Mar 12, 2012

LATEST VIDEO - SYED ALI ALHABSHEE DIUMUM MENTERI PBGUNN. WANITA BARU!!







Ada orang nasihatkan aku janganlah tegur Pemimpin UMNO yang mengkritik Shahrizat. Nanti lagi melarat. Tak kurang juga yang mendakwa menjadi hak setiap Pemimpin menegur Pemimpin yang lain.


Ok. Itu aku boleh terima. Memang benar. Menegur sesama rakan dan sahabat dalam parti itu satu tindakan yang progresif dalam memperkukuhkan parti.






Akan tetapi, jikalau sehingga menghina Pemimpin dalam Parti sepertimana yang Ketua UMNO Bhg. Cheras Syed Ali Al Habshee menggelar Shahrizat sebagai 'Makcik Bollywood', adakah itu satu teguran membina? Adakah itu satu teguran ikhlas dari seorang rakan dan sahabat dalam parti?



 



Bukankah nampak jelas ada sifat dendam dan hasad dengki di samping terkena rasukan syaitan yang dibela Pemimpin2 PKR. Kenapa Syed Ali beriya2 benci sangat dengan Shahrizat sehingga dihina sebegitu rupa? Tipulah kalau dia nafi yang dia tak ada rasa dendam. Malah Mak Lampir Zuraidah sendiri tidaklah sehingga menghina Shahrizat sebegitu rupa.


Lebih jelas Syed Ali ada tanam sifat dengki dan dendam terhadap Shahrizat apabila beliau membuat kenyataan drastik menerusi Laman Portal Malaysiakini, yang umum ketahui sebuah Portal Pro Pembangkang yang memasang strategi menumbangkan UMNO/BN.




Mungkin PM Najib Tun Razak wajar melantik Syed Ali memegang Portfolio Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Nak tengok macam mana dia handle.Jangan memperkecil peranan seorang Menteri yang memegang jawatan Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.


Jikalau hendak menegur mahupun mengkritik, jumpa Shahrizat, cakap secara beradab dan berhemah. Jikalau benar Syed Ali ikhlas. Ini jelas ada tanam sifat mungkar akibat hasutan syaitan2 yang dibela Anwar. Jangan mudah menghina orang sehingga memperlihatkan diri kamu ada sifat dan rasa dendam. 

Minta maaflah pada mana2 pihak dalam parti atau penyokong Syed Ali yang marah dengan artikel ini. Serius aku amat jarang mengkritik Pemimpin dalam UMNO secara terbuka.

Ini bukan soal membela Shahrizat. Ini soal budaya kotor yang masih ditanam di dalam sebilangan Pemimpin Parti seperti Syed Ali AlHabshee yang sewajarnya dibuang.


Pada pandangan aku, Orang seperti Syed Ali Al Habshee yang sebenarnya menjadi UMNO semakin lemah.




11 comments:

GAP KEMBALI said...

hahahaha memang kelas artikel lu beb !

Anonymous said...

Alooo....

Mcm tak dendam? Ari tu geng mana yg pergi buat kacau persidangan UMNO cwg Cheras?

Kak Izat mmg pelakon terbaeek!

mungkin ko pernah mkn lembu NFC itu pasal ngko tak boleh buat pertimbangan yg waras!

Anonymous said...

apa pelakon terbaek ni anon?siapa yg mulakan dulu bro.itu maknanya dendamlah.dendam habshie kat kak jat x settle lg tu.ko x percaya tanya org UMNO cheras.ko jgn ckp mcm2.aku tau lah.depan bukan main baik,belakang main tikam belakang.aku dr cawangan cheras ok.pasal NFC tu apa kena mengena pulak.bodoh ker apa ko ni anon? kesian penulis blogger GR,ntah2 dia x makan daging NFC,ko main belasah jer.bodoh x bertempat juga ko ni.ataupun ko di bayar oleh habshie??

Anonymous said...

lol...
dendam habshi al shushi..
dia jeles la tu.. & nakkan publisiti drp bloger huhuhu...

pakcik buliwood akan beraksi...

"habshi the donk" di pawagam berhampiran, masyuuukk adalah percuma.

Anonymous said...

penyakit dalam umno inilah dia...sejak dulu lagi dalam umno banyak manusia seperti syed ni,bukan dia sekor jer..ramai lagi...apsalah buat kenyataan yg lebih bersopan dan tidak menyakiti hati orang..
sebut saja...begini'..jika itu cara terbaik buat sharizat dalam mengatasi keadaan sekarang...kita akur tindakan beliau...bagi saya itu yg terbaik'.
kalau sharizat berderama bollywood.....syed sekor ni pula berderama arab ke?.
umno hancur olih perangai pmimpin sendiri...
aku tak sokong mana2 pihak...tapi mereka pemimpin yg punya pengikut masing2...apa akan jadi pada parti umno nanti...sharizat mungkin tak bertanding tetapi syed sekor ni ada cita2 nak jadi calon pru13...wanita umno adalah pejuang tulin dalam umno sejak kemerdekaan...
umno tidak akan berjaya tanpa anggota wanitanya.
walaupun tak semua wanita umno sokong sharizat tetapi hati mereka terguris juga bila salah seorang ahli mereka dicemuh begitu.
kalu tak suka pun tak apa,jangan hina sampai camtu.

Anonymous said...

iyer??? ramai org syg kat kak Izat? org2 OKU jer lah tu...

ngko org nih misti kaki wayang tamil punyer.. atoi pun ngko org dah termakan daging lembu versi tangas punyer... itu pasal artis buliwood pun boli jadi pemimpin ngko!!!

Weh, org cheras... mcm sumo jer lah org cheras suka kat kak izat!


bley blah lah mabuk...

Anonymous said...

GR - setuju. Syed Ali ni memang ketua umno misali kaki jeles berdendam.Dari dulu. Ini adalah contoh terbaik sorang pemimpin yg hanya pandai bercakap tapi tak boleh buat kerja. Untuk tunjuk dia hadir dalam dunia UMNO dia dapatkan perhatian pemimpin dan orang UMNO sebagai pengkritik lantang bersuara konon.

Apa syed ali buat untuk kawasan dia? Boleh senaraikan tolong sikit. Kosong ok. Semua tunggu PM atau TPM datang melawat untuk naikan nama.

Dia cemburu kerana sebagai senator sharizat jadi menteri. Syed Ali pula tak dapat apa apa. Pada dia , apa dia dapat jadi senator. Tak kenang budi, tamak. Dia rasa dia berhak jadi sekurangnya timbalan menteri sebab dia rasa dia lebih banyak berkorban dari Mukriz.Kenapa ?- Sebab dia nak PM dan TPM nampak dia sebagai winnable candidate bersuara lantang konon. Hakikatnya:

Oi, Syed Ali kau akan kalah lagi di PRU 13 ni. Harap harap pemimpin UMNO tak tertipu dengan lakonan pak cik bollywood ni. PM dan TPM jangan tertipu. Syed Ali akan kalah juga. Cari pengganti winnable. Walaupun orang UMNO Cheras kata Syed Ali akan lompat ke PKR kalau tak jadi calon, peduli apa, jangan tergadai maruah sebab ugutan murah ini. Memang ramai pak cik bollywood lain akan buat ugutan sama. UMNO perlu bersihkan dari kucing kurap sebegini.

Pemimpin macam Syed Ali ramai di Selangor. Bersihkan Selangor dari saki baki pengaruh Khir Toyo. Bersihkan UMNO dari Ketua ketua bahagian yang ada masa selangor jatuh ke tangan PR sebab geng khir toyo. Jangan tak tau mereka ini yang sekat perbelanjaan untuk pilihan raya dan berkongsi habuan ini. Ramai ahli dan perkerja UMNO pusing ke pkr sebab marah ketika itu.

UMNO jangan ulang penyakit lama.Hapuskan pak cik pak cik bollywood UMNO yang berdrama depan PM dan TPM.

BOSAN
( dgn ketua ketua korup yang masih pegang kuasa)

Anonymous said...

......... be sensible lah beb. persoalanya ada kah patut kak ijat digelar sedemikian? dah lah tu, in public pulak tu. kalau pembangkang yang lakukan tak apa jugak, tapi rakan dalam parti. lu fikirkan lah dan cuba tempatkan diri ditempat kak ijat.

any way this is a good article and u really have the courage to write. shabbas bro.

Anonymous said...

Ini bukan sekadar duri dalam daging..ini dah kira ACID dalam daging niiii.....
Berpada2lah Syed Al-Habsyiii...

Anonymous said...

Typical of middle grade / level politician in umno.. These are the types of people who may easily swing to other party if they don't get what they want.. Be it a position in the party, a project etc... Umno has to be cleaned from these people for it to survive..

Anonymous said...

masa ni la sihabshee tu nk tekan member yg dok tercungap2 ..w/p d.sharizat tak terlibat dlm kes nfc, dia tetap disalahkan sepenuhnya oleh ramai org. sy doakan semoga Allah SWT berikan kekuatan hati kpd d.sharizat & semoga wanita yg berpolitik yg ada suami berniaga tak kena mcm d.sharizat...ambo juga berharap d.sharizat meneruskan kerja2 amal w/p tdk bergelar senator @ menteri, Insyaallah...
jasa d.sharizat tetap dikenang oleh ibu2 tunggal, anak2 yatim, orang2 tua, keluarga2 miskin, OKU yg ada orang hina krn menyokong d.sharizat & pesakit2 kronik yg d.sharizat pernah bantu. doa mrk ni takkan putus utk d.sharizat...

Powered by Blogger.