nampak a samad said dalam compound ambiga masa demo depan rumah ambiga.. Tak nampak pun anwar dan azmin..Next time mesti heboh kan cakap anwar dan azmin ada situ.. Baru next time ramai "pengikut" dia berkumpul.. Boleh tunjuk arahan rempuh lagi..

Anonymous said...

Jangan lupa pakai selotape kat mulut masa buat arahan rempuh nanti.. Bahasa tangan boleh jadi apa sahaja.. Tak percaya tengoklah nanti mesti anwar didapati tidak bersalah beri arahan rempuh walaoupun jelas dalam clip video...

Anonymous said...

Hari ini utusan cakap LKS kata Karpal nafikan apa yang dia cakap memgenai PM boleh jadi dikalangan bukan melayu.. Menyalahkan utusan.. Yamg heran nya sekarang ni semua dah ada.. Tak kan tak ada interview menggunakan video atau perakam suara mas buat interview karpal tu.. Harap GR dapat cari siapa yang interview dan sama ada, ada bukti ini atau tidak..

Anonymous said...

Baru tahu siapa tipu dan siapa benar..

Anonymous said...

Karpal mesti akan saman utusan jika kenyataannya diputar belitkan... Kita anggap ia ya betullah jika dia tidak saman atau memafikannya..

Anonymous said...

PAS YANG NAMPAK BODOH.. MULA MULA NEGARA ISLAM DITOLAK.. SEKARANG PM BOLEH DARI BUKAN MELAYU.. APA MAKSUDNYA NI.. YANG MENAKUTKAN IALAH RAMAI PENYOKONG PAS YANG TAKSUB DENGAN PEMIMPIN PAS.. TERIMA SAHAJA PEMIMPIN DAN PERJUANGAN PAS WALAUPUN TELAH LARI DARI PERJUANGAN ASAS.. SEDARLAH WAHAI PENYOKONG PAS YANG ADA AKAL FIKIRAN DA. KURANG TAKSUB DENGAN PEMIMPIN KAMU.. BUATLAH PILIHAN YANG BETUL.. BERTERUS TERANG LAH PADA DIRI SENDIRI SAMADA PAS BOLEH MENJAGA KEPENTINGAN AGAMA ISLAM DAN BANGSA MELAYU DI MASA HADAPAN..

Anonymous said...

NIK AZIZ KATA DR M MERACAU DAN ITU BUDAYA UMNO JIKA ADA PEMBERONTAKKAN JIKA PEMBANGKANG KALAH PRU13 NANTI.. SEJARAH TERDEKAT TELAH MENUNJUKKAN ITU SEMUA ADA PADA AHLI PAS TERUTAMA UNIT AMAL PAS MASA BERSIH TEMPOH HARI.. JADI TAK KAH IANYA MENUNJUKKAN ITU BUDAYA PAS DAN AHLI PR YANG LAIN... DR M ADALAH ORANG YANG BERPENGALAMAN DALAM NEGARA.. DIA BUKAN ORANG YANG CAKAP KOSONG AJE.. ORANG SEPERTI DIA SELALUNYA MEMPUNYAI PANDANGAN YANG JAUH DAN DAPAT MENEKA APA YANG AKAN BERLAKU JIKA BERLAKU SESUATU.. INI TERBALIK DARI NIK AZIZ.. PANDANGAN DIA HANYA IKUT KEPALA DIA PADA MASA ITU DAN TIDAK PETNAH FIKIR KEHADAPAN.. KEPUTUSAN DIBUAT ATAS AD HOV BASIS.. YANG AMBIL PANDANGAN DIA PUN HANYA PEMIMPIN PAS YANG TAKSUB DENGAN DIA.. JANGAN HARAP ORANG LAIN AKAN AMBIL PANDANGAN DIA SECARA SERIUS, INI TERMASUKLAH DARI PRMIMPIN PR SENDIRI..

Anonymous said...

Masakan karpal boleh tersasul dengan menamakan LGE sebagai PM jika mereka menang PRU13.. Ini semua adalah bagi memancing undi bukan melayu untuk menyokong mereka.. Dengan berkata begitu ianya menunjukkan bahawa impian mereka sudah hampir untuk menjadikan malaysia republik yang diperintah oleh bukan melayu.. Macam jiran sebelah, singapore...

Anonymous said...

Anwar tidak layak jadi PM Malaysia..
PM boleh dari bukan melayu..

KENYATAAN SIAPAKAN INI..

SIAPA LAGI KALAU BUKAN KARPAL SINGH..

APA MAKNANYA.. FIKIRLAH SENDIRI..

ADAKAH HADI AWANG, NIK AZIZ, AZMIN AKAN JADI PM.. ATAU LKS, KARPAL, LGE..

Anonymous said...

Apa masalahnya org Melayu berpecah. Berpecah kerana fahaman polotik. Haramkan politik. Layanan adil parti pemerintah akan mengurangkan peepecahan.

zain said...

elllleehh hassan ali..umno yg terang2 anjur n sokong program2 maksiat takde plk kau hentam..

Anonymous said...

Istilah muzakarah tu hanya terbit apabila puak PAS nak divert isu dan tekanan DAP. Mangkuk hayun tu sengaja cetuskan perkataan tu agar ada respons UMNO. jadi isu tekanan DAP terhadap Pas akan hilang begitu saja. Itu saja akai bongak Nik ajis tu.

Powered by Blogger.