Apr 2, 2012

TOLAK TAWARAN TONTON VIDEO MURTAD BUKTI PARASIT PAS TUTUP PINTU AKIDAH - HASAN ALI.







 KENYATAAN AKHBAR YB DATO DR HASAN MOHAMED ALI
ADUN GOMBAK SETIA MERANGKAP PRESIDEN JATI

Unit Selamatkan Aqidah (USA) sejak enam bulan yang lalu telah mengusahakan pembentukan data-data mengenai orang Islam yang terlibat dalam gerakan Kristianisasi. Gerakan ini telah berjaya memurtadkan sebahagian daripada orang-orang Islam tersebut terutama dikalangan orang Melayu.

Unit ini telah berusaha untuk mendapatkan beberapa individu yang terlibat untuk berkongsi pengalaman mereka sejak daripada mula terdedah kepada gerakan Kristianisasi hinggalah kepada mereka dimurtadkan.

Hari ini kita menayangkan video melibatkan dua orang (seorang laki-laki dan seorang perempuan) yang sanggup tampil ke hadapan untuk menjalani proses rakaman video. Rakaman telah dibuat oleh sepasukan penerbit profesional yang akhirnya telah berjaya menerbitkan tiga bentuk rakaman video. Pertama, rakaman tanpa edit kira kira satu jam setengah. Yang kedua, rakaman beredit, 45 minit. Dan ketiga rakaman beredit, ikhtisar (summary) kenyataan-kenyataan penting yang keluar daripada mulut kedua-dua individu yang terlibat.

Hari ini saya akan menayangkan rakaman video yang kedua dan ketiga untuk tontonan. Memandangkan kepada eklusiviti rakaman yang dibuat terutama yang melibatkan kedua-dua individu saya dinasihatkan oleh barisan peguam dan individu-individu yang memberi pandangan mengenai perkara ini tidak mengizinkan mana-mana pihak menerbit semula sebahagian atau sepenuh daripada rakaman-rakaman yang telah dibuat. Permasalahan keselamatan diri dan reputasi individu yang terlibat menjadi perkara pokok mengapa rakaman semula tidak dapat diberi kebenaran.

Bagi pihak USA dan individu-individu lain yang terlibat saya mengharapkan supaya usaha kecil ini tidak diremehkan. Bagi kami ini adalah satu permulaan yang baik untuk mendapatkan gambaran berfakta mengenai gerakan kristianisasi yang selama ini sering dinafikan dan diremehkan oleh pihak-pihak yang berkepentingan.

Moga moga usaha kecil ini menjadi pembuka jalan kepada usaha yang lebih besar memaparkan kepada rakyat negeri ini tentang seriusnya isu mengenai usaha memurtadkan orang orang Islam khususnya orang-orang Melayu.


Taman Tun Dr Ismail
2hb April 2012

2 comments:

Adi Kencana said...

PAS x kisah ini semua. Kan Dr Rani dah cakap, murtad ni perkara kecil jer...

NURUL IZZAH HALALKAN HUBUNGAN GAY? BOLEH JATUH KUFUR! Baca di sini...

http://apakecoh2.blogspot.com/

Anonymous said...

UNGKAPAN DR RANI INI MESTI DISIARKAN DI BERITA BERITA DAN SURAT KHABAR UTAMA..

RATA RATA RAMAI ORANG MELAYU DAH MELUAT DAN BOSAN DENGAN SIKAP PRMIMPIN PAS INI.. RAMAI YANG SEDAR BAHAWA PAS SEKARANG DAH TERPESONG DARI AJARAN ISLAM SEMATA MATA UNTUK MENGEJAR CITA CITA HENDAK KE PUTRAJAYA.. RAMAI YANG AKAN BUAT UNDI PROTEST KERANA ISU MURTAD, YAHUDI DAN KEGUNAAN KALIMAH ALLAH OLEH BUKAN ISLAM..

SEKARANG TERPULANG KEPADA KERAJAAN UNTUK MEMBESARKAN ISU INI SUPAYA LEBIH RAMAI UMAT ISLAM AKAN SEDAR AKAN KESESATAN PAS INI..

INSYALLAH.. RAMAI RAKYAT AKAN SEDAR DAN MENOLAK PAS..

Powered by Blogger.