Apr 3, 2012

SIAPA DAJAL!!? - GAMBAR PENYOKONG CHE'GU BARD SERBU HALAU CERAMAH HASAN ALI..!!







Apabila perjuangan ikhlas didakwa palsu. Lebih teruk dihina dengan jolokan nama 'Dajal' yang mengguna nama Islam menghasut umat Islam membawa perjuangan beliau, akhirnya memakan diri. Keji sungguh perjuangan seorang Pemimpin yang kini menjadi sisa PAS cuba membawa perjuangan Islam, Melayu dan Raja. 
 
Mungkin gambar di atas amat diimpikan Parasit2 PAS bakal berlaku dalam sessi Ceramah Hasan Ali. Apabila sekumpulan besar penyokong Parasit PAS memprotes kehadiran Hasan di kawasan mereka. Memperlihatkan Hasan Ali bersendirian dalam Perjuangan atau apa disebut Blogger2 Upahan Parasit 'Dajal yang Gagal.'  Akan tetapi apa yang berlaku sebaliknya.






Ceramah kedua Hasan Ali di Perak pada 1 April yang lalu memperlihatkan sokongan belasan ribu Umat Islam hadir membawa perjuangan IMR. Ceramah ini juga memperlihatkan kekuatan PAS Perak memprotes Pimpinan Parasit dan utuh bersama perjuangan IMR. 
 
Malah jika diperhatikan gambar di atas, terdapat Penyokong A.B.U (menerusi label baju) yang didokong pengasas Kumpulan Haram Che'GU Bard turut hadir sama diiringi rakan2 ke ceramah tersebut. Mungkin pada awalnya mahu menyerang Ceramah Hasan Ali, mungkin bertindak sebagai 'spy'. 

Namun apa juga niat jahat kumpulan,  mungkin Kumpulan A.B.U ini terus bertemu Bekas Pesuruhjaya PAS Selangor itu meminta borang penyertaan Jalur 3 (JATI) atas keinsafan mendengar dengan teliti mesej yang dibawa Hasan Ali jika dibandingkan dengan perjuangan mereka yang sia2.
 
 




Ini realiti sebenar situasi Songsang PAS yang dahulu mengherdik UMNO sebagai dalang pembentukan Kerajaan Dajal meruntuhkan Akidah masyarakat di Negara ini. Kini 'tugas' itu menjadi perjuangan utama Parasit2 PAS.
 
 Parasit2 PAS mendakwa Hasan Ali menipu soal Murtad. Walhal Parasit2 ini 'ditugaskan' Anwar bagi menutup isu yang menggugat kasih sayang mereka bersama DAP. Adakah benar PAS mahu merealisasi impian membina sebuah Negara Islam bertamadun? Menyelar Kerajaan BN sebuah Pentadbiran Jahiliyah satu ketika dahulu dek kerana tidak bersedia melaksanakan Hukum Hudud? Kini Parasit2 PAS ini adalah penentang sulit Hukum tersebut. 
 
 
 
 
 
 
 
 

Atas herdikan Dajal, dipamerkan sekumpulan besar pengikut2 PAS tampil menyokong perjuangan Hasan Ali. Ribuan penyokong hadir bukan menyokong individu bernama Hasan Ali semata2. Akan tetapi tarikan perjuangan Menentang sebarang ancaman Akidah yang kini telah bernanah di Negeri Perak.

Pemimpin2 PAS di Perak kini membenarkan perang psywar Pemimpin DAP Negeri tersebut menggunakan Kalimah Ayat2 Suci Al Qur'an sebagai senjata menarik sokongan Melayu. Hari ini dibacakan potongan kalimah Allah, esok mereka menentang sebarang perlaksanaan Perundangan Syariah. Tak usah disebut lagi tentang Hudud. PAS sendiri takut menyebutnya.
  


 
 
 
 
 
Umat Islam di Perak bangkit menerusi Islah baru kedua setelah kehadiran pertama Hasan Ali di Perak memecah rekod sepanjang lebih 60 Sessi Jelajah ceramahnya dengan kehadiran 15 RIBU yang 98% merupakan umat Islam. Semua ini adalah kerana panggilan Islam, seruan kekuatan Melayu dan mengangkat Institusi Raja2 yang menjadi benteng keutuhan Agama dan Bangsa ini.

Rasis? Perpaduan Malaysia diberi atas nama Perlembagaan yang tercatat di dalamnya Islam sebagai Agama Persekutuan, bukan sekadar Agama Rasmi semata2. Apabila disebut Agama Persekutuan, maka segala perlaksanaan berdasarkan Perundangan Agama Suci ini tidak boleh dipersoal.
 
Bukan untuk memusnahkan pengikut2 Agama mereka, sepertimana dakwah mereka memurtadkan umat Islam berbangsa Melayu di Negara ini, Perundangan Islam menerusi Enakmen Syariah yang disekat Kerajaan Negeri Selangor itu bagi menyelamatkan umat Melayu.


 
 


Asal bicara Enakmen Syariah, disebut Agen UMNO. Asal bicara soal akidah, dihina Agen UMNO. Pelik bukan? Walhal realitinya masalah ini dalam kepompong 2 puak Pro Ulama' dan Parasit PAS semata2. Akan tetapi gelaran tersebut adalah jalan pintas menaikkan rasa benci terhadap Pemimpin2 PAS yang memperjuangkan Akidah.

 Parasit PAS sanggup mengarahkan blogger2 Upahan mereka mencipta satu fitnah propaganda memperlihatkan Hasan Ali Agen UMNO dari pelbagai sudut yang kesannya bakal memperlihatkan 2 kumpulan ahli kedua2 Parti bersepak terajang melemahkan kekuatan ummah.

Parasit2 PAS sebenarnya yang dilihat 'syok sendiri' kononnya merasakan parti ini semakin kukuh sokongannya. Padahal satu kumpulan dari satu kumpulan besar memprotes mereka. PAS kini menumpang sokongan DAP yang kini dilihat kukuh dengan kekuatan pengundi2 Cina di Negara ini. 







Terpaksa mementingkan soal Korupsi yang kononnya perjuangan No. 1 Agama Islam. Masalah akidah itu soal paling akhir. Biar umat Melayu Murtad sekalipun, jikalau rekod mendapati tiada korupsi, mereka disambut sebagai wira. Hendak kenalpasti tidak sukar. Jikalau individu tersebut Murtad sekalipun, akan tetapi menyokong Pakatan Pembangkang, secara terus dilihat seorang individu yang 'bersih'. 

Akan tetapi, jika individu itu dok asyik bicara soal Akidah, Perundangan Syariah, tak tersebut lagi Hudud, secara automatik digelar Agen UMNO.

Teruskan HASAN ALI... Satukan Ummah Muhammad saw tanpa mengira ideologi Parti Politik. Kerana Islam itu bersatu dengan Islam. Islam itu berpadu dengan Islam. Islam itu kukuh bersama Islam. Setelah kukuh maka Agama lain akan menyanjung kekuatan Agam Islam.




10 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum,

Jangan hanya dek imbuhan wang yang tak seberapa dan posisi jawatan yang sementara,anda sanggup menyebarkan berita yang belum pasti kebenarannya.Bayangkanlah bagaimana mungkin anda menyuapkan hasil dari sumber yang menjijikkan ini ke mulut ahli keluarga anda.Bersegeralah untuk bertaubat dan hadirkanlah diri ke majlis-majlis ilmu supaya diberikan panduan untuk anda melihat dengan mata hati yang mana satu kebenaran dan yang mana satu kebatilan.

Anonymous said...

Selamatkan Malaysia dari Dajjal dari PAS yg berzina dengan DAP laknatuallah demi nak membantu Sipenipu besar Anwar menjadi PM, akidah diperkecilkan,bab agama diketepikan agar undi kaum kafir dijaga...mana perjuangan nak menegakkan islam, mana perjuangan nak menjalankan Hudud...Pas tak akan laksanakan hudud jika PR memerintah Malaysia...BUAT RENUNGAN PAS...BIKAN PAS KAH YANG BERTERIAK SIAPA YANG TOLAK HUDUD/YG TAK MENGHUKUM IKUT HUDUD MAKA KAFIR...adakah bermakna PAS bersedia untuk menjadi kafir bila memerintah Malaysia..

Bagi pengikut buta tuli PAS, guna lah otak,guna akal, jangan bila mati ditanya malaikat..maka dijawab poitik lebih penting dari akidah dan persaudaraan islam..membenci suadara seislam dari parti berlainan lebih mulia dari bersekongkol dengan DAP laknatuallah....PAS semakin sesat dan menyesatkan....Sebab tu Sembahyang hajat PAS..tak pernah dimakbulkan....

Anonymous said...

sapa suke menipu boleh masuk pas..leh dapat syurga woo

Anonymous said...

Lebih banyak handir ke majlis majlis ilmu PAS.. maka lebih banyak dosa kita dapat.. Bukan apa, sepanjang ceramah cerita dok mengumpat dan memburukkan orang lain.. Adakah ini ilmu yang kita hendak.. Tak cukup diceramah ceramah, di surau dan masjid pun buat benda yang sama.. Siap jemput kafir DAP beri ceramah lagi dalam masjid..

Anonymous said...

KERAJAAN BN PATUT LETAK LEBIH BANYAK WAKIL RAKYAT MELAYU DI PERAK.. KAWASAN ASAL MCA YANG RAMAI PENGUNDI MELAYU PATUT DIBERI KEPADA UMNO.. BUKAN TAK NAK BAGI PADA MCA TETAPI NAMPAKNYA ANGIN TELAH MEMIHAK KEPADA MELAYU DI PERAK.. WALAUPUN MCA TELAH DAPAT MERAIH LEBIH SEDIKIT PENGUNDI CINA JIKA DIBANDINGKAN DENGAN PRU12.. TETAPI HAKIKATNYA CINA MASIH MEMILIH DAP..

Anonymous said...

Aku pasti akan undi DAP kalau aku cina.. Kerana DAP memperjuangkan nasib cina di malaysia.. Hanya DAP yang berani mencabar perlembagaan malaysia yang menjaga hak bumiputra dan mempromosikan hak sama rata di malaysia walaupun bertentangan dengan perlembagaan.. TETAPI, aku melayu.. Sebab itu aku menyokong UMNO kerana UMNO sahaja yang dapat menjaga kepentingan orang melayu dan islam.. TETAPI, yang herannya, ramai juga melayu yang kurang berfikir untuk masa depan anak cucu mereka.. Memilh parti yang tidak akan memperjuangkan hak orang melayu termasuk parti PAS dan PKR..

Anonymous said...

PARTI ANJING SURUHAN ATAU RINGKASNYA PAS ADALAH ANJING SURUHAN KEPADA PARTI DOG AND PIG ATAU RINGKASNYA DAP. MEREKA YANG DIKETUAI DAN BERSAMA BAPAK ANWAR BIN IBRAHIM ATAU RINGKASNYA B.A.B.I. ADALAH PEMIMPIN PARTI KELENTONG RAKYAT ATAU RINGKASNYA PKR. MESTIKAH MEREKA TERUS DIBIARKAN MEMPERKOSA ISLAM MELAYU DAN RAJA RAJA MELAYU?
MARI KITA HANCORKAN MEREKA DI PRU 13 NANTI. MEREKA ADALAH PENGKHIANAT BANGSA MELAYU, UGAMA ISLAM DAN NEGARA MALAYSIA TERCINTA.

Anonymous said...

Kakahkahkah...korang la rakyat Selangor bodoh pi undi Perompak Rakyat dlm pru-12 dulu sapa suroh...bodoh

pakwadin said...

Kita nak pangkah sapa,parti mana itu hak indibidu-tapi perlu dingat kali ni jgn nak cuba2 buruk padahnya-Malayu,Cina,India,Siam,suku kaum di Sabah dan Serawak perlu ingat sekali kita buat silap kita akan diseranah oleh anak cucu kita nanti-DHA teruskan-dan BN/UMNO jagan pula dok syok sendiri-dalam kita pun nanti akan ada parasit kalau tak terpilih ini bukan gurauwan tapi kenyataan berpandukan pada pilihanraya yang lepas-lepas-Ketua2 Perhubungan UMNO/BN Negeri renong2 kan lah apa yang saya ketengahkan ini.

Anonymous said...

Carilah sebanyak mungkin ilmu Allah sebelum ajal datang mengundang.Sesungguhnya pada kesempatan masa dan nikmat kesihatan yang diberikan,gunakanlah ia sebaik mungkin untuk mempertingkatkan keimanan kita terhadap Allah.Imbuhan dan posisi jawatan yg kita kejar hanya bersifat sementara.

Powered by Blogger.