Apr 3, 2012

NAJIB SELAR ANWAR BAKAL LAHIR SEBUAH KERAJAAN POPULIS SEMBERONO!!







Kerajaan Barisan Nasional (BN) hari ini bukan "kerajaan populis semberono yang tidak bertanggungjawab", sebaliknya sebuah kerajaan yang sentiasa berhemah dalam membuat dasar dan membelanjakan wang negara, kata Datuk Seri Najib Razak.

Perdana Menteri berkata, dalam membuat dasar dan berbelanja, kerajaan tidak sesekali berniat untuk meranap mahupun membankrapkan negara. "Kita telah dan akan sentiasa berterus terang dengan rakyat tentang apa yang kita mampu dan apa yang kita tidak mampu lakukan. Sebaliknya amat mudah bagi sesetengah pihak untuk menjanjikan bulan, bintang dan cakerawala tanpa memikirkan kesannya," katanya.
 

Beliau berkata demikian semasa membentangkan Laporan Tahunan Program Transformasi Kerajaan (GTP) & Program Transformasi Ekonomi (ETP) 2011 di Angkasapuri di sini malam ini. Ia turut disiarkan secara langsung di saluran televisyen utama.

Najib berkata, kerajaan BN juga tidak gentar untuk bersaing dalam pasaran idea yang bebas dan kompetitif kerana dipilih secara demokratik di dalam pilihan raya umum yang bebas dan adil.

"Kita mempunyai penuh keyakinan terhadap kebijaksanaan rakyat Malaysia memilih dan meneraca.

"Mereka tahu menilai yang mana intan yang mana kaca. Kita percaya rakyat akan memilih kerajaan yang mempunyai "track record" yang meletakkan kepentingan rakyat di atas segala-galanya," katanya.
Malah, Najib berkata, kerajaan juga sudah mengambil pelbagai langkah untuk menjadikan negara lebih demokratik termasuk dengan memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Akta Kediaman Terhad dan Akta Buang Negeri, selain membatalkan tiga perisytiharan darurat.

Katanya, kerajaan juga menggubal Akta Perhimpunan Aman bagi melindungi hak rakyat untuk berhimpun dan bersuara seperti yang dijamin Perlembagaan Persekutuan, serta meminda Akta Universiti dan Kolej Universiti bagi mengiktiraf hak perlembagaan pelajar untuk menganggotai parti politik, dan meminda Akta Pelesenan dan Mesin Cetak bagi menghapuskan keperluan pembaharuan lesen tahunan penerbitan.

Beliau berkata, bagi memastikan negara dapat mencapai status negara maju dalam tempoh lapan tahun akan datang, negara memerlukan "pemandu yang cekap supaya dapat menggabung jalinkan segala faktor yang ada bagi memastikan kenderaan tiba ke destinasinya pada masa yang ditentukan dengan selamat."

"Oleh itu, janganlah kita bereksperimen untuk menukar pemandu yang telah terbukti kebolehannya, di tengah-tengah jalan, untuk digantikan dengan pemandu yang diragui dan berbahaya," katanya.

Perdana Menterri turut mengingatkan rakyat agar "jangan sesekali salah membuat pilihan dan berhati-hati dengan tukang karut yang melipur lara."

"Mereka ini hanya pandai berjanji tapi tidak pernah mengotainya. Mereka tidak pernah konsisten antara amalan dan retorik yang dilaungkan.

"Makanya, berwaspadalah dengan alunan muzik oleh peniup seruling yang tampak indah tapi penuh dengan persona dan perdaya," katanya

8 comments:

cucu tok ayah said...

biarkan Najib terjun ke laut dengan labu labu nya....biarkan...biarkan.Negara Malaysia nak hampir Bangkrap pun masih cakap besar...pandai tadir..pandai urus...berhemah....pui...loye tekak aku....nak muntah

Tertido said...

ko percaya dgn anwar?aku dah tak percaya,bukan 1x 2x kantoi,byk kali,tanya dia masa jd m.kewangan berapa byk yg dia transfer ke luar nega?kalo ko nak kebenaranla,kalo tak,jd la ko pengikut proksi dajjal aka anwar

Adi Kencana said...

Anwar mmg senang berjanji, sbb dia cuma nak kuasa dulu, kemudian baru fikir camna nak tunai janji.. kalau x dpt tunai pun xpa, sbb dah menang.

Sapa ada tgk video Anwar di Kg Pala? Dia janji kat India tu, "Kalau u undi saya, dua minggu saja masalah u selesai!!"

Lepas menang Penang, memang betul selesai pun. Selesai roboh habis Kg Pala!!

FLAT 4 TINGKAT KERINCHI - SIAPA YANG TERTINDAS? Baca di sini...

http://apakecoh2.blogspot.com/

Anonymous said...

Apa asas anda lebih tahu negara nak bankrap. Apa pengetahuan anda serta rujukan pakar ekonomi yg anda pakai untuk semudah itu bercakap.

Anonymous said...

Asas di ceramah politik PR lah.. Mana lagi.. Mereka yang cakap pasal ekonomi ni semuanya bijak bijak belaka.. Hee.. Hee..

Anonymous said...

JANJI PAS LEBIH TERUK.. JANJIKAN SYURGA JIKA MEMILIH PAS PADA PRU13.. Bukan lagi bulan dan bintang... SYURGA WOI... Marilah kita sama sama pilih PAS nanti.. Undi Anwar untuk ke putrajaya.. Undi PAS untuk ke syurga.. Sesat..

Anonymous said...

Apa komen ahli ahli suyrga.. Orang PAS patut dipanggil ahli syurga sahaja..

pakwadin said...

Wahai cucu Tok Ayah-Macamla kamu tu Pakar Ekonomi-Pakar2 pun tak tutup kilang,bank dan yang kau nak tunjuk pandai apahal-Kalau Cucu Tok Ayah orang Pas Kutip nama Cina,india yg. pangkah PR nati untuk dimasukkan ke syurga-bakan saya kata-Nik Aziz Kata-Kalau Cucu Tok Ayah Org. PKR kutip nama org. melayu Islam yang nak murtad,lepas tu kita belarak berdemonstrasi nak pinda perlembagaan yang lapok-bukan saya kita juga tapi Penasihat Umum yang kata.

Powered by Blogger.