TERKINI PRU13 - PAS KEDAH UMUM TOLAK CALON DAP B'TANDING KERUSI DUN KEDAH!!




Mesyuarat Mingguan Exco Kerajaan Negeri Kedah semalam agak gamat kerana turut membincangkan mengenai calon yang diperuntukkan bertanding pada PRU13 untuk 3 parti di bawah Pakatan.

Pergelutan dilihat berlaku setelah salah seorang wakil Exco dari PKR tidak berpuas hati dengan cadangan MB Kedah Ustaz Azizan agar tidak diberikan sebarang peruntukkan kerusi DUN kepada DAP.

Ini berikutan tindakan DAP yang acap kali menimbulkan kekecohan dan masalah sejak tertubuhnya Kerajaan Negeri Kedah hinggalah menjelang PRU13. Ia merujuk kepada pendirian DAP Negeri yang bertegas mahu penambahan 4 kerusi DUN diluluskan atau bakal berhadapan dengan pertandingan 3 penjuru.

Sungguhpun PKR Negeri tidak menghadapi sebarang masalah untuk berunding memberikan 4 daripada 11 kerusi DUN yang bakal dipertandingkan, akan tetapi Ustaz Azizan tetap tidak mahu ianya berlaku kerana akan memberi kesan terhadap kestabilan Pentadbiran Kerajaan Negeri.



 



DAP Kedah yang kini sekadar memperolehi 1 kerusi DUN mampu membatalkan beberapa perlaksanaan pentadbiran Kerajaan Negeri dengan campurtangan DAP Pusat.

Beliau merujuk beberapa isu seperti Penutupan beberapa buah Kelab Malam pada bulan Ramadhan pada tahun lalu yang sudah pasti dapat direalisasi dengan baik tanpa campurtangan parti tersebut.

Malah DAP Kedah tanpa usul periksa dan berbincang dengan PAS pernah membuat pengumuman secara terbuka keluar dari Gabungan Pakatan Negeri kerana membantah tindakan merobohkan satu-satunya pusat penyembelihan babi di Alor Star.



 



Ini semua berlaku dan keputusan akhirnya memihak kepada mereka dengan ugutan keluar dari Pakatan yang dilihat pihak Majlis Presiden Pakatan satu langkah tidak wajar. DAP Kedah menerima layanan berlebih2 an walaupun sekadar memegang jawatan satu kerusi DUN malah tidak memegang sebarang jawatan di Peringkat Kerajaan Negeri.

Ustaz Azizan juga membandingkan Kerajaan Negeri pimpinannya dengan Kerajaan Negeri Penang apabila situasi yang sama berlaku terhadap PAS. Namun PAS Penang mampu bertolak ansur dengan Kerajaan Negeri pimpinan Lim Guan Eng dalam beberapa isu termasuklah perlaksanaan Enakmen Syariah.





Perbincangan didakwa semakin tegang apabila Ustaz Azizan mendakwa DAP Kedah bertindak rasis setiap kali Kerajaan Negeri cuba melaksanakan dasar2 Perundangan Syariah. Akan tetapi ia berjaya diredakan oleh beberapa Exco PAS yang lain.

Mesyuarat malam tadi akhirnya berakhir tanpa sebarang keputusan dan Ustaz Azizan mengesahkan telah menghantar senarai calon kepada PAS Pusat.


Lagi Artikel berkaitan (Klik pada tajuk di bawah) :-




3 comments:

Anonymous said...

kedah adalah negeri yg tebal dgn sifat kemalayuannya..kedah adalah lambang keislaman dan kewujudan melayu di semenanjung ini..agenda dap adalah menghapuskan dan klau tidak pn cukup sekadar mengurangkan sifat sifat kemalayuannya dgn cara mengembangkan pengaruh dan menerapkan idealogi dap dgn itu senang lah dap menguasai kedah di masa akan datang

cara terbaik utk menghapuskan nilai2 melayu adalah dgn penguasaan politik sbb itulah dap berkeras mahu tanding lebih bnyk kerusi dun

sejarah membuktikan kerajaan melayu lama adalah kedah maka pnting bagi dap utk mengusai kedah utk meruntuhkan simbol melayu ini.jika kedah dapat dikuasai tidak mustahir negeri2 lain juga dpt dikuasai trutama kwsan luar bndar.kwsan bndar skrg dlm genggaman dap..

Org melayu kena ingt agenda tersirat dan tersembunyi dap ini..

anti bohmau said...

tabekla dgn pak zan sbb berani berdepan dgn karenah dap!! berdepan dgn karenah balaci pgayr pakhrurozi & geng dia serta bertegas dgn isu pljr kuin! kuatla iman pak zan krn berani menolak dgn kata2 berserta amaran...

idup pak zan!

mungkin ramai orang pas akan marah ka pak zan sbb menyinggung perasan 'abang besar mat sabun'!!

he he he...

Anonymous said...

seandainye kali ini pembangkang menang akan tiada pusingan pemerintahan sehingga DYMM membetulkan segala masaalah sebab semua penjuru dikronikan pemerintah PR termasuk SPR utk PRU14 & PENYESALAN sudah terlambat.

Best Blogspot Templates 2013