Apr 7, 2012

MANSUH PTPTN - PAS T'KEJUT ANWAR KATA.. "SAYA T'PAKSA TIPU DEMI PAKATAN KE PUTRAJAYA!!"







JANJI... Itu adalah strategi yang dilakukan Pembangkang sejak sekian lama dalam memastikan Kerjasama 3 parti DAP, PKR dan PAS mampu menakluk Kerajaan Pusat. 

Satu 'kejayaan' mereka meletakkan janji luar biasa menerusi Manifesto masing2 adalah pada PRU12 yang lalu di mana sungguhpun tidak berjaya menawan Kerajaan Pusat akan tetapi mampu membolot 5 buah Negeri (merujuk Negeri Perak pada ketika itu).

Merujuk strategi PAS Kelantan, setelah gagal melaksanakan beberapa janji manifesto lantas menyalahkan pula Kerajaan Pusat walaupun telah menakluk Kerajaan Negeri masing2 selama lebih dari 3 tahun.

Di Selangor misalannya pada awal pemerintahan mereka mencanang dengan jeritan Air Percuma walaupun hanya melibatkan 20 meter padu semata2. Sasaran golongan pendapatan rendah tidak tercapai kerana banyak lagi kawasan2 pangsapuri kos rendah tidak menikmati janji tersebut. Yang pasti rumah2 sendirian dan banglow2 mewah merupakan antara golongan sasaran pertama yang menikmati hasil tersebut.

JANJI ini juga dilihat strategi yang mampu mempertahankan Negeri Kelantan selama lebih 20 tahun. Usah dikata pembangunan, hampir kesemua Masjid di Negeri tersebut dibina hasil usaha Kerajaan Pusat, yang diperakui salah seorang Exco Kerajaan Negeri.

Pembangkang dilihat semakin agresif menabur janji tambahan lagi setelah dipimpin Diktator Pakatan Anwar Ibrahim. Lebih bahaya ianya mampu menghasut mentaliti rakyat terutamanya anak2 Muda. PTPTN yang menjadi isu utama pelajar2 IPT masa kini dijadikan bahan terbaru mereka menjanjikan pemansuhan terus malah setiap mahasiswa di Negara ini bakal menerima biasiswa Kerajaan.

Logik? Mereka mendakwa nothing Imposible. Walhal itu adalah kunci perjalanan politik. Bukan realiti pengurusan sebuah Kerajaan. 

TIDAK. Pakatan Pembangkang tidak akan sama sekali akan merealisasi pemansuhan tersebut. Ini adalah sekadar mahu merasuk minda golongan belia yang bergelar mahasiswa agar memberi undi kepada Pembangkang. Golongan Belia adalah sasaran kedua undian tertinggi mereka pada PRU13 kelak selepas meletakkan golongan pengundi Cina di tangga pertama.





Anwar yang pernah menjawat Menteri Pendidikan dan Menteri Kewangan bertahun lamanya tahu akan isu ini. Malah PAS sendiri pernah mendakwa Anwar Pemimpin paling bahaya kerana bijak menipu rakyat dengan ucapan dan perwatakannya. Salah satu daripadanya merujuk penubuhan AUKU yang dilaksanakan beliau sendiri ketika menjawat Menteri Kewangan.



 


Beliau sendiri mengakui ianya tidak boleh direalisasikan atas faktor ekonomi global. Mana2 Negara bertaraf Negara Membangun pada ketika ini telah menghentikan kesemua inisiatif dan subsidi sedia ada melainkan Malaysia.

Malaysia masih mengekalkan harga minyak petrol RON95 sebagai alternatif bagi rakyat terutamanya golongan berpendapatan sederhana dan rendah. Malah tatkala krisis ekonomi global, Malaysia mampu menyalurkan bantuan menerusi BR1M malah peruntukkan masih mampu diagihkan seperti pengumuman PM semalam untuk memperkasa bidang Agama.

Ini adalah satu pembahagian wang Negara yang dilihat bijak di samping mampu memperkasa Ekonomi Negara. 

Bayangkan jika dikira secara purata untuk pelajar IPTA sahaja, Kerajaan terpaksa mengeluarkan wang berjumlah RM43 Billion sebagai biasiswa kepada pelajar2 berkenaan tanpa mengira pendapatan pihak ibu/bapa atau penjaga.

RM43 Billion itu untuk Pelajar IPTA sahaja. Belum diambilkira Pelajar2 IPTS. Adakah akan berlaku penutupan beberapa IPTS secara besar2 an?




Tipu rakyat.. Tipu lagi. Tak serik lagi dengan janji 16 September penubuhan rampasan Kerajaan Pusat? Janji tersebut telah digunakan dilihat melampau sama sekali hanya kerana mahu meracun pengundi2 Permatang Pauh pulang mengundi bagi memberi kemenangan lebih besar di Parlimen beliau semata2.




Bagaimana dengan peruntukan2 lain jikalau RM43 Billion sahaja disalurkan kepada kesemua Pelajar2 IPTA? Anwar akui ianya tidak mampu dilaksanakan. Akan tetapi sasaran janji ini mampu menarik undi golongan Muda dengan peningkatan mendadak.

FIKIRLAH. Berilah biasiswa kepada mereka yang memerlukan. Walhal wang peruntukkan Biasiswa Kerajaan selama ini diberikan sepenuhnya kepada golongan berpendapatan rendah. Apa nasib mereka kelak?

TIDAK LOGIK diakal sebenarnya. Anwar bijak memperdaya minda masyarakat. Itu sudah pasti. Dan yang juga pasti, Anwar tidak akan sama sekali melaksanakannya. Pada masa itu beliau akan menggunakan alasan seperti di Selangor. Sisa2 korupsi yang tidak ternilai Kerajaan terdahulu. Kononnya... Alasan ini digunapakai sampai PRU14 kelak.


PS : Tak lupa pesanan orang2 tua "Aku beri wang pada kau untuk belajar.. last2 belajar separuh jalan kena buang bawak balik betina." Adakah pelajar sebegini layak menerima biasiswa?



4 comments:

MegaBidaman said...

salam, mohon x-change link.
bidaman.blogspot.com

Anonymous said...

Macamana boleh cakap SRPM tak bersih kalau lagi 5% sahaja lagi hedak keputrajaya.. Macamana pula boleh cakap ramai wakil rakyat BN nak loncat parti tapi sorang pun tak ada.. INI MENUNJUKKAN ANWAR NI MEMAMG PEMBOHONG BESAR..

BoTak said...

allo boss.. kalo berani buat cara bertulis la bagi tunjuk macam mana nak tanggung negara kalau pendidikan percuma??

kenapa tak bagi free je blaja kt Unisel?

kenapa bagi student Unisel pinjam PTPTN?

kenapa tak mansuh yuran PASTI???

cakap boleh la boss.. tuih!!!

Anonymous said...

klau hbs blajar kerja ada xpe...bkn memilih...tp nk guna ilmu yg d ambik dan bkerja dlm bidang yg d mnati...stakat krja kt pasar raya bleh ke nk bayar ptptn..korang xde sedara mara yg ada msalah cmni....pk la skit wei...jgn jd bodoh sgt...jgn ckp pasal krja sendiri@bisnes sndiri klau bermodalkn air liur!!!!!

Powered by Blogger.