May 2, 2012

EX IGP DEDAH PENGLIBATAN AGEN KOMUNIS ATUR KEGANASAN BERSIH 3.0..!!








Bekas Ketua Polis Negara Tun Hanif Omar hari ini melahirkan rasa khuatir terhadap penglibatan beberapa individu yang pernah mempamerkan diri sebagai Pro Komunis menerusi demonstrasi pada sekitar era 1970an di dalam Perhimpunan BERSIH 3.0 Sabtu lalu. 

Beliau menjelaskan, golongan ini merupakan tulang belakang dalam mengatur strategi dan menggunakan taktik yang bijak dalam membuat provokasi membangkitkan api kemarahan setiap kali berdepan dalam sesebuah penganjuran demonstrasi membawa kepada rusuhan tidak terkawal.

"Saya dapat mengecam (mereka) daripada gambar-gambar dan imej yang disiarkan (yang diambil daripada perhimpunan itu), merupakan golongan pro-komunis yang terbabit dalam demonstrasi pada tahun 1970-an."

"Taktik menggunakan golongan penimbul kemarahan untuk mendorong penunjuk perasaan bertembung dengan polis dan membawa bersama kanak-kanak dengan harapan mereka mungkin mendapat kecederaan merupakan taktik yang dipelajari daripada demonstrasi prokomunis yang lepas," kata Hanif.

Tun Haniff juga tidak menolak kemungkinan insiden keganasan yang berlaku pada BERSIH 3.0 lalu didalangi pelbagai pihak termasuk beberapa individu yang cuba menyebarkan ideologi komunis.


2 comments:

Anonymous said...

Tun, Sila dedahkan siapa individu tu spya senang kita uruskan...

Anonymous said...

Sudah diduga memang ada Agenda Kominis tapi PDRM ingat cuma nak kawal perlawanan bolasepak Kelantan Vs Kedah...Anggota semua relaks dan santai tiada Belantan atau cota ( Cota Ori adeleh )Lainlah ERA Tun mana ada Polis kena Belasah oleh Perusuh sampai mati..Sekarang Pegawai PDRM semua keluaran U dan gaji besar semua takut kena dakwa dan buang kerja jadi Play Safelah. Lain lah dulu zaman Tun dalam Pasukan ada SETIAKAWAN antara anggota pantang kawan kena belasah, mata jadi merah,kepala keluar api defend kawan.Bila Polis tembak penjenah atau OKT makan Polis kena dakwa tapi bila polis kena belasah sampai mati...Perusuh...? Adakah sapa-sapa cadangkan Tubuhkan Suruhanjaya Siasatan..?Bagi zaman polis dulu kita kena lakukan bila berdepan KEGANASAN hanya KEKERASAN ubatnya. Oleh Mat Bond

Powered by Blogger.