Apr 22, 2012

BERSIH 3.0 DI STADIUM MERDEKA - PAK SAMAD SETUJU.. AMBIGA BANTAH!!?








Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, (DBKL) seharusnya mengemukakan lokasi alyternatif untuk Bersih 3.0 sekiranya tidak mahu perhimpunan itu diadakan di Dataran Merdeka, jelas Menteri Dalam Negeri, Stadium Merdeka boleh dijadikan lokasi protes.

Datuk Seri Hishammuddin Hussein (gambar) menegaskan kumpulan pemerhati politik tanah air itu harus diberikan kebenaran untuk mengadakan “perhimpunan aman” dan kerajaan telah menyatakan perhimpunan itu bukanlah “ancaman kepada negara”.

“Mereka (DBKL) tidak membenarkan mereka menggunakan Dataran Merdeka tapi saya yakin mereka akan dibenarkan untuk berhimpun, dan saya percaya DBKL ada lokasi alternatif di mana-mana lokasi,” katanya kepada pemberita di sini.

“Kami bersetuju untuk tidak menghentikan perhimpunan aman, tapi bukan kuasa saya untuk untuk mengatakan DBKL akan membenarkannya,” kata Hishamuddin.

Menteri Dalam Negeri berkata, pihaknya bersedia membantu Bersih untuk membuat pilihan sama ada Stadium Merdeka atau Stadium Bukit Jalil sebagai lokasi alternatif perhimpunan 28 April ini.

“Jangan melihat perhimpunan aman itu sebagai ancaman negara, dan saya akan semak sama ada Bukit Jalil ataupun Stadium Merdeka (jika diperlukan) dengan pihak berkuasa.

“Saya boleh membantu termasuk (mendapatkan)  Stadium Merdeka yang mana pihak penganjur telah membuat permohonan sebelum ini,” kata Hishamuddin merujuk kepada permohonan Bersih pada perhimpunan 9 Julai lalu.

3 comments:

Anonymous said...

Perhimpunan mesti ada faktor langgar undang undang atau arahan.. Baru ada kick... Orang datang berduyun duyun.. Yang nak ramai datang pun ramai anak muda yang darah panas.. Suka buat kecoh.. Kalau semua dah dibenarkan, maka mana ada kick lagi...

Budak budak ni pun Entah entah tak tahu pun apa penambah baikan yang telah diumumkan sebelum ini.. Harap pihak media dapat buat interview secara live untuk tengok budak yang berkumpul ni tahu arau tidak apa yang diperjuangkan oleh bersih atau mereka.. Atau hanya diperalatkan oleh pembangkang..

Apa kata pada masa yang sama NGO anti gay buat perhimpunan aman depan rumah ambiga..

kadiak said...

Elok la dlm stadium kira bersyukur la berteduh kut kut hujan plak takde la demam esok nak keje balik. Sediakan payung sebelum hujan. Lagi satu pak samad boleh tuju satu puisi syair ker, tp busan la pak samad syair jer baca la ayat al baqarah ker lagi tenteram jiwa. Ayat dr tuhan lagi afdal. Bersih bersih bersih!

Anonymous said...

Saya cadangkan kepada POLIS biarkan saja mereka buat demonstrasi...jgn diganggu sebab mereka ni sedang mencari cara nak tunjukkan kepada rakyat dan orang luar yang Polis dan kerajaan menzalimi mereka seperti yang berlaku semasa Bershit 2.0. Jadi untuk Bershit 3.0 kita biarkan mereka tunjukkan kelakuan mereka. Pihak media pulak dinasihatkan tidak memberi sebarang coverage untuk Berita Utama.....tak payah bagi promosi macam Bershit 2.0. Dari pengamatan saya Bershit 2.0 telah diberi promosi lebih-lebihan sebab itu makin besar kepala mereka ni.

Powered by Blogger.