Apr 17, 2012

ANWAR BERANG - PAS TERENGGANU HINA PKR PENGEMIS..!!







PKR Terengganu menerima tamparan hebat apabila pimpinan Pas negeri mendakwa parti itu hanya layak bertanding di tujuh kerusi di negeri itu berbanding 14 kerusi yang dihasratkan mereka.

Ahli Jawatankuasa Pas Terengganu, Datuk Abu Bakar Chik berkata, tujuh kerusi itu membabitkan lima kerusi Dun dan dua kerusi Parlimen.

Katanya, keadaan itu berdasarkan kedudukan PKR di Terengganu yang disifatkan sebagai kategori ketiga.

“Kedudukan PKR dalam kategori pertama adalah seperti di Sabah dan Sarawak di mana kita sendiri tiada kekuatan di sana. Kategori kedua melibatkan kawasan campuran dan kategori ketiga adalah di kawasan majoriti Melayu seperti di Terengganu.

“Jadi, dengan kedudukan PKR dalam kategori ketiga di negeri ini, Pas kena mengurus seluruhnya dengan kerjasama PKR, sebagaimana Pas juga memberi kerjasama kepada PKR di Sabah dan Sarawak,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Pejabat Perhubungan Pas Terengganu, Jalan Sultan Omar, di sini.

Laporan media semalam menyebut kepimpinan PKR  Terengganu hanya mampu menerima keputusan Pas memberikan lima kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan dua kawasan Parlimen untuk ditandingi pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Pengerusinya Azan Ismail berkata, sekiranya PKR sudah dianggap sebagai pengemis, parti itu akan menerima apa sahaja keputusan berhubung jumlah kerusi untuk ditandingi.

"Kalau dia (Pas) rasa kita ni macam pengemis, kita terima sajalah apa yang dia beri. Apa kita nak kata lagi sebab dia rasa dia hebat, dia lebih kuat dari kita.

"Saya hairan kenapa kenyataan itu dikeluarkan oleh Pengerusi Lujnah Pendidikan Pas Pusat dan tidak oleh peringkat tertinggi parti Pas itu sendiri," katanya.

Sehubungan itu, Abu Bakar berkata, dari sudut pembahagian kerusi sudah tentu pihaknya akan melihat kekuatan kedua-dua parti sama ada ia boleh membantu kemenangan Pakatan Rakyat (PR) atau tidak.

Beliau yang juga ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat membuat perbandingan kedua-dua parti dari sudut realiti politik di negeri ini dan Pas disifatkan lebih kuat berbanding PKR terutama di peringkat akar umbi.

Katanya, keadaan itu tidak bermakna PKR perlu berasa ghairah memiliki kerusi yang banyak kerana apa yang penting adalah soal kekuatan dari sudut pengurusan di peringkat bawah sebagaimana dimiliki Pas dan sokongan menyeluruh dari pelbagai peringkat.

“Mana-mana parti perlu tahu kekuatan masing-masing untuk memastikan kemenangan dan perlu dengan rasa yang ikhlas,” katanya.

Katanya, isu itu juga perlu dilihat berdasarkan beberapa faktor dan kaedah yang tepat bagi memastikan keputusan yang dibuat kelak boleh menghasilkan nilai tambah kepada PR dalam merealisasikan hasrat menawan Terengganu.

2 comments:

Anonymous said...

syok bila tengok pakatan bermimpi di siang hari...

PAS=PARTI AJARAN SESAT
PKR=PARTI KENCING RAKYAT
DAP=DUNIA ANA PUNYA...

sebab tu la pas dan pkr hanya jadi anjing yg sentiasa mengawal dap dalam usaha mentadbir malaysia...

pejuang hamas...

Anonymous said...

PAS SHAH ALAM DAH MULA BAGI RISALAH KEPADA SEMUA PENGUNDI DI SHAH ALAM.. SIAP DENGAN HUJAH HUJAH DAN DISERTAKAN DENGAN LAMPIRAN UNTUK MEMBURUKKAN KERAJAAN BN.. TAPI RASANYA SEMUA ITU MUDAH DITEPIS OLEH BN.. HARAP BN DAPAT MEMBERI JAWAPAN DAN PADA MASA YANG SAMA MENUNJUKKAN BUKTI KEPINCANGAN KERAJAAN PR DAN PEMIMPIN MEREKA DI SELANGOR.. HARAP PIHAK BN DAPAT HANTAR RISALAH SEBEGINI KEPADA PENDUDUK YANG TELAH TERIMA RISALAH DARI PAS INI.. RASANYA PIHAK BN ADA ADVANTAGE JIKA DAPAT MEMBALAS TUDUHAN DARI PAS INI..

Powered by Blogger.