Apr 14, 2012

KEZALIMAN PAKATAN SELANGOR - MASALAH SAMPAH PUNCA BANJIR DI KLANG!!








Penduduk sekitar kawasan Klang, kini fobia apabila tiba musim hujan kerana kediaman mereka akan ditenggelami air disebabkan jumlah sampah yang banyak dan tidak diselenggarakan dengan baik oleh pihak berkuasa tempatan (PBT).

Penyelaras Barisan Nasional (BN) Pandamaran, Datuk Dr Ching Eu Boon berkata, jumlah kerugian dialami oleh 2,448 penduduk bernilai RM15.4 juta.

Menurutnya, Kerajaan Negeri perlu membantu meringankan beban penduduk yang terjejas teruk akibat musibah banjir dengan memberi pampasan setimpal.

“Jika kita lihat, dari kawasan Kampung Raja Uda dan kawasan sekitarnya, air mengalir mengikut kunci air secara automatik mengikut air pasang surut.

“Banjir ini berlaku kerana masalah perparitan yang tidak baik akibat sampah tidak dibersihkan dengan sempurna,” katanya kepada media ketika ditemui, kelmarin.

Beliau sebelum itu menghantar memorandum kepada wakil Pejabat Menteri Besar di Bangunan SUK, di sini bersama lebih 50 penduduk yang terjejas.

Menurutnya, masalah banjir itu berlaku bukan kerana bencana alam sebaliknya kelalaian pihak bertanggungjawab menjalankan kerja-kerja pembersihan.






Sementara itu, Penduduk Taman Tengku Bendahara Azman, Shamsuri Mehat, 35 berkata, sebelum ini masalah banjir tidak pernah berlaku, ia terjadi sejak kebelakangan ini, dipercayai akibat jumlah sampah yang banyak.

Katanya, jumlah sampah itu menutup saliran longkang di kawasan tersebut dan menghalang air dari mengalir dengan baik ketika musim hujan.

“Sekarang kami semua fobia jika hujan, rumah kami akan dinaiki air sehingga menjadi seperi kolam renang.

“Keluarga saya duduk di kawasan ini lebih 40 tahun, namun perkara ini tidak pernah berlaku, berbeza dengan keadaan sekarang,” katanya.





Penduduk Kampung Raja Uda, Pelabuhan Klang, K Krisnan, 40 pula berkata, masalah banjir tidak pernah berlaku sejak dia menetap di kawasan tersebut lebih 23 tahun.

Menurutnya, kerugian dialaminya sekitar RM15,000 melibatkan kerosakan dua buah kenderaan dan peralatan elektrik.

“Kejadian banjir ini berpunca dari longkang tersumbat dengan jumlah sampah yang banyak dan sehingga kini ia masih belum dibersihkan,” katanya.

2 comments:

Anonymous said...

BODOH tahap keberapa kao ni? dulu sebelum pr memerintah banjir pun berlaku juga sampai tenggelam kg baru.
Memang dah jelas pemimpin umno telah berjaya memperBODOHkan kau. Bilalah kau ni nak cerdik sikit, cerdik macam lembu sharizat pun kira oklah jugak.

Anonymous said...

Kalau lihat dari gambar ni. air dalam longkang lebih rendah dari air banjir. Logik ni banjir ni di sebabkan sampah yang tidak di bersihkan dengan betul sehingga menyebabkan banjir. Mudah je nak selesaikan masalah ni tapi puak puak PR ni suka meliwat daripada membantu rakyat.

Powered by Blogger.