Apr 12, 2012

PEMIMPIN UK KATA TAK LOGIK TAWARAN 'HEBAT' BEKAS MENTERI PENDIDIKAN!!








Jika diperhatikan Tawaran yang diumumkan Bekas Menteri Pendidikan Anwar Ibrahim, tak tumpah seperti tawaran hebat agensi2 dan gedung2 perniagaan yang dapat dilihat menerusi keratan2 iklan.

Salah satu daripadanya yang kini sedang hangat dibicarakan isu Pendididkan. Tatkala arahan dimulakan menerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia sebagai anjing menyalak marahkan isu PTPTN, Anwar seterusnya bertindak menawarkan pendidikan percuma buat setiap individu yang layak melanjutkan pengajian di peringkat IPT. Persoalannya boleh percayakah kita terhadap janji2 beliau?

Sampaikan ada Pemimpin2 Luar mendakwa tawaran tersebut mengalahkan sebuah Negara yang diikhtiraf sebagai sebuah Negara Maju.

Anwar bukannya tiada pengalaman dalam menguruskan hal Pendidikan Negara. Sepanjang tempoh beliau mengepalai Kementerian Pendidikan (kini Pelajaran) satu ketika dahulu, fikir sejenak apa perlaksanaan yang beliau tinggalkan yang memberi kesan positif terhadap setiap mahasiswa pada ketika itu?

Pindidikan Percuma? Jauh sekali. Penambahbaikan Biasiswa? Tak ada. Malah Anwar mengetatkan lagi Akta AUKU ke atas setiap mahasiswa yang menentang beliau pada ketika itu. Tak percaya? Tanyalah Pemimpin2 PAS. Apa janji beliau ketika dipilih memegang jawatan Menteri Pendidikan pada ketika itu. Langsung tidak dikotakan. Sampaikan ada Pemimpin2 PAS pada ketika itu menyalak tidak akan memaafkan Anwar atas kezaliman beliau terhadap mahasiswa pada ketika itu.

Itu satu pengalaman yang kita boleh jadikan ikhtibar. Adakah janji Anwar ketika ini akan beliau realisasi setelah memegang tampuk Kerajaan?

Inilah dinamakan Janji Pilihanraya. Kalau betul boleh laksanakan, sudah pasti ianya dibuktikan terlebih dahulu menerusi IPT di bawah Kerajaan Negeri Selangor UNISEL. Kenapa dahulu tidak buat? Alasan dan alasan yang sudah pasti akhirnya menyalahkan Kerajaan BN.

Isu PTPTN itu memang berlaku. Tapi ada saluran yang betul untuk mendesak penambahbaikan. Bukan dengan cara berdemo di jalanan. Lihat kesan yang berlaku di Indonesia gara2 pemberontakan emosi tanpa merujuk akal yang dikurniakan Allah, adakah Negara tersebut stabil? FIKIR!!
 


PS : Apa yang pasti, isu ini tidak timbul jika peminjam2 PTPTN terdahulu kesemuanya membayar semula mengikut bulanan. Ada bekas mahasiswa bekerja di oversea gaji puluhan ribu, tak bayar pinjaman PTPTN yang hanya memperuntukkan minimum RM150 sebulan.


2 comments:

Adi Kencana said...

Anwar cuma pandai buat janji. Tapi x pandai tepati.

KERAJAAN PAKATAN SELANGOR HALAU MELAYU KELUAR BANDAR! IKTIBAR BUAT PENDUDUK KG BHARU. Baca di sini...

http://apakecoh2.blogspot.com/

Anonymous said...

tggu menang nti,kite tgk boleh ke idak idea tu,

Powered by Blogger.