May 22, 2012

ANWAR IKHTIRAF IRSHAD MANJI ULAMA' MODEN... "GAY ITU CIPTAAN ALLAH..!!"







WAWANCARA Penulis wanita Kanada, Irshad Manji bersama Malaysiakini tetap mempertahankan pendiriannya selama ini yang percaya Islam tidak mendiskriminasi golongan gay dan lesbian.

Menurutnya, Al-Quran sendiri menjelaskan bahawa setiap manusia adalah ciptaan Tuhan dan ia termasuklah golongan tersebut.

Tambahnya, konsep kononnya Islam menolak dan membenci golongan itu sama sekali tidak selari dengan konsep Allah sebagai Tuhan yang Maha Penyayang.

"Kembali kepada Al-Quran, setiap orang adalah ciptaan Tuhan. Malahan gay dan lesbian juga dicipta Tuhan...

"Tolong jelaskan kepada saya," kata Irshad dalam wawancara eksklusif dengan Malaysiakini.

Kedatangan Irshad ke Malaysia mengundang kontroversi apabila Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom menggesa jabatan agama Islam setiap negeri menghalang sebarang program beliau.

Pandangan Jamil Khir disokong Pemuda PAS yang turut membuat seruan yang sama.

Jamil Khir juga menggesa agar buku terbaru Irshad yang diterjemah dengan judul Allah, Kebebasan dan Cinta diharamkan pengedarannya atas alasan "bukunya merbahaya kepada umat Islam".


Selain daripada membela golongan gay dan lesbian, Irshad turut dikenali ramai kerana menyokong perkahwinan antara individu Muslim dengan individu berlainan agama tanpa perlu menukar agama masing-masing.

Mengulas perkara itu, Irshad berkata ia dirumuskan berdasarkan interpretasinya terhadap Al-Quran dan juga ijtihad yang dilakukannya.

irshad manji book launch signing autographsBeliau percaya perkahwinan sedemikian dapat menghentikan golongan muda Islam daripada meninggalkan Islam semata-mata kerana cinta.

Tegasnya, beliau tidak perlu meminta maaf kepada sesiapa hanya kerana berbeza pendapat dengan orang lain dalam perkara tersebut.

"Mungkin saya perlu minta keampunan dari Tuhan pada hari pengadilan dan Tuhan yang penuh dengan kasih sayang pastinya akan memberikan saya perbicaraan yang adil," katanya.

Menurutnya lagi, pendirian itu turut disokong seorang imam dan didokumenkan di laman webnya. Sehingga kini, dokumen itu diterjemah ke dalam lebih 20 bahasa termasuklah bahasa Melayu, ujar Irshad.

Imam yang dimaksudkan adalah Dr Khaleel Mohamed yang memiliki ijazah doktor falsafah dalam perundangan Islam dari McGill University.

Sebelum hadir ke Malaysia, Irshad terlebih dahulu singgah di Jakarta untuk mempromosikan bukunya di sana.

 

 



Beliau dilaporkan diancam beberapa ratus orang golongan pelampau yang menerjah programnya di pusat kebudayaan Salihara di selatan Jakarta dan cuba mengasarinya.

Mengulas perkara ini, Irshad kesal apabila ketua polis bandar tempat programnya berlangsung menghebahkan lokasi hotel beliau menginap melalui Twitter dan mendedahkannya kepada ancaman keselamatan dari golongan pelampau agama.


"'Kerjasama di antara kumpulan pelampau seperti Front Pembela Islam dan polis ini mengejutkan dan memalukan dan ia perlu diberi perhatian daripada segi rekod hak asasi di Indonesia," kata Irshad.

Namun, keberanian yang ditunjukkan hadirin programnya yang tidak berganjak sewaktu serangan berlaku menguatkan semangatnya untuk menubuhkan cawangan Projek Keberanian Moral di Indonesia, ujarnya.

Projek Keberanian Moral adalah sebahagian daripada program kepimpinan yang digagaskan Irshad di Robert F Wagner Graduate School of Public Service, New York University (NYU) tempat beliau memberi kuliah sekarang.

Bercerita tentang buku terbarunya, Irshad percaya ia akan diterima golongan muda di Malaysia berdasarkan sebahagian besar maklum balas memberangsangkan melalui laman Twitter.

Secara berjenaka, beliau berharap agar bukunya itu dibaca orang ramai sebelum ia diharamkan pengedarannya seperti buku sebelum ini, The Trouble with Islam Today: A Muslim's Call for Reform in Her Faith.

"Buku ini bukan sahaja dipenuhi hujah tetapi ia memberikan anda 'perkakas' untuk belajar dan memulakan perjalanan ke arah integriti.

"Saya rasa buku ini sangat diperlukan golongan muda di Malaysia," kata Irshad.


15 comments:

Anonymous said...

Di Jakarta dah kena halau pergi pulak kat Malaysia. Kenapa kita tengok dan biarkan aje minah ni sebarkan fahaman sesat ni eh? Oh.. ada bapak angkat dia si Anugerah Tuhan tu kat sini patutlah tak takut.

Anonymous said...

Iblis, Syaitan ciptaan Allah juga. Bukan jadi sendiri. Macam mana tu Manji?

So salahkan Allah lah? Kita boleh buat apa suka lah pasal Allah yang bersalah?

Kalau hati dah gelap akal tak dapat mencapai Allah .

Anonymous said...

Cerita umat nabi luth tu nak letak mana? Mengapa sampai turun bala?

Cinta Damai said...

irshad manji tu orang orang yang kecewa dan tidak beriman,

"Mungkin saya perlu minta keampunan dari Tuhan pada hari pengadilan dan Tuhan yang penuh dengan kasih sayang pastinya akan memberikan saya perbicaraan yang adil," katanya.

jika dia beriman dengan Allah SWT, yakni Al-Quran tidakkah dia memepaljari dari kisah kaum Luth? dan tidakkah dia gentar terhadap azab seksaan yang telah dijanjikan Allah SWT?

(Faatir 35:11)
Dan Allah menciptakan kamu dari tanah, kemudian dari (setitis) air benih, kemudian Ia menjadikan kamu berpasangan (lelaki dan perempuan). Dan tiada mengandung seseorang perempuan (juga seekor betina), dan tidak pula satu-satunya melahirkan (anak yang dikandungnya) melainkan dengan keadaan yang diketahui Allah. Dan tidak diberikan seseorang berumur panjang, juga tidak dijadikan seseorang pendek umurnya, melainkan ada kadarnya di dalam Kitab Ilahi. Sesungguhnya yang demikian itu mudah sahaja kepada Allah.

fitrah manusia telah dijadikan berpasangan, maka datangilah pasangan kamu itu dengan jalan yang halal dan diredhai Allah SWT, adakah kamu tidak beriman? tidakkah kamu malu mengaku kamu seorang pejuang Islam sedangkan kamu sendiri tidak mengerti apa itu Islam? dimakah pegangan Rukun Islam, Rukun Iman kamu?

(An-Naml 27:81)
Dan engkau tidak akan dapat memberi petunjuk kepada orang-orang yang buta supaya menjauhi kesesatan mereka; engkau tidak dapat memperdengarkan (seruanmu itu) melainkan kepada orang-orang yang sanggup beriman akan ayat-ayat keterangan Kami, kerana mereka orang-orang yang berserah diri dengan ikhlas.

Anonymous said...

si DAJAL yang sesat lagi menyesatkan...menggunakan tulisan untuk menyesatkat generasi muda yang tipis dengan iman.... harap di halau si dajal ni dari bumi MAlaysia...

Anonymous said...

Lihatlah keadaan manusia di akhir zaman ini.Mereka membaca Al Quran tetapi dengan hati yang buta dan bukannya dengan iman.Mereka membuat kesimpulan berdasarkan akal dan bukannya berlandaskan Al Quran dan Al Hadith.Mereka juga tidak mengambil ajaran yang dibawa oleh Rasulullah.
Apakah orang kafir yang juga manusia ciptaan Allah akan masuk ke dalam syurga? Ajaran yang dibawa dalam buku ini teramat merbahaya dan akan merosakan akidah umat Islam di Malaysia kerana pendekatan yang dgunakan amat diminati oleg generasi muda.

Anonymous said...

Ini lah salman khan seKarang..

Patut ada orang macam khomeni tu suruh bunuh aje orang macam ni.. Itulah puak barat nak bunuh orang macam khomeni ni dengan menggunakan alasan demokrasi.. Samalah apa yang anwar guna.. Sama modus operandi...

Anonymous said...

Ini sesat punya orang.. Ada sembahyang ke.. Atau sebab lahir sebagai islam aje.. Kalau yak menurut perintah allah, sendiri tanggung.. Ini menyrsatkan orang ramai lagi..

Anonymous said...

Apa beza nya dengan nik aziz.. Nik aziz sembahyang.. Yang ni tak... Lain semua sama aje..

Anonymous said...

Dalam Islam dosa terutamanya dosa besar hanya boleh diampunkan oleh Allah SWT melalui TAUBAT NASUHA sebelum ajal tiba atau sebelum masuk ke alam kubur.Bagaimana mudahnya penulis buku yang sesat lagi menyesatkan ini berkata dia dakan memohon maaf kepada Allah di Padang Mahsyar nanti.Dia begitu mudah mengandaikan Allah akan memaafkannya kerana kata dia Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.Mudahnya dia mendapatkan keampunan Allah dia sah masuk golongan yang Rasulullah tidak mengaku umat.Bacalah Surah Yassin.

kadiak said...

Jgn baca buku ni boikot jer abis citer hidup songsang buat pe?

moonwalker said...

kena tanya soalan Irshad Manji ni kat Pok Nik, kita tgk apa cerdik pandai spt Pok Nik mengulas pasal si lesbian nih.

Anonymous said...

Kaum India begitu bersatu membantah sehingga novel karya Sastrawan Negara yang telah lama digunakan di sekolah telah dibatalkan oleh kerajaan hanya kerana mengandungi sedikit unsur yang dikatakan telah menghina kaum India.Mereka begitu bersatu dan memprotes dengan bersungguh-sungguh. Inikan pula buku karangan orang asing ,pengamal sek songsang pula yang secara terang-terang menghina Allah ,Rasul dan Agama Islam.

Malaysia sebuah negara Islam dan diketuai oleh seorang pemimpin Islam.Melayu adalah penduduk majoriti dan beragama Islam

Mengapa kerajaan melalui KDN tidak boleh ambil tindakan paling tegas dengan mengharamkan jualan buku ini dan juga menghalau penulis ini keluar dari negara ini sebelum dia membuat kacau dan merosakan negara kita yang memertabatkan Islam.

Malaysia adalah sebuah negara berdaulat.Mengapa kerajaan terlalu lambat bertindak walaupun Jabatan Islam sendiri telah memperakui bahawa buku ini dan juga penulis adalah AMAT MERBAHAYA.

Mengapa KDN tidak boleh bertindak dengan tegas tanpa rasa takut. JIka tindakan tegas diambil semua masalah selesai,negara selamat dan rakyat bertambah yakin dengan kerajaan BN.

Bertindak sekarang.

Anonymous said...

CADANGAN

Semua badan-badann NGO ,orang Melayu dan UMNO membuat bantahan secara besar-besaran dengan membakar ratusan buku tulisan penulis yang tidak bertanggungjawab ini.

Saya cadangkan PEMUDA UMNO mengetuai protes raksaksa ini dengan meminta kerajaan mengharamkan buku ini serta -merta dan menghalau penulis ini keluar dari negara ini.

Tindakan ini pasti akan membuat rakyat memberi sokongan padu kepada UMNO kerana ternyata ia benar-benar menjaga kesucian agama ISlam di negara ini.Ini akan menjadi kelebihan kepada kerajaan kerana seluruh orang Melayu akan memberi sokongan padu dan berdiri teguh kepada kerajaan BN yang dipimpin oleh UMNO.

Bertindak sekarang.

Anonymous said...

knpe xtanye pak jid je...???

Powered by Blogger.