May 23, 2012

ANWAR SASAR MALAYSIA NEGARA NO. 1 SOKONG LGBT!!?








Kerajaan sukar menyekat kemasukan pendukung lesbian, gay, biseksual dan transeksual (LGBT) ke negara ini kerana tidakan itu didalangi individu tertentu, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Katanya, individu berkenaan juga bertanggungjawab 'mengimport' masalah tersebut ke negara ini, termasuk membawa masuk pendukung LGBT antarabangsa, Irshad Manji yang beragama Islam.

"JAKIM (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia) memang bekerjasama dengan KDN (Kementerian Dalam Negeri) tetapi kita kena faham kehadirannya (Irshad Manji) dalam keadaan yang tak bertujuan, datang guna pas lawatan biasa dan kita sedang berusaha meminimumkan masalah ini.

"Kita memang sentiasa berusaha untuk tangani masalah ini sebab negara kita bebas dimasuki orang," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Biro Penerangan UMNO Kedah, di sini, petang semalam.

Jamil Khir yang juga Ketua Penerangan UMNO Kedah, berkata JAKIM juga dari awal menentang percubaan bekas Presiden Majlis Peguam Malaysia, Datuk S Ambiga untuk mengadakan 'Seksualiti Merdeka'.

Rakyat negara ini dipandu berdasarkan agama, bukan pemikiran sendiri dan setiap individu perlu mematuhi undang-undang yang ada, katanya.

"Semua agama terutamanya Islam tidak mengizinkan perbuatan seperti ini bahkan secara semula jadi naluri manusia juga tak mengizinkan perkara tersebut berlaku," katanya.

Beliau berkata, Malaysia juga dipanggil ke pejabat Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu di Geneva baru-baru ini bagi menjelaskan sebab Malaysia menjadi antara negara yang menentang kuat LGBT. -

2 comments:

Anonymous said...

Kalau macam tu lady gaga pun boleh masuk malaysia le...

Anonymous said...

PBB tiada hak untuk mengutuk atau mengata malaysia mengenai LGBT.. Malaysia negara berdaulat ada undang undang sendiri.. Tak kira lapuk ke atau tidak.. Undang undang mesti dihormati sehingga ianya ditukar secara yang sah..

Powered by Blogger.