Mar 11, 2012

SOGOK MP PKR SERTAI DAP!!? - GUAN ENG AKUI CINA PENANG MULA BOIKOT ANWAR.









Ceramah Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim di Pulau Pinang akhir-akhir ini secara relatifnya gagal menarik kehadiran ramai peserta seperti selalu.

Dalam acara terkini di Little India pada 8 Mac lalu, kurang daripada 300 hadir sehingga pemimpin Pakatan Rakyat mengesyaki terdapat arahan supaya penduduk setempat, yang kebanyakan peniaga supaya "memulaukannya".

Anggota majlis negeri L Anand bersetuju terdapat kekurangan peniaga yang ketara kali ini, tidak seperti sebelum ini di mana mereka dikatakan selalu 'tunjuk muka' dalam majlis parti politik tak kira daripada BN atau Pakatan.

Dalam lawatan dua harinya, Anwar menghadiri pelbagai program, antaranya majlis makan malam kutipan derma di Bayan Baru, ceramah di Tasek Gelugor dan menyampaikan pidato mengenai demokrasi dan ekonomi bersama ketua menteri. Laporan Media Pembangkang MALAYSIAKINI.



0 comments:

Powered by Blogger.