May 13, 2012

HARI UMNO K4 66.. KISAH MENYAYAT HATI KEMALANGAN BAS SEMPENA HARI IBU.








“Jaga diri baik-baik, nenek dah nak pergi ni,” itulah pesanan terakhir Allahyarham Roa Dol, 79, kepada cucu kesayangannya, Puteri Nuraqilah Mohd Khutatu, 11 bulan, sebelum menghadiri Sambutan Ulang Tahun Umno ke-66 di Stadium Bukit Jalil kira-kira jam 9 pagi, semalam.

Namun malang tidak berbau, dalam perjalanan pulang daripada sambutan berkenaan, Roa terlibat dalam kemalangan di Kilometer 258.8 Lebuh Raya Utara Selatan berhampiran susur keluar ke Port Dickson pada jam 2.58 dan meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Tuanku Ja’afar, Seremban.

Kemalangan tersebut yang membabitkan dua bas dan sebuah lori treler turut menyebabkan 77 lagi cedera.

Menantu Allahyarham Roa, Nurul Arina Mohd Yusof, 20, berkata, dia tidak menyangka itu adalah kata-kata terakhir untuk anaknya yang merupakan cucu bongsu mangsa.

Menurutnya, semenjak Puteri Nuraqilah atau nama manjanya Qila dilahirkan, arwah ibu mertuanya itu banyak menghabiskan masa bersama cucu kesayangannya itu.

“Saya sedih setiap kali mengenangkan arwah yang suka bermain dengan Qila.

“Bagaimanapun, ini ketentuan daripada ALLAH dan saya menerimanya dengan redha,” katanya kepada Sinar Harian di kediamannya di Kampung Parit Lubok Tengah, Semerah di sini.

Menurut Nurul Arina, dia turut berasa sebak kerana beberapa hari sebelum tragedi itu, Allahyarham ibu mertuanya sempat menghadiahkan seutas gelang tangan kepada Qila.

Katanya, paling menyedihkan apabila arwah sendiri yang memakaikan gelang emas berkenaan kepada cucunya.

“Arwah juga tidak menunjukkan sebarang perlakuan pelik sebelum mengikuti rombongan berkenaan.

“Malah sepatutnya hari ini kami sekeluarga merancang hendak buat kejutan kepada arwah dengan menyambut Hari Ibu di Johor Bahru iaitu di rumah salah seorang anaknya,” katanya yang tinggal serumah bersama Allahyarham Roa, suami dan anaknya, Qila.

Jenazah mangsa selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Lubok, kira-kira jam 3.45 petang tadi.

4 comments:

Global Products & Services Review said...

1Malaysia semua...

Daripada anda semua blog 24jam tak dapat sesen pun, ada baiknya sambil sambil invest beli share syarikat di Europe. Bulan bulan dapat duit, stable monthly income. Lagi banyak yang di invest, lagi besar dapat tiap tiap bulan.

Kalau takut dan tidak yakin, boleh lah cuba invest sikit sikit. RM 2300, boleh mendapatkan anda RM 310 tiap-tiap bulan. Atau share paling murah berharga USD $ 20 dengan bulanan anda akan dapat USD $ 2.2 sahaja.

Kalau berminat, sila layari :

(Versi English)
http://ReadandDecide.blogspot.com/2011/10/uinvest.html


(Versi Melayu)
http://PelaburanHartanah.blog.com


( * versi English lebih lengkap documentasi dan maklumat mengenai investment ini)


Layari mana mana laman blog diatas, setelah membacanya. Click pada FREE REGISTRATION dan daftar account pelaburan anda, ianya percuma, walaupun anda tidak mahu lagi membuat investment. Tetapi anda boleh lihat lihat dan survey dulu di dalam account anda itu. Dan anda juga boleh chat dengan Admin dan Pihak Management investment berkenaan, secara LIVE dan kadang kadang ada webcam session bersama admin.

Belum cuba belum tahu, selamat melabur.

Anonymous said...

Tak berbaloi.....adoooolaaaa umno umno

Anonymous said...

Semoga roh arwah di kalangan org yg di rahmati...al fatehah

QalamQabut said...

Apa yang tak berbaloi wahai Anon May 13? Sebab arwah meninggal dunia sebagai penyokong UMNO maka dia tak layak masuk syurga? Kamu ada hak untuk tentukan dia Islam atau kafir, untuk masukkan dia ke syurga atau neraka?

Atau mungkinkah kamu hanya penganut buta tuli agama PAS yang bertopengkan Islam, pengikut Nabi Nik Aziz yang sesat dan menyesatkan.

Bertaubat dan pulanglah ke pangkal jalan. Keluar PAS bukan bermakna anda keluar Islam. 99% orang Islam di dunia ini bukan pengikut PAS.

Powered by Blogger.