Apr 19, 2012

PAS PENANG SELAR PKR GILA TALAK.. DESAK EXCO LEPAS JAWATAN MAJLIS AGAMA ISLAM!!








Dewan Pemuda Pas Pulau Pinang mendesak agar Exco Kerajaan Negeri, Abdul Malik Kassim mengosongkan kerusi Yang Dipertua (YDP) Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) dalam kadar segera sama ada meletakkan jawatan atau menolak pelantikannya ke jawatan itu.

Setiausahanya, Afnan Hamimi Taib Azamudden berkata, Abdul Malik dicadangkan berbuat demikian sementara menunggu perkenan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah melantik Pesuruhjaya Pas Negeri itu, Datuk Mohd Salleh Man bagi menggantikan beliau.

“Tindakan ini sangat wajar bagi menunjukkan sifat bertanggungjawab atas kesilapan kerajaan negeri seperti yang diakui, di samping menambah keyakinan rakyat dan kepercayaan pengundi terhadap janji pilihan raya ketika pilihan raya kecil Permatang Pasir yang lalu.

“Ia juga akan menambah baik imej Abdul Malik selaku ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMK) yang diberi amanah portfolio agama, sekali gus imej Pakatan Rakyat itu sendiri terutamanya di Pulau Pinang,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Semalam, Kerajaan Negeri mengakui telah melakukan kesilapan dengan mencadangkan nama Abdul Malik sebagai YDP MAINPP walaupun sebelum ini Pakatan Rakyat (PR) pernah berjanji akan menamakan Mohd Salleh.

Afnan Hamimi berkata, inilah 'contoh hidup' dan menunjukkan slogan 'CAT- Cekap, Akauntabiliti dan Telus' bukan sahaja dilaungkan, bahkan dipraktikkan serta tetap terus diamalkan walaupun kadangkala ia pahit.

Ujar beliau lagi, ia juga adalah selaras dengan tuntutan Islam supaya kita mengakui kesilapan dan memohon maaf jika membuat sesuatu kesilapan.



5 comments:

Anonymous said...

PAS dan kepimpinan mereka memang tak ada maruah. Nak desak apa lagi. DAP dan PKR menang banyak kerusi kerana adanya penyokong PAS yang mengundi mereka. Jika PAS ada maruah keluarlah dari pakatan haram tu. Penyokong PAS tak usahlah nak bangga sangat kalau setakat hanya jadi pecacai DAP dan PKR. Berada dalam PR tetapi tak ada suara. Telor sudah hilang lo.

Anonymous said...

kalau tak bagi jawatan tu pada PAS pun takdak masalah pun, satu kerusi saja yang menang higaq macam menang 10 kerusi. Meraq buehhhhh

Anonymous said...

PAS : Parti Amat Serabut.. hihi

Mohon Tuan share link kami di web portal tuan yang hebat.

http://pru13n9.blogspot.com/

Terima kasih..

semut api said...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

SEMUTAPI52 memohon jasa baik dari pihak tuan utk menyenaraikan 2 laman kami ini http://pru13n9.blogspot.com/ dan http://semutapi52.blogspot.com/ di 'link blog' tuan agar info dari BLOG HEBAT ini dapat dikongsi bersama pengunjung blog tuan.

Kami telah pun "link" kan blog tuan di dlm blog kami dan kami akan mengambil beberapa artikel terbaik dari blog tuan menerusi kategori 'Dari Blog' selepas ini.

Sekian, Kerjasama dan info terbaik dari blog tuan amat SEMUTAPI52 Hargai dan Kagumi. Terima Kasih.
salam perjuangan.

Adi Kencana said...

Exco agama Selangor, PKR dpt.. YDP MAIPP PKR dpt.. PAS ni relevan lg ke?

MENGAPA ANWAR IBRAHIM MENYOROK DALAM KAIN NURUL IZZAH? Baca di sini...

http://apakecoh2.blogspot.com/

Powered by Blogger.