Mar 8, 2012

RAKAN SAHKAN ZURAIDA KERAP 'MUNTAH DARAH' SEJAK KAK JAT PULANG DARI MEKAH!!?









Katalah apapun.. Buatlah apa jua tuduhan.. Shahrizat tidak akan mengalah. Shahrizat tidak akan luntur semangatnya dalam memperjuangkan Wanita. Malah lebih ramai yang menyayangi beliau. Lebih ramai wanita di luar sana menyokong perjuangan beliau.


Agaknya semakin buntu dengan isu NFC, kini dituduh pula Menteri Pembangunan Wanita ini dengan dakwaan kononnya terlibat dalam Projek Pembangunan KL Eco City. 






Namun untuk fitnah terbaru Mak Lampir Zuraida tidak berani untuk membuat pertuduhan ini. Agaknya sudah 'seram sejuk' terasa 'sakit bisa' berkat doa Shahrizat di Mekah yang dikunjungi sebagai tetamu Allah sebanyak 3 kali sejak fitnah melanda beliau.
Namun dilihat masih ego dan cekal menturuti perintah Anwar. Meneruskan fitnah walaupun 'suara' agak tenggelam diambilalih anak ikan Diktator PKR Rafizi Ramli. Agaknya nak tunggu Muntah Darah baru hendak dihenti.


 


Nurul Izzah mencuba nasib kali ini. Sikap makin angkuh sejak berjaya menewaskan Shahrizat di Lembah Pantai sebagai undi populariti bapa sendiri. Beliau yang menuduh Shahrizat ada kaitan dengan projek KL Eco City.

Sungguh berani. Tak hairanlah Nurul Izzah berani. Kerana kulit buaya bapa beliau mampu menjadi pertahanan politiknya. 


 



Seperti biasa tiada bukti dokumen bertulis atau apa jua penjelasan yang mengukuhkan tuduhan ini. Sama seperti NFC. Sekadar propaganda mempamerkan foto Projek yang dilakarkan menampakkan sikap 'beriya2' hendak meyakinkan rakyat atas fitnah mereka.

Tapi tidak mampu bertahan dengan benteng kekuatan doa dan ibadah Shahrizat di Makkatul Mukarramah sujud meminta Pertolongan kepada Allah membina kekuatan terhadap fitnah beliau.




Ketua Wanita UMNO Malaysia itu semalam telahpun menjelaskan bahawa beliau tidak ada kena-mengena dengan projek pembangunan KL Eco City seperti dakwaan Anggota Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar.
"Kepada Anggota Parlimen Lembah Pantai, saya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap beliau atau mana-mana pihak yang membuat fitnah dan tohmahan mengaitkan saya dengan KL Eco City ini," katanya dalam satu kenyataan.
 
Mungkin ini terpaksa dilakukan bagi menebus beliau sekeluarga. Maruah beliau selaku pemimpin. 
Jangan khuatir Kak Jat. Anda tetap di sayangi. Makin diserang, makin ramai yang sayang. Kenapa  ye? Tanyalah masyarakat wanita di luar sana. Yang tak putus2 memberi sokongan kepada beliau. 
Ke mana sahaja Ceramah Jalinan Rakyat diadakan, tidak kira di pelusuk Negeri, paling kurang 2000 kehadiran. Kenapa ye? Allah Maha Besar.


Lihat sahaja Program Jalinan Rakyat di Pulau Pinang yang sempat dirakamkan Otai Photojournalist MINAQ JINGGO. Ribuan masyarakat wanita di Malaysia semakin sayangkan Shahrizat. Mungkin ini hikmah di sebalik serangan fitnah terhadap Shahrizat. Insyaallah.


Lihat paparan sokongan ribuan Wanita terhadap Shahrizat yang hadir ke Program Jalinan Rakyat di beberapa buah Negeri pada bulan Februari dan Mac yang lalu.
Gambar2 di bawah ini memberi jawapan persoalan samada Shahrizat masih releven membarisi Kabinet dan Pimpinan Wanita Negara atau sebaliknya. 



PULAU PINANG





PERLIS





NEGERI SEMBILAN






KELANTAN



1 comments:

Anonymous said...

mak lampir ni mengandung la...
muntah darah tu cuma alah org yg kuat mengata kat org lain...

pejuang hamas...

Powered by Blogger.