Mar 20, 2012

YAHUDI - NGO2 ISLAM KECEWA HADI AWANG T'MAKAN RASUKAN BISIKAN SYAITAN ANWAR!!







Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) hari ini membidas Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berikutan kenyataan beliau semalam yang membenarkan orang Islam bekerjasama dengan Yahudi bukan berfahaman Zionis.

Presiden Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (Muafakat), Ismail Mina Ahmad berkata, adalah tidak wajar untuk seorang ulama mengeluarkan kenyataan seperti itu kerana tanpa disedari ia telah memberi implikasi negatif dan prejudis terhadap masyarakat Malaysia.






”Abdul Hadi memang cuba menyelamatkan maruah dan imej Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang terjejas teruk akibat menyokong usaha melindungi keselamatan negara Israel.

”Tidakkah beliau terfikir bahawa perkataan ‘Yahudi’ itu telah menggambarkan hegemoni Zionis dan Zionis itu membawa maksud negatif dalam benak fikiran masyarakat dunia hari ini?” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas pendirian Abdul Hadi yang menyatakan sokongan terhadap mana-mana pihak termasuk umat Islam dalam mengadakan kerjasama serta hubungan dengan Yahudi yang tidak berpegang kepada ideologi Zionis.

Ismail Mina berkata, meskipun Abdul Hadi cuba menyamakan konsep kerjasama antara bangsa Yahudi dengan masyarakat Islam di zaman Nabi Muhammad SAW, ia tetap tidak boleh diterima kerana situasi politik ketika itu terlalu berbeza dengan suasana hari ini.






Sementara itu Timbalan Presiden Ikatan Muslimin Malaysia, Aminuddin Yahaya pula berkata, Abdul Hadi tidak perlu menyatakan pandangan sedemikian kerana sememangnya hubungan ekonomi dan perdagangan antara Malaysia dengan Yahudi telah terbentuk sejak azali kecuali hubungan diplomatik.

Justeru kata beliau, kenyataan tersebut adalah semata-mata propaganda parti yang sebenarnya bertujuan membantu memperkukuhkan kenyataan Anwar demi menarik semula kepercayaan rakyat terhadap Ketua Pembangkang itu.






”Semestinya Abdul Hadi perlu membuat kenyataan menyokong Anwar, tetapi beliau tidak membuat secara langsung. Tetapi rakyat hari ini sudah bijak, sudah tentu kita tahu sokongannya itu adalah kesinambungan daripada kenyataan Anwar,” katanya.

Timbalan Presiden Majlis Permuafakatan Ummah (Pewaris), Rahimuddin Md. Harun pula menyifatkan Abdul Hadi sebagai pemimpin masyarakat Islam yang tidak bertanggungjawab dalam menjaga perasaan masyarakat negara khususnya orang Islam.

”Abdul Hadi boleh cakap apa sahaja sehingga lupa perjuangan agama dan bangsa asalkan terus popular.

”Tetapi beliau terlupa bahawa kenyataannya itu boleh membawa padah bukan untuk dirinya sahaja tetapi juga kepada penyokong Pas dan rakyat negara ini,” katanya.

1 comments:

merbah desa segt said...

dulu pas cukup berbulukan yahudi tapi sekarang dah bolih berurusan dengan yahudi pulak.aku dah kata pas ni lidah bercabang.

Powered by Blogger.