Apr 17, 2012

PERKASA AJAK JATI GABUNG TENAGA.. PERJUANGAN PAKATAN BAWA NEGARA REPUBLIK!!





Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) hari ini berkata, insiden yang mendakwa pemimpin Pakatan Rakyat (PR) mengejek dan mempersendakan raja-raja Melayu ketika pertabalan Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong tempoh hari adalah petunjuk bahawa mereka akan menjadikan Malaysia sebagai negara republik sekiranya pakatan pembangkang itu memerintah negara.

Malah, kumpulan pendesak Melayu ini juga beranggapan, pemimpin pembangkang itu telah menderhaka kepada Raja-Raja Melayu, dan hilang kesetiaan kepada negara.

“Pada kejadian yang dikatakan wakil rakyat pembangkang menghina raja-raja Melayu di Istana Negara, Perkasa anggap mereka adalah penderhaka dan sudah hilang kesetiaan kepada negara,” tegas timbalan presiden Perkasa, Datuk Abd Rahman Abu Bakar, ketika sidang media di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi selepas pertubuhan itu memohon permit untuk mengadakan perhimpunan sempena pertabalan Yang Di-Pertuan Agong baru-baru ini.

“Berdasarkan insiden itu, Perkasa merasakan kemungkinan mereka akan perlahan-lahan menukarkan Malaysia kepada negara Republik, negara tanpa Raja.”

Jelas Abd Rahman, Perkasa akan menentang habis-habisan pihak yang cuba menjadikan negara ini sebagai negara republik, dan akan tetap mempertahankan Raja-raja Melayu.

“Perkasa akan terus mempertahankan Raja-raja Melayu. Itu adalah salah satu perjuangan yang tercatat dalam Perlembagaan Perkasa,” tegasnya lagi.

Tambah Abd Rahman, pihaknya juga menyokong segala usaha menentang gejala LGBT (Lesbian, Gay, Biseksual, dan Trangender), termasuk akan mempertahankan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

“Peminjam harus membayar hutang. Malaysia bukan lagi negara maju yang mampu untuk menanggung segala perbelanjaan rakyatnya di menara gading secara percuma.

“Cukuplah kerajaan beri biasiswa untuk pelajar cemerlang SPM ke universiti, dan mereka yang kurang cemerlang jika mahu ke universiti perlu menanggung sendiri ataupun membuat pinjaman.

“Jika cemerlang di universiti, pinjaman itu baru akan di hapuskan menjadi biasiswa,” tegasnya.

Mengulas berkenaan “Perhimpunan Raja Berdaulat, Kasih Dijunjung” yang akan dianjurkan pertubuhan itu sempena meraikan pertabalan Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong ke-14 pada 11 April lalu, Abd Rahman berkata,  perhimpunan itu dijangka akan berlangsung di Padang Merbok berhampiran Bank Negara pada 29 April ini, sehari selepas Perhimpunan Bersih 3.0 di Dataran Merdeka.

“Perhimpunan itu dijangka berlangsung pada 9.30 pagi sehari selepas Bersih 3.0. Sekiranya pihak polis tidak memberikan kebenaran di lokasi tersebut, Perkasa mungkin akan membuat permohonan di lokasi lain di tengah bandaraya ini seperti Dataran Merdeka atau mana-mana lokasi yang diluluskan oleh DBKL,” katanya yang turut menjemput penyertaan pertubuhan Jalur Tiga (Jati) yang diketuai oleh Adun Gombak Setia Datuk Dr Hasan Ali.

“Kami ingin merayakan perhimpunan besar-besaran melahirkan rasa syukur dan berdoa semoga pertabalan Agong akan terus berkekalan selamanya, kami turut menjemput Jati kerana matlamat perjuangan kami adalah serupa.

“Perkasa tidak berpeluang berada di Balairong Seni Negara semasa hari pertabalan, dan sekiranya diberikan kebenaran, kami akan bersikap tertib dan tidak biadap seperti pemimpin pembangkang,” tegasnya lagi.

Jelasnya, perhimpunan itu akan diisi dengan sesi ceramah antaranya daripada Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali dan Datuk Zukifli Nordin serta beberapa tokoh lain.

“Perkasa yakin perhimpunan ini akan mendapat sambutan daripada setiap rakyat pelbagai kaum di negara ini,” tambahnya.

5 comments:

Anonymous said...

Betul.. Betul.. PPTN tak patut dihapuskan.. Pelajar bukan melayu lebih cemerlang dari pelajar melayu.. Mereka juga mempunyai sumber kewangan yang lebih kuat dari bangsa melayu.. Apa nak jadi pada anak melayu yang tak dapat biasiswa dan masuk public universiti.. Ramai yang tak dapat masuk private college atau university sebab tak mampu.. Yang mampu adalah kaum lain.. Melayu menjadi semakin mundur.. Adakah ini yang kita mahu.. Nak suruh kerajaan tanggung semua memang kerajaan tak mampu dan tak mungkin akan berlaku walau siapa pun yang memerintah samada bn atau PR..

Disini kita patut juga beri kredit pada anwar ibrahim sebab mungkin dia yang memulakan skim ini.. Pada masa itu beliau mempunyai pandangan yang berbeza sebab hendak memajukan anak melayu dan juga bangsa lain untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat uni atau college.. Itu adalah pandangan beliau sebagai pemimpin BN.. KINI BELIAU MASIH TAHU YANG KERAJAAN TAK AKAN MAMPU UNTUK BAYAR PELAJARAN PERCUMA.. CUMA KINI DIA MEMPERGUNAKAN MAHASISWA UNTUK MENENTANG KERAJAAN DAN MENDAPAT UNDI.. ITULAH ANWAR IBRAHIM..

Anonymous said...

Betul.. Betul.. PPTN tak patut dihapuskan.. Pelajar bukan melayu lebih cemerlang dari pelajar melayu.. Mereka juga mempunyai sumber kewangan yang lebih kuat dari bangsa melayu.. Apa nak jadi pada anak melayu yang tak dapat biasiswa dan masuk public universiti.. Ramai yang tak dapat masuk private college atau university sebab tak mampu.. Yang mampu adalah kaum lain.. Melayu menjadi semakin mundur.. Adakah ini yang kita mahu.. Nak suruh kerajaan tanggung semua memang kerajaan tak mampu dan tak mungkin akan berlaku walau siapa pun yang memerintah samada bn atau PR..

Disini kita patut juga beri kredit pada anwar ibrahim sebab mungkin dia yang memulakan skim ini.. Pada masa itu beliau mempunyai pandangan yang berbeza sebab hendak memajukan anak melayu dan juga bangsa lain untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat uni atau college.. Itu adalah pandangan beliau sebagai pemimpin BN.. KINI BELIAU MASIH TAHU YANG KERAJAAN TAK AKAN MAMPU UNTUK BAYAR PELAJARAN PERCUMA.. CUMA KINI DIA MEMPERGUNAKAN MAHASISWA UNTUK MENENTANG KERAJAAN DAN MENDAPAT UNDI.. ITULAH ANWAR IBRAHIM..

Adi Kencana said...

kesian mahasiswa. X sedar diperkudakan oleh Anwar...

NURUL IZZAH: ANTARA NOBAT & LAGU P.RAMLEE... Baca di sini...

http://apakecoh2.blogspot.com/

Anonymous said...

Pendidikan dah free dari tadika, sekolah rendah, menengah dan STPM. Anak aku bayar yuran IPTA RM1200 setahun. Kalau nak dibandingkan dgn negara-negara jiran Indonesia, Thailand, Singapore, hanya yang kaya sahaja mampu menghantar anak ke universiti.

Anak aku tak pinjam PTPTN sebab dari kecik aku dah asuh dia berjimat dan menabung untuk masuk universiti. Anak aku masuk wataniah, so kolej dah free dan dapat elaun lagi. Duit makan aku bantu sikit. So far, ok takde masalah. Anak tak berhutang dan aku pun happy. Bersyukur sangat.

kadiak said...

Manje sgt pun tak boleh, cth anak kita la beli jer mainan ape yg dia minta pokai la kita asyik belanje dia jer, beri pinjaman tu dah kira bersyukur la dr tak de langsung bab masuk universiti ni bukan menjamin kejayaan seratus peratus, yg penting belajar berdidikari dorang tak kawin lg, dorang tak matang lg belum tahu susah payah, lg satu bukan dorang byr incometax pun perabihkan duit jer pastu lawan kerajaan semua tak puas hati. Sabar kan separuh iman, mahasiswa bumi perlu berkorban lg, umat islam boleh berjaya sekiranye bersabar, bab ketelusan kerajaan kita akui ade kelemahannye tetapi bukan caranye kita memaksa kerajaan sebegini atas dasar kelemahan yg ada, nampak gaya mcm cuba menindas kerajaan atas kelemahan kelemahan yg dikenal pasti oleh pemimpin, cuba anda fikir ape kesan sekira kerajaan memberi peluang pendidikan percuma tetapi mahasiswa berpoya poya tidak mencapai tahap yg membanggakan dan kerajaan pula menetapkan mahasiswa yg memdapat keputusan baik saje layak dan sekiranye keputusan exam tidak baik kena bayar balik yuran? Hehe semua nak free sabor la beb minta kat tuhan jgn minta kerajaan. Rezeki kerajaan adalah dtg dr allah. Dan kalau kerajaan tidak adil biar allah menghukumnye, rakyat tak perlu menghukum kerajaan allah sendiri akan merancang menumbang kerajaan itu sendiri dgn berkat bersabar dan bertakwa kpd allah.

Powered by Blogger.