Apr 24, 2012

USTAZ NASHA BAKAL DIPECAT PAS AKIBAT MENENTANG LESBIAN & GAY!!







Amalan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) ibarat satu wabak yang akan menjadi kanser dan menjadi satu penyakit parah dalam masyarakat dengan ancaman dahsyat yang membawa kesan negatif serta boleh merosakkan fabrik sosial.
Pengerusi Pusat Kajian Fiqh Kontemporari Nasharudin Mat Isa berkata, semua pihak perlu berganding bahu memastikan generasi muda bebas daripada gejala LGBT kerana mereka merupakan bakal pemimpin serta pewaris untuk mengemudi negara ini dengan akhlak yang baik serta terpuji.

Oleh itu, bekas Timbalan Presiden Pas itu berkata, demi masa depan dan akidah generasi muda, isu LGBT tidak boleh dipolitikkan .

“Ini bukan sesuatu yang boleh dipolitikkan kerana ia melangkaui politik dan kita jangan hanya kejar pembangunan sehingga terikut dengan budaya negatif Barat,” katanya kepada pemberita selepas membentangkan kertas kerja pada “Wacana Kemungkaran LGBT: LGBT Mengundang Bala Allah SWT” , semalam.

Nasharudin berkata, wacana seumpama itu merupakan satu gerakan bagi menyedarkan rakyat serta memastikan mereka tidak terjebak serta menyokong golongan ini.

Sementara itu, Ahli Jawatankuasa Biro Undang-undang Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan Mahamad Naser Disa turut berkongsi pendapat sama dengan Nasharudin agar isu LGBT, yang jelas melanggar prinsis asas agama, tidak dipolitikkan kerana ia boleh menyekat usaha untuk membela agama Islam.

“Islam adalah agama rasmi negara, saya tidak kisah sebarang kecenderungan politik, jika ada parti yang menyokong Alhamdulillah tetapi saya tidak mengaitkan diri saya dengan politik,” katanya.

Mahamad Naser turut menyelar pihak yang cuba mempertahankan golongan LGBT serta memberi sokongan kepada golongan itu memperjuangkan hak bagi mendapatkan tuntutan yang mereka inginkan.

“Ia seolah-olah mempopularkan golongan ini bila ada pihak yang mempertahankan mereka sedangkan golongan ini ternyata sekali pelaku orientasi seks yang dilarang di dalam undang-undang dan mencabar ketentuan Tuhan,” katanya.

Wacana sehari ini dihadiri kira-kira 100 peserta daripada segenap lapisan masyarakat anjuran Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia

3 comments:

Anonymous said...

Apa yang cuba dibuktikan mamamt nie? Seharusnya kalau menurut pegangan spt yang di tunjukkan oleh beliau ...Tinggalkan sahaja parti yang di ikutinya,tak usah tunggu disingkirkan.Parti yang jelas songsang dan bertentangan dengan anjuran rasulullah.Berpolitik dan mempertahankan akidah nie jangan sampai jadi rojak ..akhirnya lihat sahaja Hadi dan Nicky...LU FIKIR LAH SENDIRI

Anonymous said...

Dah ada terdengar dikalangan member2 PAS aku yg berkata, Ust Nasa ni dah diracun fikirannya, Nasa ditaja, Nasa 'kecewa' mcm Hasan Ali, Nasa liabiliti kpd PAS.

Dah makin keliru aku dgn pemikiran juak2 hamPAS ni. Org yg bersungguh2 memertabatkan agama Islam akan dihina dan disingkir. Sebaliknya org mcm Mat Sabu-Bau-Lekat-Dimuka, Badrulamin bapak setan, Brader Anwar Bin Ibrahim dan Ambiga pulak mereka puja dan pertahankan.

Adi Kencana said...

Nasha x lama lg kena pecat dgn PAS lah... Berani dia perli Anwar!!

NURUL IZZAH TERDESAK!! CUBA SABOTAJ PENGUNDI BN LEMBAH PANTAI!! Baca di sini..

http://apakecoh2.blogspot.com/

Powered by Blogger.