May 15, 2012

ARWAH NORAMFAIZUL ANTARA WARTAWAN DI PAMERAN MUZIUM US..!!






Allahyarham Noramfaizul Mohd Nor, jurukamera televisyen Pertubuhan Berita Nasional (Bernama) yang terbunuh semasa bertugas di Somalia tahun lepas menjadi wartawan Malaysia pertama diberi penghormatan oleh sebuah muzium khusus untuk  wartawan di Amerika Syarikat.

Nama Noramfaizul diukir pada arca kaca di memorial itu di dalam bangunan Newseum iaitu muzium yang dikhususkan untuk wartawan dan berita, terletak di Pennsylvania Avenue berhampiran bangunan Kongres Amerika Syarikat di Capitol Hill.

Nama Allahyarham juga boleh diakses di laman web muzium itu http://www.newseum.org.

3 comments:

Anonymous said...

Pandangan aku ke ape, tapi nampak muka dia tenang dan senyum.

Anonymous said...

semoga arwah ditempat bersama org2 beriman.. amin..

Anonymous said...

secara spontan airmata ku mengalir.....Ya allah kau tempatkan dia dikalangan org-org yg engkau redhai....amin

Powered by Blogger.