May 13, 2012

PEMINAT FIXIE TIDAK SABAR KE PUTRAJAYA.









Basikal fixie telah menjadi trend bagi golongan remaja dan belia masa kini dan di mana- mana kita dapat melihat para belia menunggang basikal jenis fixie ini secara berkumpulan.

Sekali pandang, tidak banyak perbezaan yang dapat dilihat di antara basikal ‘fixie’ berbanding basikal biasa. Selain warnanya yang kebiasaannya terang serta digerakkan menggunakan satu gear sehala, bahagian lain semuanya sama.

Basikal fixie atau dalam bahasa inggeris fixie bike (fixed-wheel bicycle) bermaksud, roda bebas (freewheel) di mana paddle sentiasa bergerak apabila basikal sedang bergerak.

Penuntut-penuntut Universiti Malaya di sini tidak terkecuali untuk mempunyai kumpulan-kumpulan kecil yang berminat terhadap basikal fixie. Mereka ditemui sewaktu Karnival Sukan Universiti Malaya bersama Menteri Belia dan Sukan baru-baru ini menyatakan bahawa aktiviti basikal fixie ini merupakan satu aktiviti yang sihat serta banyak memberi manfaat kepada mereka sebagai pelajar. Sumbangan basikal jenis ini oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sempena program ini kepada semua kolej kediaman bagi tujuan riadah dianggap bertepatan dengan usaha kerajaan dan Universiti Malaya bagi membudayakan cara hidup sihat di kalangan warga pendidik dan pelajarnya.

Ahli-ahli kumpulan tersebut turut menyatakan bahawa mereka tidak sabar untuk menunggang basikal fixie di sekitar Putrajaya untuk bersama-sama menyertai aktiviti Himpunan Jutaan Belia 2012 yang akan berlangsung pada 23 hingga 27 Mei 2012 nanti.

Penganjuran aktiviti basikal fixie segmen MyHobby yang dikendalikan oleh Bahagian Pembangunan Rakan Muda iaitu Night Ride, Fixie (New Trend), Pertandingan Track Stand dan Bunny Hop, Freestyle Tricks serta Gold Sprint lebih menyemarak semangat mereka semua untuk menyertainya.

0 comments:

Powered by Blogger.