Mar 12, 2012

MAYAT TINGGAL RANGKA - KANAK2 HILANG NURUL NADIRAH DITEMUI RENTUNG!!







Innalillahi Wainna Ilaihi Raaji'um. Astagfirullah. Kanak2 hilang bernama Nurul Nadirah yang sebelum ini pernah dipaparkan beberapa blogger dan media elektronik telah ditemui pihak polis dalam keadaan yang amat menyedihkan lagi kejam.

Sebentar tadi beberapa rakan blogger telah menghantar menerusi khidmat Blackberry Messangger (BBM) mengesahkan Adik Nurul Nadirah ditemui dalam keadaan rentung dan tinggal rangka sahaja.

Info ini telah disahkan sendiri Ketua Polis daerah Seri Alam Johor yang menjelaskan siasatan terperinci sedang dibuat bagi mengenalpasti punca kejadian tersebut berlaku. Pengesahan identiti kanak2 tersebut dibuat menerusi hasil ujian asid deoksiribonukleik (DNA) yang dibuat ke atas mayat rentung yang ditemui sebelum ini, dan sampel ibu Dirang, Roselyn Alan, 25, hari ini..

Lokasi penemuan Jenazah Adik Nurul Nadirah telah ditemui di sebuah Ladang Kelapa Sawit di Nusa Damai Pasir Gudang Johor sebentar tadi.

Buat ibu dan ayah kepada Adik Nadirah, memang sukar menerima kenyataan pemergiaan cahaya permata anugerah Allah dalam situasi yang penuh tragis. Apatah lagi seorang Ibu yang sanggup menanggung beban 9 bulan semata2 mahukan Permata Suci ini.

Jika sukar dikawal, beristighfar dan ingatlah, adik Nurul Nadirah kini telah bau haruman Syurga. Adik Nurul Nadirah merupakan antara kanak2 pilihan Allah yang bakal ditempatkan di Syurga. Allah sebenarnya telah selamatkan beliau.

Jasadnya yang sekadar rangka yang rentung itu hanya jasad semata2. Hakikatnya, Adik Nadirah kini umpama bidadari yang amat disayangi Allah.

Memang sebak, sedih dan pilu tatkala kehilangan anak yang disayangi. Namun hikmahnya amat luar biasa. Terima Kasih pada Allah. Kerana menempatkan Adik Nurul Nadirah ke SyurgaMu.




4 comments:

Anonymous said...

Ibu bapa Melayu selalu CUAI dan LEKA mengawal anak anak. Lihat sahaja di pasaraya pasaray anak siapa yang selalu 'hilang' dari kawalan ibu bapa mereka. Ini kenyataan..jangan marah. Kalau nasi dah jadi bubur tiada gunanya..

Anonymous said...

memang betol saya setuju. Dalam hal begini ibu bapa harus peka bukan leka.anak2 xbersalah yang akhirnya mereka jgk yg jadi mangsa jenayah.

Anonymous said...

Tapi sekurang kurangnya anak tersebut akan menuntut iba bapanya ke syurga tatkala timbangan masih diawangan. di atas permintaan orang syurgalah membolehkan ibu bapanya ke sana. manakala orang yang membunuhnya tiadalah keampunan untuknya melainkan kekal ke neraka jahanam. anak tersebut merasa kesakitan semasa di aniaya dan dibakar oleh pelaku. manakala pelaku tersebut akan kekal merasakan api neraka tanpa mati..siksa yang amat pedih menanti beliau. tahniah kepada pelaku kejam ini kerana anda akan memperolehi layanan kelas pertama di neraka.

Anonymous said...

saya seorang ibu, kalau boleh sy nk anak sy sentiasa dimata sy. Dan sy cuba utk sentiasa memastikannya.. Tapi sy juga seorang manusia, mungkin akn ada masanya sy leka.. begitu juga ibu2 kt luar sana.. jadi sbg ahli kpd sebuah community.. sy juga bertanggungjwb memastikan keselamatan ank2 lain... makanya.. jadilah individu yg prihatin. kalau terjumpa ank kecil tgh main sorang2 tu.. temankan laa dia utk seketika.. hingga kita pasti dia selamat.. ini bukanlah bermakna.. ibu & ayah kena sambil lewa.. tapi, manusia.. kadang2kala mereka mudah lupa...

Powered by Blogger.