Mar 11, 2012

TERBARU - SHAHRIZAT UMUM LETAK JAWATAN BULAN DEPAN!!






Selepas kontoversi panjang isu Perbadanan Fidlot Nasional (NFC), Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil hari ini mengumumkan akan berundur sebagai menteri selepas tempoh pelantikannya sebagai Senator tamat bulan depan (April).
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu bagaimanapun akan kekal sebagai ketua Wanita Umno.

"Saya dengan ini nak memaklumkan bahawa pada 8 April apabila tamatnya penggal saya sebagai ahli Dewan Negara saya akan berundur diri sebagai menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat," katanya.

Beliau mengumumkan keputusan itu dalam sidang media di Kuala Lumpur hari ini.



 


Berhubung jawatan sebagai ketua Wanita beliau berkata, keputusan mengekalkan jawatan itu dibuat setelah berfikir panjang kerana Wanita Umno sudah seperti keluarga baginya.

"Dan semasa jadi satu powerful force, Wanita BN kini powerful force yang bawa perjuangan untuk rakyat Malaysia.



Ditanya tentang isu NFC, Shahrizat menegaskan beliau tidak mempunyai kaitan dengan kes itu dan hanya berkahwin dengan pengerusinya.





"Tetapi sebagai anggota kerajaan yang bertanggungjawab, saya rasa ini tindakan tepat untuk berundur dengan baik.

"Saya ingin jelaskan, ini keputusan saya sendiri. Dan saya mahu pastikan apabila saya berundur, siasatan akan diteruskan mengikut lunas undang-undang dan kita semua nantikan hasilnya," katanya.

 


Shahrizat yang dilantik sebagai senator pada 9 April 2009 akan tamat tempoh penggal sebagai Senator pada 8 April ini.

Isu peletakan jawatan timbul apabila beliau terpalit dalam isu National Feedlot Corporation yang diterajui suaminya Datuk Dr Mohamed Salleh Ismail yang terlibat dalam projek lembah daging di Gemas, Negeri Sembilan.

Beberapa musuh dalaman Politik UMNO beliau termasuklah Tan Sri Rafidah Aziz mengambil peluang mengasak beliau meletakkan jawatannya selaku Menteri Kabinet.



2 comments:

Jokiden said...

Panas berapi, cili kasi taruk, Rafizi dilantik jadi Senator dan angkat sumpah jadi menteri pada 9 April...

Soheh ese bolawak yo tu...

Zek said...

TAHNIAH DS SHAHRIZAT. DS TELAH MELETAKKAN KEPENTINGAN AGAMA BANGSA NEGARA DAN PARTI MENGATASI KEPENTINGAN DIRI. TIDAK SEPERTI PEMIMPIN PEMBANGKANG YANG PENTINGKAN DIRI SEHINGGA MERELAKAN MENJADI LIABILITI KEPADA PARTI SENDIRI.

ITULAH PEMIMPIN BN.

Powered by Blogger.