Apr 10, 2012

ANWAR BAKAL HERET BAPA ALTANTUYA ANJUR ROADSHOW CERAMAH SETIAP NEGERI!!?








Ada sesetengah pihak kata naik muak dengar cerita Video Seks Anwar. Asyik2 Video Seks. Sampai ada yang kata "sudah2 la tu. kasihan Anwar." 


Memang. Memang Benar. Memang benar Anwar bijak bersimpati. Lepas ini kalau ada terjumpa bukti bahawa Pemimpin2 Politik dari Pakatan melakukan perbuatan terkutuk sedemikian, simpan sahaja. Jangan dibongkar. Kasihan..

Masyarakat cuba dilupakan dengan fitnah yang sememangnya menjadi tekad Anwar untuk tanam mentaliti dan persepsi masyarakat Malaysia sejak kempen PRU12 yang lalu. Fitnah Anwar terhadap Najib Tun Razak sebelum diangkat sebagai Perdana Menteri. Kisah pembunuhan.






Tiada bukti. Tiada fakta. Hanya persoal dan bidas. Sehingga hari ini. Ada yang kata kalau sampai ayah kepada Mendiang Altantuya hadir ke Parlimen buat kenyataan sedemikian sudah membuktikannya, bagaimana pula dengan kisah pendedahan adik kepada Azmin Ali iaitu Umi Hafilda berkaitan perilaku moral abangnya sendiri bersama Anwar? Fitnah. 'Fitnah semua tu.'





Jikalau benar Anwar kata ada bukti berbentuk gambar yang terpapar Najib sedang bersama dengan Mendiang Altantuya boleh dipercayai, walaupun sampai hari ini gambar tersebut tidak dipamerkan, Bagaimana pula dengan Video Seks yang secara terang2 melihat Anwar sebagai individu tersebut sepertimana yang dibuktikan sahabat karibnya Datuk Eskay? Fitnah. Kalau kesalahan Anwar dipaparkan 'fitnah' semua itu.

Ingat. Anwar merupakan individu yang pertama cuba membawa fitnah secara terbuka menerusi Ceramah2 nya menyerang peribadi Najib. Mengheret dan mengkhabarkan kepada rakan2 rapat beliau bergelar jounalist di seluruh dunia untuk memaparkan isu Altantuya. Ini semua dirancang sejak kempen PRU12 lagi.

Malah beberapa Pemimpin Negara luar yang sama bersubahat memburukkan Najib di Negara masing2 telah didakwa atas perilaku seks bebas. Anwar masih mempertahankannya? Dan yang paling hina apabila berjaya mempengaruhi penyokong2 tegar beliau mempercayai simpati beliau. 

FIKIR... Kena Fikir menjelang PRU13. Kita bakal menentukan Siapa bakal membentuk Kerajaan masa hadapan. 

FIKIR.. Kita mesti memilih Kerajaan yang dibina selama lebih dari 50 tahun atau individu yang hanya bersama kerajaan selama 16 Tahun, yang 'meninggalkan' jawatan Menteri Kewangannya dengan laporan Krisis Ekonomi paling teruk dalam sejarah Negara era 1998.

FIKIR.. Tanya diri kita, keluarga kita, saudara mara kita, sahabat2 kita. Ada di antara mereka terseksa mati kerana menikmati sebuah Negara yang dibina Kerajaan Barisan Nasional selama lebih dari 50 tahun ini.

FIKIR!! Mereka bijak menyerang. Cuba bersaing dengan Bangsa yang paling bijak dalam menyerang Negara musuh mereka iaitu Bangsa Yahudi.




0 comments:

Powered by Blogger.