Apr 23, 2012

TOK HIM DEDAH - ANWAR PERNAH JUMPA TUN M RAYU PELUANG KE 2 TEBUS DOSA!!








Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA), Datuk Ibrahim Ali mendakwa bahawa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pernah merayu kepadanya agar berjumpa Tun Dr Mahathir Mohamad supaya tidak memecatnya dan beri peluang kedua menjadi timbalan perdana menteri.

Ibrahim mendakwa, pada tahun 1998, Anwar ada menelefon dan meminta datang ke rumah untuk berjumpa dengannya dan meminta beliau merayu kepada Mahathir agar diberi peluang kedua.

Menurut Ibrahim lagi, bagaimanapun, Mahathir memecat Anwar kerana perilakunya serta demi negara dan agama.

"Saya kenal Anwar dah lama. Dari tahun 1970-an lagi... Ada sekali tu, dia ada hubungi saya dan suruh ke rumah... Masa itu dia merayu supaya jumpa dengan Mahathir untuk bagi dia peluang kedua... jangan pecat dia...

"Tapi saya tak nak bersekongkol... Saya tak nak hipokrit," katanya dalam ucapan perasmian pelancaran kelab Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI) di Kuala Lumpur malam tadi.

Beliau turut berkata, TIBAI ibarat anak kandung PERKASA kerana penerajunya Muhammad Zahid Md Arip adalah ahli tertinggi PERKASA.

Sebagai simbolik pelancaran, Ibrahim dan beberapa pimpinan TIBAI memegang rotan dan memukul gambar Anwar sebagai tanda 'tibai'.

Menurut Ibrahim yang juga ahli parlimen Pasir MAS, dengan dakwaan berhubung kes liwat, maka Anwar bukanlah calon yang sesuai untuk menjadi perdana menteri.

Malah, katanya, masih ramai lagi calon lain yang mampu menggantikan Datuk Seri Najib Razak bagi kerusi itu.

"Kita tolak dia bukan sebab kita Umno. Tidak ada kena mengena. Tetapi demi negara dan umat Islam.

"Kita mesti konsisten. Ramai lagi pemimpin yang bersih yang boleh gantikan Najib. Mahathir tolak sebab perilaku Anwar. Dia tak boleh jadi perdana menteri. Kita akan buat pendedahan satu demi satu masa jelajah nanti.

"Akibat daripada tindak tanduk dia (Anwar), orang Melayu berpecah. Kerana dia, Melayu berpecah, DAP untung dan PAS hancur," katanya lagi.

6 comments:

Anjang Aki said...

TIBAI Pengkhianat tu cukup-cukup..

Anti PR said...

Sekarang ni cakap apa dgn Anwar tetap dinafikan sebg konspirasi UMNO. Org Melayu kena tibainya kerana mahluk beginilah perosak bangsa. Kemahuannya adalah kuasa utk menutup kemunafikannya. Rakyat semua nak dikelentong & dibontotnya..

Anonymous said...

org dah tahu, dah sedar siapa anwar, cukuplah jangan bagi dia menipu nak kejar jawatan PM, kita org melayu rosak sbb dia, ugama kita rosak sebab dia,..sekarang sibuk lbgt pun ada kaitan dengan dia,. tolak dia, tibai dia

Anonymous said...

Nak TIBAI. Tibai betul2 jangan HOT sekejap. Pastu COOL.

Anonymous said...

Tibai jangan tak tibai.. Tapi kena ingat tempias kalau tibai banyak banyak.. Nanti ada undi simpati pada CIBAI.. C-INDIVIDU BERNAMA ... .. Makcik makcik, pakvik pakcik melayu ni selalu nya kesian pada orang yang kena tibai..

Anonymous said...

Click Start, Run, type in msconfig, and press Enter This life is to be enjoyed! The next time you go to the movie rental store, get a comedy and let loose! Let yourself laugh!Joy can be yours! Look for it, pursue it and enjoy it!About The Author:Chris Widener is a popular speaker and writer as well as the President of Made for Success, a company helping individuals and organizations turn their potential into performance, succeed in every area of their lives and achieve their dreams He is not expected to be a specialist in Plate-Tectonics or a specialist in Nano-Technology or a wizard in Polymer designing
Step 3: Always listen to wise voicesI read in another eziner written by Diane Diresta, that in China a wise person is called a Sheng jen, which is translated a one who listens), have (depression, diabetes, cancer, attention deficit disorder, etc Pray for God to send you to the right person An identification number is given to each cartridge and the models it can be used in, is generally listed on the package

[url=http://www.heathmillerjersey.net/]Heath Miller Black Jersey[/url]
[url=http://www.newyorkgiantsteamproshop.com/]Victor Cruz Giants Jersey[/url]

To reduce the chance of fire damage or theft, tapes should be stored in a fireproof safe If his eyes remain red or he's squinting long after he's dry, he needs a vet's attention Comply with the federal Fair Credit Reporting Act (FCRA) This is why the very wealthy can sometimes feel impoverished, and the very poor can sometimes feel wealthy

[url=http://www.andrewluckjerseys.us/]Andrew Luck Women's Jersey[/url]

Powered by Blogger.