Apr 8, 2012

TARIKH PRU13 TERBOCOR - 10 JUN INI..!!?





 oleh - G MANIMARAN  -  SINAR HARIAN


 


MINGGU lalu, Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi bayangan baru - pilihan raya umum akan boleh diadakan dalam beberapa minggu ini, mungkin beberapa bulan lagi. Jika sebelum ini pemimpin-pemimpin Barisan Nasional (BN) sering berkata "dalam waktu terdekat" atau "tidak lama lagi", kini nasihat mereka lebih kepada "beberapa minggu lagi".

Selaku Timbalan Pengerusi BN dan Timbalan Presiden Umno, Muhyiddin menasihatkan ahli parti itu dan komponen BN agar bersiap siaga bagi menghadapi 'ibu kepada segala pilihan raya'.

Parti-parti utama - sama ada dari BN atau Pakatan Rakyat (PR) kini dalam proses melancarakan bilik gerakan masing-masing. Saban hari kendengaran pelancaran bilik gerakan. Bendera parti-parti politik juga sudah mula dinaikkan. Berkibar dengan gah. Tempoh kempen belum bermula. Pihak berkuasa tempatan (PBT) tidak mengambil tindakan keras. Nampaknya PBT sudah faham ragam menjelang PRU. Mereka pun bertolak ansur.

Berdasarkan pengalaman-pengalaman lalu, bendera-bendera parti akan dinaikkan dalam tempoh dua atau tiga bulan menjelang pembubaran Parlimen dan Dewan Undangan Negeri.

Datuk Seri Najib Razak, selaku Perdana Menteri dan Pengerusi BN sudah ada tarikh. Itu kenyatan terbuka beliau bulan lalu.

Parlimen akan selesai bersidang pada minggu kedua bulan depan. Dewan Rakyat bulan ini, Dewan Negara bulan depan.

Jadi, semua tumpuan kini ke atas bulan Jun. Cakap-cakap kedai kopi dan juga andaian penganalisis menuding jari ke arah tanggal ini - 3 Jun atau 10 Jun sebagai hari pengundi. Kedua-duanya hari Ahad. Atau kemungkinan 2 atau 9 Jun iaitu Sabtu.

Masing-masing membuat perhitungan. Ada alasan sendiri. Ada perhitungan sendiri. Ada faktor sendiri.

11 comments:

Anonymous said...

tak lah bukan bulan jun

Anonymous said...

jangan laa dok buat bijak..kami yang di pejabat pilihanraya negeri, yang nak kena kerja teruk masa pilihanraya pun tak dapat 'hint' bila tarikh...hang pula dok buat 'kepala tau'?

Anonymous said...

ANAK KECIL MAIN API... TERBAKAR HATINYA YANG SEPI.. AIR MATA DARAH BERCAMPUR KERINGAT.. BUMI DIPIJAK MILIK ORANG..

Mana pergi lagu ni ha.. Ada ke lagi diajar kepada anak melayu senagai peringatan untuk masa depan.. Kita melayu semakin bodoh.. Warisan bagsa dihakis sedikit demi sedikit untuk ambil hati bangsat cina.. Org cina menahan adat nenek moyang mereka walaupun berada dibumi melayu..

Wanredone said...

PRU 13, bukan pada minggu awal Jun, 2012.

Parlimen di bubar: 5-6 Jun 2012
Tarikh Penamaan Calon : 11 Jun, 2012
Tarikh Buang Undi : 24 Jun, 2012

Siapa akan ke Putrajaya : 25 Jun, 2012?
..................................

Sebelum parlimen dibubar BN masih ada 5 lagi talian hayat, yang perlu diguna sebaik mungkin untuk mempastikan kemenang menuju ke Putrajaya. Dengan Talian Hayat ini, BN akan dapat menghimpun sebanyak mungkin rakyat secara official (tugas rasmi kerajaan) dan memberi atau menunaikan janji janji yang belum terlaksana dlm PRU12 lalu.

Talian Hayat BN:
1. Hari Buruh 1 Mei 2012
2. Hari Wesak 5 Mei 2012
3. Pesta Menuai Sabah 30 Mei 2012
4. Gawai Dayak 1 Jun 2012
5. YDP Agong Birthday 3 Jun 2012
................................

Tarikh ini adalah tarikh rasmi negara dan harus di laksana oleh para Menteri/Pegawai2 Kerajaan dengan rasminya yang melibatkan peruntukan kewangan Kerajaan. Tidak salah!

amirsp said...

salam.......
aku mintak jangan la pru awai bulan 6 ni.ini kerana ramai rakyat mengadakan kenduri kawin.ini bermaksud peratusan nak mengundi akan berkurangan,termasuk la dengan aku sendiri sebagai DJ.duit dah ambik untuk bulan 6 ni.ditakdirkan la kalau jadi jugak,jawapnya aku adalah salah sorang yang tidak akan mengundi.apa nak jadi pon jadi lah.plan nak buat kenduri,orang dah rancang lima enam bulan dah.
jadi kepada semua bloger..tolong bagi tau kpd perdana menteri buat pertengahan bulan 6.masa tu orang tak ramai buat kenduri.....sekian

amirsp said...

salam.......
aku mintak jangan la pru awai bulan 6 ni.ini kerana ramai rakyat mengadakan kenduri kawin.ini bermaksud peratusan nak mengundi akan berkurangan,termasuk la dengan aku sendiri sebagai DJ.duit dah ambik untuk bulan 6 ni.ditakdirkan la kalau jadi jugak,jawapnya aku adalah salah sorang yang tidak akan mengundi.apa nak jadi pon jadi lah.plan nak buat kenduri,orang dah rancang lima enam bulan dah.
jadi kepada semua bloger..tolong bagi tau kpd perdana menteri buat pertengahan bulan 6.masa tu orang tak ramai buat kenduri.....sekian

Anonymous said...

Bulan jun aku nak tengok Euro 2012 weh...

Anonymous said...

Bro.. Kadang kadang kita kenalah berkorban sikit untuk masa hadapan anak cucu kita.. Semua orang pun ada program.. mana boleh puaskan hati semua orang..

Anonymous said...

Yes 10 Jun!!! lagi 2 bulan, yahoo!!!! BN monang bosa.

Anonymous said...

Aku memang dari dulu sokong BN.. maklumlah dapat pergi belajar medic kat luar negara pun duit kerajaan.. Kenalah balas budi balik.. Dan yang lebih penting bagi peluang kepada anak melayu lain yang cemerlang keluar negeri dengan duit kerajaan untuk melanjutkan pelajaran.. Nak harap mak bapak mungkin tak mampu..

Kita kenalah sokong kerajaan BN sebab pada ketika ini, ini sahajalah kerajaan yamg bersungguh sungguh melindungi hak keistemewaan orang melayu termasuk dalam pemberian biasiswa.. Nak ikut kan ramai orang termasuk bukan bumiputra yang layak dapat biasiswa, tetapi atas dasar kerajaan inilah, ramai anak melayu dapat melanjutkan pelajaran ke luar mahupun dalam negeri dalam bidang yang banyak persaingan..

PRU12 adalah kali pertama aku mengundi sebab sebelum ini aku sentiasa berada di luar negara atau bertugas waktu PRU.. Kali ini aku pasti akan pergi mengundi dan sudah pasti aku akan pilih BN.. Aku juga berharap aku dapat meluangkan sedikit masa aku untuk menyeru rakan rakan aku untuk memilih kerajaan BN.. Masa untuk aku mendapat sedikit keistemewaan sebagai anak melayu telah aku terima dan kini aku tidak mengharapkan sebarang keistemewaan dari pihak kerajaan sebagai anak melayu.. Tetapi yang lebih penting, aku berharap kerajaan BN dapat dipertahankan supaya anak bangsa aku mendapat peluang yang lebih untuk memajukan diri mereka di dalam bidang pendidikan..

Ayuh, marilah kita sama sama mempertahankan hak kita.. Serulah kepada kawan kawan kita supaya terus menyokong kerajaan BN yang akan terus memperjuangkan hak islam, melayu dan raja..

Anonymous said...

satu perkara penting dalam pilihanraya adalah tempat mengundi. kebiasaannya sekolah digunakan sebagai tempat mengundi. Sekiranya jatuh pada hari ahad, bukan masa cuti sekolah, maka sekolah di kedah, kelantan dan terengganu akan bercuti, mungkin juga hari isnin pun cuti sebab nak susun balik kerusi meja.
jadi ada kemungkinan pilihanraya diadakan pada cuti sekolah.

Powered by Blogger.