Apr 12, 2012

SPR BALUN BALAS TUDUHAN SULIT PEJUANG LESBIAN AMBIGA!!








Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyifatkan desakan Bersih 2.0 agar anggotanya panel termasuk pengerusinya meletak jawatan adalah tidak logik.

Menurut, Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar, Bersih 2.0 merupakan badan yang tidak diiktiraf itu tidak layak untuk berbuat demikian.

“Bersih 2.0 adalah pertubuhan yang tidak sah, siapa mereka untuk mendesak kami meletak jawatan?, panel-panel SPR dilantik mengikut Perlembagaan Malaysia.

“Mereka hanya suara minoriti, sedangkan majoriti di luar masih lagi mempercayai SPR,” katanya kepada Sinar Harian hari ini.Wan Ahmad juga menyangkal dakwaan pihak terbabit yang mengatakan mereka gagal membawa perubahan dalam sistem pilihan raya di negara ini.

Pada sidang media pagi tadi, Bersih 2.0 mendesak kesemua ahli panel SPR termasuk pengerusinya meletak jawatan serta-merta atas alasan rakyat sudah tidak lagi yakin dengan badan pengendali pilihan raya.

Pengerusi Bersama Bersih 2.0, Datuk A. Samad Said mendakwa ahli-ahli panel SPR yang ada sekarang tidak lagi diyakini dan dipercayai oleh orang ramai khususnya membabitkan status daftar pemilih.

Wan Ahmad berkata, hal itu adalah tidak tepat kerana SPR sentiasa berusaha untuk memastikan sistem pilihan raya berjalan dengan baik dan adil.

2 comments:

Aura4Fly said...

bro tumpang berjuang di pautan blog tuan
http://pecahpalakmikir.blogspot.com/

pakwadin said...

Apa lagi kerajaan dok tunggu bubuh saja Ambiga tu dalam lokap-menjalankan aktibiti dengan pertubuhan haram. Awat dia besak sangat ka? taruh dia ne diluak lagi dok kacau

Powered by Blogger.