Mar 13, 2012

SAMAN HASAN ALI - ANWAR GUNA DANA GEORGE SOROS BANTU PARASIT PAS!!








Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor Datuk Dr Hasan Ali Datuk akan menyaman Naib Presiden Pas Datuk Mahfuz Omar dan Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor, Khalid Samad kerana memfitnahnya.

Bekas Exco kerajaan negeri Selangor itu berkata, saman kepada dua pemimpin PAS itu akan difailkan dan dikemukakan segera dalam minggu ini.




“Yang Berhormat Ahli Parlimen Pokok Sena (Mahfuz) minggu lalu kata saya terima RM30 juta dari Kementerian Belia dan Sukan (KBS), minggu ini saya akan saman dia. 



Ahli Parlimen Shah Alam (Khalid) katakan saya dibiaya syarikat besar dan dia sudah namakan pun syarikat ini, saya akan saman dia juga minggu ini,” katanya ketika ceramah Bicara Semasa: Bersatulah Umat Selamatkan Akidah, di Dewan Jubli Intan, di sini.

Ceramah berkenaan dihadiri oleh lebih 1,000 penduduk dari kawasan sekitar daerah ini.




Mahfuz sebelum ini dalam Media Pembangkang mendakwa terdapat unit di bawah KBS telah menyumbang sebanyak RM30 juta bagi menaja siri ceramah Hasan di seluruh negara bagi menarik golongan muda memihak kepada kerajaan.

Sementara itu, Khalid pula mendakwa Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) dan Puncak Niaga Bhd sebagai penaja kepada Hasan dan juga Jati.




4 comments:

kadiak said...

Saman dato jgn tak saman ajar skit dorang asyik buat tomahan jerk jd lah politikus yg berwibawa bukan dgn modal buat fitnah jer dah lupe hukum tuhan ker?

Anonymous said...

JATI dibiayai oleh PAS..

Tapi bila nak dapat duit saman tu..

Anonymous said...

Hassan Ali dah saman orang yang tuduh dia dapat dana dari Kementerian belia dan sukan DAN syarikat koperat..

TETAPI, Bila anwar nak saman md zin selangor cakap dia terima dana dari ISRAEL..

BERANI jika benar.. Fikirlah sendiri..

A VOTE FOR PR IS A VOTE FOR ISRAEL..

Anonymous said...

Dengan berdiam diri, maka betullah apa yang dituduh itu.. Maka apa reaksi PAS pondan.. Boleh terima bantuan ISRAEL ke... Kalau boleh, maka bersubahatlah kita semata mata nak ke putrajaya..

Powered by Blogger.