Mar 6, 2012

USTAZ AZIZAN UMPAMA DIUGUT MASUK PENJARA - PARASIT PAS 'CONTROL' KEDAH!!









Samada krisis PAS Kedah kira selesai atau tidak...itu belum dapat dipastikan lagi.Namun buat sementara waktu ia mungkin reda.

Kesudahannya dua Exco Kerajaan Negeri Kedah yang tidak sebulu dengan Menteri Besar Datuk Seri Azizan Razak mengumumkan mereka setuju dilantik semula ke jawatan itu.

Ini antara lain kerana PAS Pusat setuju terima syarat untuki menubuhkan sebuah Jawatankuasa Pemandu yang akan mengawasi pentabiran Kerajaan Negeri Kedah.
Bagi pemerhati,kewujudan sebuah jawatankuasa seperti itu dengan sendirinya bermaksud kuasa autonomi Azizan sebagai Menteri Besar 'kena potong'.

Beliau kini merupakan satu-satunya Menteri Besar yang terpaksa mentabir negeri dibawah pengawasan sebuah Jawatankuasa Pemandu.

Syarat mewujudkan jawatankuasa itu dengan sendirinya menunjukkan betapa seriusnya krisis antara Azizan dengan puak Phahrolrazi.

Ia dikira satu-satunya jalan tengah untuk merungkai kekusutan krisis itu yang sudah meletop secara terbuka.




Sebelum ini kedua mereka tetap tidak mahu menerima lantikan semula sebagai Exco hingga mendorong PAS Pusat kena atur ' pertemuan kemuncak' di  kediaman rasmi Menteri Besar Kedah,Seri Mentalon Sabtu malam lalu.Ia berlansgung selama lima jam.

Dalam sidang akhbarnya di Alor Star petang Isnin Phahrolrazi berkata beliau menerima lantikan semula kerana matlamatnya sudah tercapai.

Katanya dengan adanya sebuah jawatankuasa pemandu maka kuasa Menteri tidak lagi mutlak hingga tidak boleh dipersoalkan.

Beliau juga mahu Azizan mematuhi garus panduan yang ditetapkan oleh PAS Pusat. AGENDADAILY

0 comments:

Powered by Blogger.