Mar 27, 2012

PSC - PM BAKAL 'BOCOR' TARIKH PRU13 DI PARLIMEN ESOK!!?








Laporan akhir Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) Berhubung Penambahbaikkan Proses Pilihan Raya akan diketahui selepas mesyuarat terakhir esok.

Pengerusinya, Datuk Seri Maximus Ongkili berkata, esok adalah mesyuarat terakhir menentukan senarai usul-usul yang akan dibentangkan.

Menurutnya, hampir 80 peratus usul telah dipersetujui, namun tidak dapat didedahkan lagi.

"Masih terdapat beberapa perkara  yang perlu dipertimbangkan lagi malam ini untuk mendapatkan persetujuan," katanya kepada pemberita selepas selesai mesyuarat, di bangunan Parlimen, hari ini.

Ongkili juga menyuarakan,beliau berpuas hati dengan perkembangan PSC dan kerjasama yang diberikan oleh komuniti yang membantu memperkasakan isi kandungan laporan tersebut.

Laporan akhir cadangan dijangka siap sebelum akhir bulan ini untuk dibentangkan di Parlimen 2 April ini.

PSC yang diumumkan penubuhannya Oktober lepas dianggotai lima wakil kerajaan Barisan Nasional,tiga wakil pembangkang dan seorang wakil bebas.

Wakil-wakil kerajaan selain daripada Ongkili ialah anggota Parlimen Kapit, Datuk Alaxender Nanta Linggi; Ahli Parlimen Kangar, Datuk Seri Mohd Radzi Sheikh Ahmad; Ahli Parlimen Alor Gajah, Tan Sri Dr Fong Chan Onn dan Ahli Parlimen Hulu Selangor, P. Kamalanathan.

Manakala wakil pembangkang terdiri daripada Ahli Parlimen Gombak, Azmin Ali; Ahli Parlimen Rasah, Anthony Loke dan Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Mohd Hatta Ramli. Wakil bebas ialah Ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong.



0 comments:

Powered by Blogger.