Apr 5, 2012

SEDIA KERJASAMA - MAIS YAKIN VIDEO HASAN ALI ITU JELAS!!





 
 
 
Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) masih menunggu video bukti kegiatan murtad yang dimiliki Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia Datuk Dr Hasan Mohamed Ali sebelum mengambil tindakan selanjutnya.

Bagaimanapun Pengerusi MAIS Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa berkata Hasan yang juga ahli jawatankuasa agensi itu telah menjelaskan tentang perkara itu pada mesyuarat yang diadakan semalam.

Jelas beliau, tindakan selanjut tidak boleh dilakukan sekiranya Hasan tidak menyerahkan video tersebut.

"Mais bersedia menerima video berkaitan kegiatan murtad untuk kita buat siasatan lanjut...kita akan terima apa-apa bukti lain termasuk video.

"Beliau (Hasan) telah memaklumkan perkara ini kepada kita, beliau sudah jelaskan apa yang beliau lakukan dan kita akan ambil tindakan selanjutnya jika menerima video itu," katanya kepada The Malaysian Insider.

Kelmarin Hasan membuat pendedahan tentang kegiatan murtad yang berlaku selain mempunyai tiga versi video berkenaan.

Pada sesi pendedahan itu, Hasan hanya mendedahkan dua daripada tiga video tersebut dengan durasi 16 dan 42 minit yang menayangkan pengakuan sepasang suami isteri yang telah kembali kepada Islam selepas murtad.

Kata Hasan, beliau  tidak menolak untuk menyerahkan video bukti gejala murtad itu kepada JAIS sekiranya agensi agama itu memerlukannya.

Menurut Mohamad Adzib, pihaknya melalui Jawatankuasa Pengurusan Aduan dan Penguatkuasaan akan menerima serta memantau aduan berhubung usaha memurtadkan umat Islam dan ajaran sesat di Selangor termasuk mengambil tindakan penguatkuasaan sewajar.

Selain itu, jawatankuasa tetap itu juga akan memantau serta menangani isu murtad dan ajaran sesat di Selangor.

"Kita ada jawatankuasa yang akan meneliti setiap aduan atau laporan yang dikemukakan, serahkan sahaja video itu kepada Mais atau Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).

"Setakat ini kita masih menunggu (video daripada Hasan)," kata Mohamad Adzib.

Jelas beliau, pihaknya sentiasa membuat pemerhatian dan mengumpul maklumat mengenai kegiatan murtad.

"Kita juga ada pelan tindakan yang akan diambil untuk menyelesaikan masalah. Kita akan kumpul maklumat dulu kemudian baru ambil tindakan sesuai," katanya.

Mohamad Adzib juga mengingatkan gerakan yang terlibat dalam kegiatan Kristianisasi agar menghormati peruntukan-peruntukan yang terdapat di dalam Perlembagaan Persekutuan.

"Kita ada undang-undang untuk mencegah, tindakan akan diambil jika terdapat bukti ia (kegiatan murtad) berlaku.

"Kita ada jawatankuasa yang akan pantau perkara ini," katanya.

1 comments:

Anonymous said...

Downloads blog :
http://aed280e5.allanalpass.com
http://xaijo.com/?new-uq.html
http://blog.erolove.in/?new-qa.html
http://blog.erolove.in/land?browse-vo.html
http://amateur.erolove.in/pagehk.html
http://shop.xaijo.com/?new-xs.html
http://intimcity.org/in.htm?profile-kf&wm=2020890811

Powered by Blogger.