May 30, 2012

FREE HIGHWAY.. TOK HIM SERANG KORUP HUSAM MUSA BODOHKAN RAKYAT!!







Tindakan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meminta derma rakyat Kelantan bagi menampung kos pembinaan projek lebuh raya Kota Bharu-Kuala Krai (KBKK) atau dikenali sebagai "lebuh raya rakyat" disifatkan sebagai sandiwara politik terhebat abad ke-21.

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata, pembinaan lebuh raya itu hanyalah propaganda dan retorik Pas menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) .

Menurutnya lagi, sekiranya Kerajaan Negeri Kelantan mengharapkan derma untuk membina lebuh raya itu, maka ia akan mengambil tempoh yang lama kerana menelan kos sebanyak RM1.8 bilion.

“Sungguh kelakar. Dulu letak batu asas jambatan Kampung Laut ke Kota Bharu, projek pelabuhan dan Bandar Pantai 7, Tumpat dan Pelabuhan Darat, Kuala Krai, mana projek tersebut? Sebatang besi pun tak ada.

“Nik Abdul Aziz dan Pas ingat mereka boleh perbodohkan rakyat Kelantan sepanjang masa. Kalau harap derma, mahu siap lebuh raya yang dicadangkan mungkin tunggu 50 ke 100 tahun,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Sehubungan itu, Ibrahim menyeru supaya Nik Abdul Aziz menghentikan temberangnya dan berpijak di bumi yang nyata demi kepentingan rakyat Kelantan.

“Kasihan rakyat Kelantan kerja pun tidak ada, ekonomi tidak meningkat dan air bersih pun tak ada, tanah rizab melayu digadai, inikan nak minta derma pula. Tak cukup lagi derma jihad masa ceramah, ini sesuatu yang dahsyat,” katanya.

Semalam, Kerajaan Negeri Kelantan menegaskan pembinaan lebuh raya ini bukan berniat mahu mencabar mana-mana pihak.

Sumber Kerajaan Negeri mengesahkan setakat semalam hampir RM1.4 juta derma dikutip melibatkan cek bernilai RM1,355,000 manakala RM14,777 diberi secara tunai.

16 comments:

Anonymous said...

tobat la wei..wahai pembohong bersiri.

aliffnajmi said...

KLu nak projek ni cepat siap... saya cadangkan Kjaan Kelantan mewajibkan semua ketua keluarga bagi rakyatnya buat personal loan RM10k kat bank rakyat atau bank islam dan didermakna semuanya kpd nik ajis.
Utk itu ketua keluarga ini akan membayar kira2 RM150 setiap bulan selama 7 tahun tak kira samada mereka menggunakan lebuhraya tu tersebut atau pun tidak.
Mcm ni baru adil kan?
Kos menyelenggara kjaan kelantan boleh pakai duit derma ceramah setiap mlm tuh.

Anonymous said...

Bodoh punya kerajaan kelantan bodoh juga MBnya dan semua ahli exco... lebuhraya belum siap rakyat dah kena bayar tol dulu... macam ni pun rakyat tak nampak.. konon tol free... fikir la

Anonymous said...

Sekarang mereka kutip derma untuk bina jalan rakyat, nanti dah dapat dana kata kerajaan UMNO tak lulus projek. Duit dah sental habis. Harap rakyat tidak lagi termakan dan diperbodohkan. Sama jadi macam derma memali.

Anonymous said...

ada ke rakyat kelantan yang bodoh nak bayar tol dulu sebelum guna highway. kalau ada rakyat sebegitu memang betul2 bodoh macam lembu

Anonymous said...

lebuhraya adalah parasarana yang wajib kerajaan sediakan bukannya rakyat yang sediakan kalau saya jadi MB macam si ulamak bangang ni pun bila bila boleh cadangkan minta derma bina jalanraya, sekolah, loji air bersih, tapak perindustrian sejak dulu lagi bukan sekarang, dah la rakyat kelantan susah nak ditambah susah lagi... derma derma juga tapi menyusahkan orang... negeri kebajikan apa namanya ni.. tol kena bayar dulu(derma) baru ada lebuhraya... aniaya rakyat kelantan

CITY said...

LEBUHRAYA AIR MATA RAKYAT...KAH...KAH..KAH..TOL FREE,MAKAN FREE,MINYAK FREE,TIPU FREE...KAH..KAH..KAHHHHH

Anonymous said...

Kena tipu sokmo rakyat kelate....tok guru baca ayat sikit....mapus...pah ko hok dale kain pun bui ni.mapus...mapus.

Anonymous said...

Baru dapat RM1.4 Juta.. tinggal lagi berap yer? hmm...hmm..

RM1.9billion - RM1.4juta = 0.5juta lagi... kah kah kah

RM1,898,600,000 lagi...

alang2 dah bodoh 22 tahun kasi bodoh lagi 50 tahun... kah kah kah

Anonymous said...

belum masuk kos nak maintain highway tuh nanti.... kah kah kah

Anonymous said...

rm1.8 billion, harga pembinaan hari ini. Nak kumpul derma rakyat kelantan utk jumlah tu, maunye makan masa ntah berapa tahun. Sampai masa tu, tentu kos pmbinaan lebih tinggi lg. Akai ada ka? Tak ku sangka, PAS boleh/sanggup/ sampai hati nak perbodohkan rakyat ke tahap ini. Sungguh hebat think tank kjaan PAS kelantan!

Anonymous said...

ketaksuban menutup pintu akal...

Anonymous said...

Nak wat modal cetak poster PRU 13 kot?

Anonymous said...

Baru ada hampir RM15,000 tunai? Nak bayar kos billboard propaganda yang mnunjukkan gambar Nik Aziz tersengeh2 pergi pecah tanah pun tak cukup. Itu baru satu billboard!

Inilah contoh kerajaan yang PALING TIDAK BERTANGGUNG JAWAB yang pernah saya saksikan. Ketika tiada usaha dari kerajaan negeri untuk meningkatkan taraf ekonomi rakyatnya, rakyat di'hina' dengan saranan 'menderma' untuk infrastruktur sehebat ini. Kalau minta derma setakat RM 1 juta untuk bina masjid atau surau, tak mengapa lagi... Ini kita bercakap mengenai RM 1,800 juta (Nilai kos pembinaan semasa)

Rakyat Kelantan bukan setakat memerlukan lebuhraya Kuala Krai _ Kota Bharu.., akan tetapi, jalanraya Pasir Puteh - Kota Bharu pun amat teruk sesaknya. Nak kutip derma lagi? Nak cari derma RM 1,500 juta lagi?

Baso bengong!!
Berpolitik tak habis2..!!

Anonymous said...

saya cadangkan kepada pencacai PAS pemberian BR1M RM500 oleh kerajaan BN didermakan untuk projek tersebut.

Anonymous said...

Kebanyakan komen menggunakan perkataan bodoh...
Sesiapa yang membaca blog ni, dia adalah orang yang banyak sifat negatif dlm diri dia.
Saya pun blh jadi bodoh kat sini
hehehe

Powered by Blogger.