Apr 13, 2012

VIDEO CERAMAH - PENYOKONG TERKEJUT WAJAH KHALID SAMAD B'TUKAR JADI JELMAAN IBLIS!!







Melampau kan? Memang betul. Muka dan gaya gelak macam Iblis. Ceramah Pakatan Pembangkang pada malam tadi di Taman Setapak Jaya KL dikejutkan pula dengan kehadiran Khalid Samad walaupun tidak tertera nama pada kain2 rentang. Dikatakan Khalid Samad hendak tumpang ceramah ini untuk membuat serangan balas terhadap Hasan Ali.


 


Video yang dipaparkan di bawah perenggan terakhir artikel ini merupakan salah satu rakaman video Ceramah yang telah dipaparkan Photojounalist Minaq Jinggo. Satu perkara yang musykil apabila Khalid Samad menerusi Ceramah ini telah mengeluarkan fatwa sesat mendakwa Surau bukan digunakan sebagai lokasi untuk memberi bantuan kepada masyarakat setempat.






Kenapa tak boleh? Itulah fatwa Parasit PAS. Beri bantuan, derma dan sumbangan yang merupakan salah satu sifat yang dididik dalam Islam dengan niat ikhlas didakwa beliau tidak boleh dilakukan di dalam Surau. Siap kata kalau ada mana2 Surau dan Masjid di Selangor anjur Majlis Sumbangan Kebajikan Masyarakat AJK2 nya akan dipecat serta merta.

Kalau hendak bawa bukan Islam masuk ke dalam surau untuk berkhutbah, itu disaran dalam Islam, begitu? Kalau hendak bawa Bukan Islam masuk surau tidak menutup aurat, lebih digalakkan? Kalau hendak ajak Pemimpin wanita Bukan Islam bersenam aerobik di perkarangan surau, itu mesti diteruskan? Itulah ajaran dan pegangan fatwa Parasit2 PAS.

Tonton video di atas. Anda juga dapat melihat raut wajah dan mendengar gaya gelak sinis Khalid Samad. Agak meremang bulu roma.. Macam Setan.. Serius.. Sudahlah kamu Khalid. Nak putar belit politik tak mengapa. Ini sampaikan Islam ditafsir mengikut fahaman Parasit.




3 comments:

Anonymous said...

Atas kepentingan politik semua dah buleh belaka ! sejak wujudnya PR

Anonymous said...

Siapa kata surau tak boleh digunakan untuk tujuan kebajikan.. dulu PAS juga yang cakap siapa kata surau tak boleh digunakan untuk tukuan politik.. Kini jilat ludah sendiri.. Dulu tak berkuasa boleh lah cakap macam macam.. Disini disrankan pihak umno bn mengikut cara PAS.. beri ceramah politik disetiap masjid dan surau dimana mereka memerintah.. Kekuatan ummah bermula disini..

Anonymous said...

Khalid Samad amat disenangi oleh puak kafir. Orang Melayu Shah Alam tak ramai datang kalau ada ceramah dia disekitar Shah Alam. Sokongan Khalid Samad kepada puak kafir bermula isu panas kuil Hindu di kawasan majoriti Islam Seksyen 19 dan Seksyen 23, membenarkan kalimah Allah digunakan oleh Kristian, menentang Dato' Khusrin di lantik sebagai SUK Selangor, menyokong DAP dalam isu rampasan arak di kedai 7E, dan isu serbuan gereja DUMC. Kami menyokong usaha dibuat oleh Dr Hasan Ali untuk selamatkan Islam, Melayu dan Instituasi Raja Melayu.

Powered by Blogger.