Mar 10, 2012

PRU13 - PEMIMPIN PAS TERKEJUT HUSAM MUSA SELAR NIK AZIZ DIKTATOR NYANYUK!!








Gabungan DAP, PKR dan PAS dilihat semakin bercelaru dan panik dalam berhadapan dengan PRU13 kelak. Sedang pentadbiran dan pengurusan 4 buah Negeri pimpinan mereka semakin bercelaru, Pemimpin2 di setiap Negeri terus asyik dan leka dengan isu status persediaan PRU13.

Sungguhpun keputusan sebelum ini yang dirancang akan membubarkan DUN Negeri masing2 secara berasingan dengan PRU13, namun kenyataan Diktator PAS Nik Aziz Nik Mat baru2 ini sebenarnya tidak mewakili Pimpinan PAS Kelantan secara keseluruhan.





 Nik Aziz yang menjelaskan secara terbuka kepada pihak Media akan menyertai PRU13 yang diputuskan Perdana Menteri itu sebenarnya tidak disenangi Pemimpin Parasit PAS Kelantan Husam Musa. Beliau didakwa agak khuatir dengan keputusan bancian yang menunjukkan petanda Kerajaan Negeri PAS Kelantan kini dalam keadaan tidak stabil. Malah ada potensi untuk tewas tipis ke tangan BN.

Husam juga agak tertekan dengan keputusan Nik Aziz yang tidak dibawa ke Mesyuarat PAS Negeri terlebih dahulu dan menganggap MB Kelantan ini tidak mengetahui keadaan sebenar.


 



Malah menurut beberapa Pimpinan PAS Negeri yang cenderung menyokong Husam menjelaskan Nik Aziz semakin memberi beban kesan kenyataan sedemikian. Walhal Nik Aziz kini tidak lagi menjalankan tugas2 yang sebenarnya dipikul oleh beliau dan menyerahkan  kepada pembantu2 kanan termasuklah dari pihak Husam sendiri.


 



Tindakan Nik Aziz ini merupakan klimaks tekanan besar Husam yang mensasarkan untuk menggantikan beliau akan tetapi semakin bosan dengan prinsip Mursyidul Am itu yang bercelaru dan 'uzur'. Atau dalam bahasa pasarnya digelar 'nyanyuk'.

Nik Aziz sebelum ini pernah membuat kenyataan secara drastik dan mengejutkan Husam dan beberapa Pimpinan Pro beliau apabila secara tiba2 membangkitkan semula isu Hudud yang merupakan isu paling sensitif yang mampu menggugat 'persahabatan' 3 parti ini.

Walhal beliau sendiri dengan penuh 'tawaduk' berulang kali mengesahkan kepada Husam tidak akan mengungkit isu tersebut dan fokus terhadap Manifesto Buku Jingga.





Husam didakwa akan menemui wakil Pimpinan Kerajaan Negeri Selangor dan Penang sebelum mesyuarat khas yang bakal berlangsung Selasa depan bagi menentukan samada Pilihan Raya 4 buah Negeri ini akan dibubarkan serentak bersama Pusat atau sebaliknya.

Ini penting sebagai persediaan dan penjelasan awal dapat diberikan jika ada sebarang kenyataan yang tidak keterlaluan diumpamakan Husam sebagai 'Gila' dikeluarkan 'Bapa kesayangannya' itu.

Setakat ini 2 buah Negeri iaitu Penang dan Selangor pernah menegaskan tidak akan membubarkan DUN Negeri masing2 secara serentak bersama Pusat.




ARTIKEL PANAS - HUSAM MUSA ROMBAK TANAH RAKYAT JUAL KEPADA PELABUR SINGAPURA. KLIK DI SINI untuk paparan BUKTI!!



3 comments:

Anonymous said...

Itu gambar lee kuan yew ke...

Harap nik aziz dapat petunjuk dari allah.. Bukan dari LKY... Perjuangan PAS dah dipenghujung sejak isu hudud dilupakan dan tidak kedengaran lagi.. Apa guna hendak undi PAS sebab itulah satu satunya manifesto PAS yang telah mengula gulakan rakyat melayu islam untuk mengundi dia.. Kini ianya telah dilupakan.. Maka lupakan sahajalah PAS..

A VOTE FOR PAS IS A VOTE TO PR AND ISRAEL..

Anonymous said...

Ada baik juga kalau pilihanraya ADUN dan Parlimen kat negeri pembangkang dibuat waktu berlainan.. Gerenti rakyat akan undi parlimen pada BN.. Lepas tu semua jentera BN akan turun padang untuk menang adun puak.. Arus menyokong BN dah bertambah.. Tapi aku rasa PR pun takut hendak ada pilihanraya berasingan dengan mood yang ada sekarang.. Tak caya pergi tanya nik aziz..

Anonymous said...

baik juga kalau asing, PM DAN TPM SENDIRI BOLEH TURUN PADANG!

Powered by Blogger.